Doa Doa Dari Asmaul Husna 99 Nama Allah Bahagian 1



Doa-doa Asmaul Husna iaitu doa-doa yang di awali dengan nama nama Allah yang baik. Allah s.w.t. telah menggalakkan agar hamba-Nya berdoa dengan menggunakan nama-nama-Nya, kerana dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah dikabulkan. Dikatakan apabila seorang hamba berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah, Allah s.w.t. akan merasa malu kalau Dia tidak kabulkan permintaan hamba-Nya itu. Maka janganlah kita lepaskan peluang yang baik ini. Kita boleh gunakan kesemua 99 nama Allah atau kita boleh memilih mana-mana nama Allah yang sesuai dengan doa yang akan diminta.

Alhamdulillahi rabbil a’lamin, Allahuma solli a’la Muhammad wa a’laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin.

Ya Allah, dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami mengharapkan Rahmat –Mu, sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi segala sesuatu.

Ya Allah, kami beriman kepada-Mu, kewujudan-Mu dan Kebesaran-Mu, Engkaulah Maha Agung dan Maha segala-galanya.

1) al-Rahman, al-Rahim
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Rahman, al-Rahim, Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya melainkan hanya Engkau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.

2) al-Malik
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Malik, Raja kepada segala raja, kepimpinan-Mu adalah yang terbaik dan akan membawa kepada kebaikan, tidak ada yang lebih baik kepimpinannya melainkan hanya Engkau. Kami reda menjadikan Engkau sebagai Pemimpin kami, yang lebih berhak dipatuhi daripada segala pemimpin yang lain.

3) al-Quddus
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Quddus, yang Maha Suci, Engkaulah Tuhan yang bersih daripada segala kelemahan, menyembuh dan mentaati hanya kepada-Mu tidak akan merugikan kami. Sesungguhnya segala pengharapan yang dicurahkan kepada selain Engkau selalu mengecewakan, Kami reda mempertuhankan Engkau Zat yang Maha suci.

4) al-Salam
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Salam, yang Maha Selamat, berikanlah keselamatan kepada kami dan ahli keluarga kami. Peliharalah kami semua daripada segala macam kejahatan dan keburukan. Selamatkanlah kami dengan kebesaran nama-Mu ini daripada segala bencana dunia dan akhirat.

5) al-Mukmin
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Mukmin, yang Maha Aman, amankanlah kami daripada segala yang kami takuti. Amankanlah ahli keluarga kami daripada segala sengketa, amankanlah kejiranan kami, amankanlah kawasan kami dan amankanlah Negara kami daripada segala kejahatan dan keburukan. Kami sedar bahawa, tidak ada nikmat yang lebih baik daripada hidup dalam keadaan aman sentosa, rukun dan damai

6) al-Muhaimin 
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Muhaimin, yang Maha Memelihara, peliharalah kami daripada segala yang tidak kami kehendaki. Peliharalah kami daripada segala yang keji, peliharalah kami daripada segala penyakit dan iri, peliharalah kami daripada hasad dan dengki. Sesungguhnya sesiapa yang dipelihara oleh-Mu akan selamatlah daripada segala yang tidak baik.

7) al-Aziz
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Aziz, yang Maha Mulia, Engkaulah yang termulia, agama-Mu adalah mulia, Nabi-Mu adalah mulia, kitab-Mu adalah mulia, maka masukkanlah kami di kalangan yang mulia.

8) al-Jabbar
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Jabbar, yang Maha Perkasa bantulah kami yang lemah ini, mengatasi segala muslihat mereka yang memusuhi kami. Berikanlah kekuatan-mu kepada kami.

9) al-Mutakabbir
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Mutakabbir, yang Maha Megah, Engkaulah berhak untuk memiliki sifat ini, kerana tidak ada yang lebih hebat daripada Engkau, maka jauhkanlah kami daripada sifat bermegah-megah hingga menyebabkan kami berhak menerima murka-Mu.

10) al-Khaliq
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Engkau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami.

11) al-Barik
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Barik, yang maha Pembuat, buatkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami

12) al-Musowwir
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Musowwir, yang Maha Pembentuk, bentuklah untuk kami apa yang kami kehendaki, bentuklah untuk kami zuriat lelaki/perempuan, kembalikanlah kesempurnaan kami, hanya Engkau sahaja yang berkuasa untuk membentuk dan mengubah segala bentuk.

13) al-Ghaffar
Ya Allah, dengan nama-Mu al-Ghaffar, kami meminta keampunan-Mu, ampunilah kami ya Allah, seandainya Engkau tidak mengampunkan kami, pastilah kami akan sengsara dunia dan akhirat.

14) al-Qohhar
Ya Allah, dengan nama-mu al-Qohhar, yang Maha Pemaksa, kasihanilah kami, dan jangan Engkau paksa kami melakukan sesuatu yang kami tidak mampu melakukannya, janganlah Engkau paksakan kepada kami ujian yang terlalu berat untuk kami, sebaliknya Engkau paksalah mereka, fulan bin fulan (sebut nama-nama) atau sesiapa sahaja untuk menerima kami dan apa-apa daripada kami. Engkaulah maha segala-galanya, dan paksakanlah musuh-musuh kami untuk melakukan sesuatu yang baik untuk kami

15) al-Wahhab
Ya Allah, ya Wahhab, wahai Tuhan yang Maha Pemberi, berikanlah kepada kami apa sahaja yang kami perlukan, (sebutkan apa yang diperlukan), sesungguhnya apa yang Engkau berikan, tidak ada siapa yang dapat menghalang, dan apa sahaja yang tidak Engkau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberinya. 
Insya'Allah, saya akan bawakan sambungan doa-doa dari Asmaul Husna 99 nama Allah ini pada bahagian berikutnya. Wallahua'lam...  Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2013/01/doa-doa-dari-asmaul-husna-99-nama-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usaha Doa Dan Tawakkal Adalah Tiga Perkara Penting Dalam Mengharapkan Sesuatu Daripada Allah Swt

Usaha Doa Dan Tawakkal Adalah Tiga Perkara Penting Dalam Mengharapkan Sesuatu Daripada Allah Swt

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 220 hits
Usaha doa dan tawakkal adalah tiga perkara penting dalam mengharapkan sesuatu daripada Allah SWT Usaha bermaksud berikhtiar dan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai sesuatu Firman Allah SWT Wa an laysa lilins ni ill m sa Dan bahawasan...
12 Senjata Api Hasil Penggeledahan Kpk Mabes Polri Semua Terdaftar Atas Nama Syahrul Yasin Limpo

12 Senjata Api Hasil Penggeledahan Kpk Mabes Polri Semua Terdaftar Atas Nama Syahrul Yasin Limpo

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 215 hits
Djuhandani menyebut pihaknya masih perlu melakukan pendalaman lagi atas kepemilikan senjata milik SYL itu dengan berkodinasi dengan pihak KPK
Senarai Nama Lebuh Raya Malaysia Talian Hotline Kecemasan

Senarai Nama Lebuh Raya Malaysia Talian Hotline Kecemasan

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 185 hits
Tahukah anda nama lebuh raya di Malaysia Di Malaysia terdapat puluhan lebuh raya yang menghubungkan kawasan kawasan utama di Semenanjung Sabah dan Sarawak Kebiasaannya kita hanya akan menyebut nama lebuh raya ini menggunakan singkatannya sa...
Masdo Idam Kolaborasi Dengan Nama Besar Rancang Konsert Sempena 10 Tahun Anniversary

Masdo Idam Kolaborasi Dengan Nama Besar Rancang Konsert Sempena 10 Tahun Anniversary

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 182 hits
Kumpulan muzik Kugiran Masdo mahu berkolaborasi dengan beberapa penyanyi lain selepas mencapai kejayaan menerusi lagu Pujaanku bersama penyanyi Aisyah Aziz Ketika ditemui pada majlis pelancaran Royal Alloy X Masdo kumpulan itu mendedahkan m...
Hiburan Nama Disebut Sebut Artis Diburu Bank Negara Sebab Cuci Duit Daiyan Trisha Beri Hint Bukan Dia

Hiburan Nama Disebut Sebut Artis Diburu Bank Negara Sebab Cuci Duit Daiyan Trisha Beri Hint Bukan Dia

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 202 hits
Tular sebelum ini mengenai dakwaan seorang selebriti putih gebu yang diburu Bank Negara gara gara terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram Berikutan tularnya berita tersebut ramai netizen mula meneka siapakah artis yang dimaksudkan med...
Boleh Buat Orang Keliru Ini Beberapa Idola K Pop Kongsi Nama Sama

Boleh Buat Orang Keliru Ini Beberapa Idola K Pop Kongsi Nama Sama

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 161 hits
Terdapat lebih 51 juta orang di Korea jadi kemungkinan untuk mempunyai nama yang sama adalah sangat tinggi ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa idola K Pop mempunyai nama yang sama Haechan NCT DK iKON Haechan merupa...
Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah

Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 135 hits
Rezeki untuk bertemu dan beramah mesra dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup mesra menjadi detik terindah buat seorang ibu hamil Nor Asmalina Abdullah Tanpa diduga niat untuk menyapa Permaisuri dan...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Kereta Bergoyang Di Kawasan Parkir Rupanya Janda Dan Suami Orang Sedang Bercucuk Tanam Didalamnya

Zulries D Pojok

Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

Wanita Diuji Bila Lelaki Tak Punya Apa Apa Lelaki Diuji Bila Punya Segalanya Betul Ke


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Taquari House By Est Dio Empena In Brasilia Brazil

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Emulate The Spirit Of Social Cohesion Of Sabah And Sarawak

Man Cendol Outing

Generating Boutique Names