Doakan Ada Rezeki Yang Terakhir Kali Ini Ya Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi sedang hamil tiga bulan. Tidak bercerita secara berterus-terang, namun lewat posting-posting pelakon drama bersiri Gerak Khas itu sebelum ini ternyata sudah memberikan gambaran kepada para pengikutnya bahawa dia sedang berbadan dua ketika ini
Menerusi posting terbaharu di Instagram, Abby Abadi memuat naik sekeping gambar lamanya bersama anak-anak suatu masa dahulu ketika badannya masih lagi kurus
"Zaman kemeriahan mama. Kalau tak silap 2010, kurus lagi masa ni," tulisnya
"Nak bagi tahu saya gemuk bukan sebab beranak ye, sebab kuat melantak. Sebab dulu-dulu maintain je. Sebelum kahwin lagi kurus macam hisap ganja! Lepas kurang aktif dalam industri berjubah 24 jam. Masa tu selalu rasa terlebih tenang, buat kerja ikut masa sendiri, semua tak ada masalah, walhal makin memboyak!"
"Sibuk jaga aurat dan solat, lupa nak jaga berat. Bila dah memboyak, salahkan jbah pula dah!"
"Sendirilah salah, sebab makan tak jaga dan kurang berminat dengan sukan. Sibuk membela lemak beberapa tahun aik 30 kilogram terus. Hari tu dah berjaya turun dekat 10 kilogram. Sekarang naik balik! Yeeha!!"
"Baru 3 bulan lebih baby dalam perut. Kalau 9 bulan lebih capai 100 kilogram memang nyorok lah jawabnya! Tutup IG sekejap!" tulisnya dalam nada gurau
Dalam pada itu Abby Abadi turut meminta khalayk mendoakan dirinya yang sedang hamil tiga bulan lebih itu.
"Mengandung usi 40-an ni rasa nervous saja. Memang berisiko. Dengan darah tingginya lagi. Doakan ada rezeki yang terakhir kali ini, ya. Semoga berjaya melahirkan," tulisnya lagi
Untuk rekod ini merupakan perkahwinan ketiga buat Abby Abadi bersama suaminya Muhammad Faizal Zaakria atau Jai. Terdahulu Abby pernah mengalami keguguran dalam perkahwinan ketiganya ini. Sebelum ini, dalam perkahwinan pertamanya bersama aktor Norman Hakim juga, Abby Abadi pernah mengalami keguguran kandungan kedua selepas melahirkan anak lelaki sulungnya
Abby Abadi juga memiliki dua orang anak angkat yang masih kecil iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia, di samping anak kandungnya sendiri Mohammad Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim ketiga-tiganya hasil perkahwinan bersama Norman Hakim. Wanita berhati cekal ini, turut melayan baik anak-anak Norman Hakim daripada perkahwinan keduanya bersama Memey Suhaiza, iaitu Mohammad Darwisz Hakim, Mohamamd Dikhrisz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://engkumuzahadin.blogspot.com/2019/07/doakan-ada-rezeki-yang-terakhir-kali.html