Mohd Yazid memutuskan bahawa beliau membenarkan permohonan rayuan Rafizi kerana pendakwaan gagal mengemukakan dokumen asal sebagai keterangan dalam perbicaraan, yang merupakan syarat di bawah Seksyen 61 Akta Keterangan.Rafizi, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan dan Johari dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari 2018 selepas Hakim Zamri Bakar mendapati mereka bersalah kerana mendedahkan data perbankan dari akaun NFC.Hakim Zamri dalam penghakimannya tahun lalu berkata pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa Rafizi dan Johari telah melanggar Akta Bafia.Untuk rekod, Bafia telah dimansuhkan pada tahun 2013.Kedua-dua mereka didakwa pada 2012 kerana melanggar Seksyen 97 Akta Bafia bagi pendedahan empat akaun milik NFC dan Mohd Salleh, yang merupakan suami kepada bekas Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil.Dalam menunggu keputusan hakim di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini, ramai penyokong Rafizi datang daripada seluruh negara untuk memberi sokongan moral kepadanya.Selain memberi sokongan moral, doa mereka tidak lain ialah dengan harapan agar rayuannya diterima dan beliau tidak dipenjarakan.Malam semalam juga banyak masjid dan surau di seluruh negara turut mengadakan majlis bacaan doa bagi tujuan tersebut.Alhamdulillah sekali lagi, doa kita semua dimakbulkan Tuhan akhirnya dan Rafizi serta Johari kini dibebaskan sepenuhnya. (ShahbudinHusin 15/11/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |