Diy Repair Bumper Kemek Ke Dalam
Pertanyaan yang diajukan..Adi Said bro?kete aku bumper depan kemek tlanggar kete org tp tk pecah tk calar cuma terkelup kedlm.. bleh rpair ke bro?tq :)Jawapan kami..Thanks bertanya pada Adi .. Maaf agak lama tertunda jawapan balas ..Untuk masalah tersebut saya cuba berikan sedikit info seperti dibawah secara ringkas.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Diy Repair Bumper Kemek Ke Dalam
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬-Kalau kereta zaman dulu bumper dia keras-keras dan tak mudah pecah bila berlanggar ... Tapi kereta zaman sekarang kebanyakkannya mudah ajer kemek dan pecah.... kebanyakan meterial buat bumper kereta sekarang ni sama ada diperbuat dari plastik(PU) atau fibre... Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan. ini dikira faktor keselamatan gak tu...
-Cuma ada pulak sesetengah kes pula, apabila kereta tu berlanggar bumper tu tak pecah remuk.. tapi bumper tu kemek kedalam ( terkelup kedalam).. Pelik kan kira ok lah tu dan dah kira bernasib baik lah kan... tak banyak kos nak repair... so masalah bumper sedemikian boleh kita baiki sendiri seperti mana cara dibawah.
Ini Contoh rupa bumper kemek yang terperesuk (terkelup/ lekuk) kedalam.. Boleh gunakan hair drayer kemudian “on” kan.. Halakan kepanasan pada sekeliling bahagian Bumper yang kemek.. Tapi ianya agak memakan masa lama sedikit supaya plastik bumper kemek tersebut agak-agak lembut supaya senang sedikit untuk di tolak dari belah dalam.
Sementara itu cuba seluk dari celah tayar dan selak cover penutup atas tayar tu.. Cuba tolak pakai tangan dari belah dalam pada tempat kemek tuKalau agak susah ( tak sampai pakai tangan) boleh cuba jolok pakai kayu atau apa jua lah yang boleh buat jolok... asalkan sampai pada tempat kemek tu… Tapi hujung kayu tu kena alas dengan kain terlebih dahulu. kemudian tekan-tekan pada tempat kemek tu..
Jangan berhenti dihalakan kepanasan hair drayer pada tempat kemek tu… Jolok/ tekan-tekan tempat kemek dari belah dalam tu sampailah timbul semula (permukaan kemek rata balik semula)..
***Perhatian: Cara diatas sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kemek (dent) supaya tak lah nampak sangat kesan kemek pada permukaan bumper kereta tersebut...kadang-kala cara ni menjadi... tapi kadang kala tak berkesan... apa pun cuba lah mana tau menjadi...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/07/diy-repair-bumper-kemek-ke-dalam.html