Dividen Tabung Haji Tahun 2018 Hanya 2 08 Peratus


Jangkaan dibuat berdasarkan nilai aset, liabiliti semasa Tabung Haji (ismaweb) – Datuk Seri Najib Razak menjangkakan kadar hibah atau dividen Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2018 yang boleh diisytiharkan, hanya 2.08 peratus sahaja.
Bekas Perdana Menteri membuat jangkaan itu selepas melakukan perbandingan nilai aset dimiliki TH sekarang ini, dengan liabiliti, sebagaimana diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa di Dewan Rakyat, Isnin lalu.
“Jika kerajaan PH tidak membuat creative accounting saat terakhir, kadar hibah termasuk bonus Tabung Haji paling tinggi untuk tahun 2018 yang boleh diisytiharkan ialah 2.08% sahaja.
“Ya, Hibah + Bonus TH paling tinggi pun hanya 2.08%. Ini telah didedahkan secara tidak sengaja oleh Menteri Kekanda kita pada hari Isnin.
“Hari itu, dia mendakwa selepas aset dipindah kepada SPV, TH sudah memulihkan imbangan aset apabila nilai asetnya mencatatkan RM76.5 bilion berbanding liabiliti sebanyak RM75.5 bilion setakat Disember 2018 – iaitu kelebihan RM1 bilion,” katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ini bermakna jumlah dana yang boleh diagihkan untuk membayar hibah bagi tahun kewangan 2018 adalah kurang daripada RM1 bilion iaitu sekitar RM930 juta, kerana akta TH tidak membenarkan jumlah nilai aset TH jatuh di bawah liabiliti.
Jika apa yang dijangkakan bekas Perdana Menteri ini menjadi kenyataan, kadar hibah itu akan menjadi yang paling rendah diberikan dalam tempoh lebih dua dekat. (lihat jadual di bawah)

Mengulas lanjut, Najib berkata, untuk tahun kewangan 2017, TH menggunakan dana sebanyak RM2.7 bilion untuk membayar hibah serta bonus sebanyak 6.25 peratus.
“Memandangkan lebihan dana untuk tahun 2018 hanya 1/3 daripada jumlah RM2.7 bilion yang dibayar untuk hibah 2017, maka hibah serta bonus TH untuk tahun 2018 juga hanya 1/3 daripada kadar untuk tahun 2017 – iaitu paling tinggi pada kadar 2.08%.
“Itupun bergantung kepada juruaudit untuk membenarkan penilaian semula SPV yang besar itu digunakan kerana SPV itu tidak dijamin oleh kerajaan.
“Jika juruaudit tidak membenarkan, maka TH akan dalam defisit dan tidak ada hibah untuk tahun 2018,” katanya.
Beliau berkata, jumlah nilai saham di Bursa Malaysia jatuh RM270 bilion pada tahun 2018 selepas indeks bursa menjunam susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) 9 Mei tahun lalu.
“Kita semua maklum bahawa nilai aset Khazanah sudah jatuh RM25 bilion pada tahun lepas akibat kejatuhan saham ini. Macam mana pula nilai aset TH tidak akan mengalami sebarang penurunan juga memandangkan 53% daripada aset TH dilabur di dalam pasaran saham?
“Sudah tentu, TH telah mengalami kerugian nilai yang besar tahun lepas walaupun menteri jaga agama tidak pernah sekalipun mengaku tetapi hanya cuba berulang-kali untuk mempersalahkan BN,” katanya.
Bagaimanapun, Najib berkata, kerajaan mempunyai satu jalan lagi yang agak berbahaya untuk masa depan iaitu menukar sistem perakaunan kepada Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) untuk tahun 2018.
Sistem MFRS 9, katanya, berbeza daripada sistem MFRS 136 yang digunakan oleh TH sebelum ini kerana mengikut MFRS 9, TH tidak perlu lagi untuk mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuiti tersenarainya.
“Jika TH tidak lagi ambil kira rosot nilai untuk nilai saham pada tahun lepas, maka lebihan dana yang boleh diagihkan untuk membayar dividen akan lebih besar daripada RM1 bilion sekarang.
“Maka kadar Hibah dan bonus TH untuk tahun 2018 boleh dinaikkan melebihi 2.08% yang dibenarkan pada masa ini. Jika lebih tinggi dari 2.08% maka ‘magic’ sudah berlaku dan masa depan TH terancam. Kita tengok dan lihat,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/04/04/dividen-tabung-haji-tahun-2018-hanya-2-08-peratus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Haji Umum Dividen 1 25 Bagi 2018 Paling Rendah Dalam Sejarah

Tabung Haji Umum Dividen 1 25 Bagi 2018 Paling Rendah Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 482 hits
Tabung Haji hari ini mengumumkan hibah sebanyak 1 25 bagi tahun kewangan 2018 Ia jauh lebih rendah berbanding 6 25 bagi 2017 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof berkata dividen berjumlah RM913 juta akan memberi manfaat kepada h...
Resah Dengan Hibah 1 25 Bagi Tahun 2018 Dari Tabung Haji

Resah Dengan Hibah 1 25 Bagi Tahun 2018 Dari Tabung Haji

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 508 hits
Tabung haji telah mengumumkan nilai hibah peratus bagi tahun 2018 dan melibatkan agihan keuntungan sebanyak RM913 juta Mujahid Yusof Rawa turut mengumumkan kedudukan kewangan Tabung Haji kembali pulih dengan lebihan aset RM1 bilion berbandi...
Tabung Haji Umum 1 25 Hibah Tahun 2018

Tabung Haji Umum 1 25 Hibah Tahun 2018

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 774 hits
Hibah Tabung Haji 2018 1 25 Berita atau pengumuman yang dah lama dinanti nantikan oleh para pendeposit Tabung Haji Sejak awal Februari 2019 ramai yang bertanya tanyakan mengenai kadar dividen atau hibah yang akan mereka dapat dari penyimpan...
Pergi Haji Hanya Sekali Mulai Tahun Ini

Pergi Haji Hanya Sekali Mulai Tahun Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 645 hits
Menunaikan fardhu Haji di Baitullah adalah rukun Islam yang ke 5 yang wajib ummat Islam tunaikan jika berkemampuan Masalahnya ada antara kita yang terlebih mampu dan ingin melakukan ibadah Haji lebih daripada sekali walaupun yang wajibnya h...
Cabaran 40 Hari Kesan Pengumuman Hibah Tahunan Tabung Haji 2018

Cabaran 40 Hari Kesan Pengumuman Hibah Tahunan Tabung Haji 2018

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 678 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Baru baru ini negara digemparkan dengan pengumuman Hibah Tahunan Tabung Haji 2018 dengan kadar hibah 1 25 Sumber Hibah Tahunan Tabung Haji 2018 merupakan kadar paling rendah dalam sejarah Tabung Haji dala...
Tabung Haji Dividend Sees Sharp Drop For 2018

Tabung Haji Dividend Sees Sharp Drop For 2018

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 492 hits
Pilgrims fund Lembaga Tabung Haji today announced a dividend of 1 25 amounting to RM913 million for the financial year 2018 a sharp drop from the 6 25 dividend paid out for the previous year Minister in the Prime Minister s Department Mujah...
Hibah Tabung Haji 1 25 Kewangan Berakhir 2018

Hibah Tabung Haji 1 25 Kewangan Berakhir 2018

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 427 hits
Hibah Tabung Haji 1 25 Kewangan Berakhir 2018 Lembaga Tabung Haji mengumumkan pemberian kadar agihan hibah sebanyak 1 25 peratus bagi tahun kewangan 2018 Hibah Tabung Haji 1 25 Kewangan Berakhir 2018 Pengagihan hibah berkenaan melibatkan ni...
Tabung Haji Umum Hibah 1 25 Peratus

Tabung Haji Umum Hibah 1 25 Peratus

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 451 hits
Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan agihan hibah bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1 25 peratus melibatkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun 2018 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujah...
Mujahid Prokhas Tak Urus Aset Tabung Haji

Mujahid Prokhas Tak Urus Aset Tabung Haji

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 425 hits
PARLIMEN Prokhas Sdn Bhd berperanan menjalankan proses rehabilitasi kesemua aset Lembaga Tabung Haji yang tidak menguntungkan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Muhajid Yusof hari ini Beliau menegaskan syarikat milik Menteri Kewanga...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Moving House Where My Bank Account Goes To Die

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Otak Penuh Dengan Idea

Random Photo Stories

A Love Letter To My Blog Goodbye For Now

Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Tidak Dapat Akses Misteri Di Sebalik Halangan Digital