Doa Terhindar Dari Fitnah Dan Kezaliman Orang
Doa Tersebut adalah doa yang diucapkan oleh pengikut Nabi Musa a.s. di tepi Laut Merah yang sedang dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Bayangkan keadaan mereka ketika itu. Di hadapan mereka adalah laut yang dalam dan luas, sedangkan dibelakang mereka adalah tentera Firaun yang terkenal dengan keganasan dan kezalimanan mereka. Sudah tentu mereka panik dan ketakutan, lalu Nabi Musa memerintahkan agar kaumnya bertawakkal dan berdoa kepada Allah s.w.t. Musa berkata:
84. Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".
Kemudian kaum Nabi Musa berdoa:
85: Lalu mereka berkata: "...Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim".
86: "Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".
Fitnah bermaksud seksaan, ancaman, strategi jahat, dan sebagainya. Oleh yang demikian kaum muslimin disarankan agar sentiasa membaca doa tersebut (Yunus 85-86) memohon kepada Allah swt untuk menangkis segala rencana jahat musuh kita. Doa ini juga boleh digunakan untuk menangkis kejahatan bos yang zalim atau pun kejahatan ahli sihir, orang-orang yang dengki, dsb.
Doa ini mengajar kita supaya pasrah kepada Allah swt dalam menghadapai ancaman kezaliman, dan kekejaman musuh. Apabila kita berdoa dengan doa tersebut, maka kita bertawakkal kepada Allah swt kerana kita tidak punya apa-apa. Hanya Allah swt sahaja yang dapat menyelamat dan melindungi kita terutama pada saat-saat genting seperti situasi yang dialami oleh kaum Nabi Musa tersebut.
Kaedah amalan: Baca 7x selepas solat fardhu setiap hari.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://edigitaldoa.blogspot.com/2016/03/doa-terhindar-dari-fitnah-dan-kezaliman.html