Diva Aa Azwan Ali Berdamai Dengan Takdir



BERDAMAI dengan takdir. Barangkali itu satu ungkapan yang mudah untuk diucapkan di bibir, namun untuk merealisasikannya dalam kehidupan nyata memerlukan banyak komitmen dan pengorbanan.
Anak seni yang seorang ini memiliki pengalaman yang cukup luas dalam gelanggang hiburan tempatan terutama pengacaraan. Mula berkecimpung dalam bidang pengacaraan sedari 1988, tolak tambah sudah 32 tahun dia bergelumang dalam bidang yang sarat sepak terajang yang mematangkan.
Azwan Ali. Sepotong nama yang cukup digeruni. Digeruni pada masa sekarang kerana mulutnya yang lantang dan celupar berkata-kata dengan liuk-lentok tubuh yang tersendiri. Walhal, suatu ketika dahulu, dia seorang pengacara yang amat dihormati penuh dengan integriti dan profesionalisme tinggi.
Tahun 2020 seperti memberi nafas baharu buat pemilik nama sebenar Mohamed Azwan Ali.
Hampir 10 tahun hidup jauh dari dunia televisyen dan menjadi hiburan dunia maya dek gelagat yang adakala dianggap aneh bagi sesetengah pihak, Azwan kembali sebagai pengacara program realiti, Lagu Cinta Kita 2.
Berbalik kepada apa yang dinukilkan pada perenggan pertama, Azwan tidak menafikan, pada usia 54 tahun, dia lebih relaks, berhati-hati dalam bertindak dan paling penting, reda dengan takdir hidup yang telah disusun oleh Allah SWT.
Masakan tidak, dalam hidupnya, dia berdepan dengan pelbagai perkara yang melunturkan motivasi antara berkaitan kepincangan keluarga, cinta bertepuk sebelah tangan, kerjaya seni hampir berkubur dan banyak perihal lain yang dia yang lebih fasih dan mengerti tentangnya.
AZWAN berkata, kilauan glamor dan dalam bidang seni hanya bersifat sementara. Justeru, dia menasihatkan anak seni generasi baharu agar tidak terlalu hanyut dengan arus populariti yang akan bergerak perlahan apabila tiba waktunya. – MUHAMAD IQBAL ROSLI “Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Keluarga tunggang-langgang dan berat untuk saya kongsi tentang hal itu. Macam-macam perkara berlaku lebih tiga dekad saya menjadi anak seni.
“Pada usia sekarang, saya lebih berhati-hati dalam melantunkan bicara. Mulut saya tetap ‘puaka’ namun lambat-laun orang akan sedar, apa yang saya kritik itu ada kebenarannya.
“Saya sudah terima bermacam-macam cercaan dan perlian. Saya sudah masak dengan semua itu. Tapi saya tidak terduduk, saya bangkit dan terus bangkit walaupun orang tak suka. Bidang glamor ini hanya sementara. Saya sudah laluinya,” ungkap Azwan yang memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang daripada Universiti Malaya pada tahun 1989.
AZWAN melihat tahun 2020 sebagai kelahiran semula dalam bidang seni tanah air. Bagaimanapun, perkara tersebut tidak menutup mulut lancangnya yang gemar mengkritik apa sahaja perkara yang terlintas depan mata kepalanya. SOLEKAN – EL MANDA ZUHAIRY (@ELMANDAZUHAIRY) Berdamai dengan Azmin
Melanjutkan perbualan, terpacul perumpamaan dari bibir yang dipersetujui Azwan akan kebenarannya. Air yang dicincang tidak akan putus. Katanya, dia sudah memaafkan semua orang andai berlaku khilaf secara sedar atau tidak sedar. Termasuk adik-beradiknya.
“Saya sudah maafkan tapi saya takkan pernah lupa apa yang mereka buat. Bak kata mat salih, ‘forgive but will never forget’. Apa yang mereka buat kepada saya biarlah saya dan Allah sahaja yang tahu.
“Saya boleh berbaik tetapi hanya dengan Azmin Ali, tidak dengan adik-beradik yang lain. Kalau ada peluang berdamai, saya okey andai perkara itu terjadi,” katanya kedengaran sedikit sebak.
Ujar Azwan, kalau diberi peluang bertemu empat mata dengan Datuk Seri Azmin Ali yang kini berjawatan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dia sedia menghulurkan tangan terlebih dahulu untuk berdamai.
“Kalau benda itu berlaku, saya sendiri yang akan hulurkan tangan untuk minta maaf sebab dia abang, saya adik.
“Ada beberapa perkara yang saya berkecil hati dengan beliau tapi saya tak ingin dedahkan. Macam saya cakap, saya sedia bermaaf-maafan dengannya.
“Dengan Azmin ceritanya berbeza dengan adik-beradik lain. Seperti yang saya katakan, adik-beradik lain hanya Allah yang tahu dosa-dosa mereka kepada saya. Jangan datang dekat kepada saya.
Arwah mak tahu, Allah tahu,” tuturnya yang tidak kisah menjalani hidup seorang diri atau bahasa mudah, sebatang kara.
AZWANmenyerahkan soal kepada Yang Maha Kuasa. Katanya, kalau diberi pilihan, dia tidak mahu berkahwin dengan wanita yang berstatus janda. Namun akurnya, ajal, maut dan pertemuan itu rahsia Tuhan. – TATARIAS – DEAN ISHAK (@DEAN.ISHAK) ‘Saya tak sewel’
Di mata masyarakat, ada sesetengah orang berpendapat Azwan seorang yang kurang waras kerana acap kali membuta tuli mengherdik orang tanpa sebab yang munasabah.
Ditebak pertanyaan tentang perihal itu, Azwan menjawab: “Orang mudah menghakimi saya hanya kerana apa yang saya sering paparkan di depan kamera atau di sosial media. Mereka tak kenal siapa saya sebenarnya.
“Mereka lupa yang patutnya menghakimi hanya Allah SWT. Itu tugas Dia bukan kita. Orang cakap saya sewel atau kurang waras, saya hanya boleh cakap Alhamdulillah.
“Dari bibir saya pada waktu sekarang, saya mencuba yang terbaik untuk jadi orang yang lebih baik daripada yang sebelum ini. Lagipun, bukan baru sekarang orang cakap saya sewel. Sudah lama orang cakap, lantak mereka.
“Hidup ini jangan sesekali rasa kita ‘atas Tuhan’. Saya akan tetap mengkritik sebab itu memang saya. Semua orang saya kritik, orang politik, artis-artis papan atas macam Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa pun, namun mereka tak melenting.
“Yang melenting peminat-peminat mereka sebab mereka tak dapat terima kritikan saya. Mereka tak dapat kesan kebenaran yang cuba saya sampaikan. Cara saya mungkin kasar, namun itu sahaja ubatnya untuk masyarakat kita yang jenis susah nak makan saman,” getusnya bersungguh.
AZWAN terkenal kerana kecekapan dan kebijaksanaannya dalam mengendali program berunsur hiburan. Pada tahun 1994, dia meraih penghargaan sebagai Personaliti TV Terbaik pada Anugerah Skrin yang pertama. BUSANA – ZARA OFFICIAL Belum tertutup hati kahwin
Berganjak ke perkara yang masih berbekas dalam diari hidupnya, Azwan membuahkan dua tiga pandangan tentang hubungannya dengan penyanyi, Ziana Zain.
Ujarnya, dia sudah boleh menerima hakikat Ziana bukan jodohnya biarpun cinta yang bertepuk sebelah tangan itu masih diperkatakan sehingga kini.
“Dia seorang sahabat yang baik dan saya amat menghormatinya. Tetapi saya tidak boleh menafikan bahawa Ziana punca mengapa hati saya tertutup buat semua perempuan sehingga hari ini.
“Itu saya tidak boleh bohong. Saya jadi macam ini sekarang sebab tidak dapat terima hakikat yang dia tolak cinta saya. Dia tak salah, saya yang salah,” katanya.
Ditanya sama ada hatinya sudah tertutup terus untuk wanita jawab Azwan: “Saya boleh kahwin tetapi saya takkan terima bekas orang. Saya percaya dengan rencana Allah. Kalau ada jodoh, ada.
“Kalau tiada pun, saya okey hidup bersendirian sebatang kara sampai bertemu ajal. Saya bukan seorang manusia yang suka buat pusingan-U. Dah berlalu, biarlah berlalu.
“Kalau Datuk K dan Datuk Jamal Abdillah boleh, mengapa saya tidak boleh? Saya percaya dengan ketentuan Allah. Berulang kali saya ungkapkan frasa ini tetapi saya bukan ustaz (tertawa),” ujarnya seraya berseloroh.
Azwan berkata, tiada sekelumit pun rasa sunyi atau sepi walaupun hidup bersendirian. Dia mempunyai empat ekor kucing yang masing-masing diberi nama Rosmah, Che Ta, Aaron Aziz dan Ziana Zain.
“Lagi senang hidup dengan kucing. Saya bercakap dengan mereka, mereka dengar dan tak banyak perangai. Berak pun boleh selesaikan sendiri,” katanya menamatkan perbualan.
‘Dulu hari-hari orang kecam, sekarang tidak lagi’ – Azwan Ali

 
The post Diva AA..Azwan Ali Berdamai Dengan Takdir appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/27/diva-aa-azwan-ali-berdamai-dengan-takdir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Man Mohamad Ali Appointed Dewan Negara Deputy President

Umno Man Mohamad Ali Appointed Dewan Negara Deputy President

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 200 hits
Senator Mohamad Ali Mohamad has been appointed as the deputy president of the Dewan Negara today Mohamad Ali 56 who is also Melaka Umno Liaison Committee deputy chairperson is the sole candidate proposed by Prime Minister Muhyiddin Yassin T...
Terlibat Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Fizi Ali Akui Nampak Kelibat Sebelum Langgar

Terlibat Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Fizi Ali Akui Nampak Kelibat Sebelum Langgar

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 243 hits
Penyampai radio Suria FM Fizi Ali dilaporkan telah terlibat dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada hari Selasa yang lalu Menurut Fizi dia yang sedang dalam perjalanan ke konti stesen radio tersebut kira kira ja...
Polisi Tegaskan Tidak Benar Isu Ali Kalora Muncul Dan Minta Makanan Ke Petani

Polisi Tegaskan Tidak Benar Isu Ali Kalora Muncul Dan Minta Makanan Ke Petani

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 170 hits
Isu kemunculan kelompok Mujahidin Indonesia Timur Poso di Lemban Tongoa Kabupaten Sigi Provinsi Sulawesi Tengah menimbulkan keresahan di masyarakat Kelompok pimpinan Ali Kalora ini disebut sebut meminta makanan jagung dan ubi kepada petani
Syekh Ali Jaber Beri Pesan Tajam Ke Polisi Gus Nuril Marah Jangan Campur Urusan

Syekh Ali Jaber Beri Pesan Tajam Ke Polisi Gus Nuril Marah Jangan Campur Urusan

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 383 hits
Insiden penembakan terhadap enam anggota FPI pada Senin dini hari hingga saat ini masih menjadi perhatian publik Tak terkecuali dengan tokoh ulama besar Tanah Air Syekh Ali Jaber yang juga turut prihatin dengan insiden yang menimbulkan korb...
First Time Minum Cafe Latte Tongkat Ali Farm Fresh

First Time Minum Cafe Latte Tongkat Ali Farm Fresh

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 416 hits
Mama ni memang penggemar susu Farm Fresh Susu yang paling mama suka tentulah perisa kurma Memang sedap dan mengenyangkan 1 liter mama boleh minum sorang tau Baru baru ni mama First Time Minum Cafe Latte Tongkat Ali Farm Fresh Baru tau ada p...
Drama Takdir Yang Tertulis Lakonan Nad Zainal Dan Nazim Othman

Drama Takdir Yang Tertulis Lakonan Nad Zainal Dan Nazim Othman

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 1018 hits
Drama melayu bersiri terbaru TAKDIR YANG TERTULIS yang dibintangi oleh Nazim Othman Nad Zainal Elvina Mohamad Alvin Chong dan ramai lagi bakal bersiaran pada awal tahun depan tak lama lagi Drama Takdir yang tertulis akan ditayangkan di slot...
Kerajaan Pn Tambah Kekerapan Cabutan Khas Judi Dari 8 Ke 22 Kali Tahun Depan Takdir

Kerajaan Pn Tambah Kekerapan Cabutan Khas Judi Dari 8 Ke 22 Kali Tahun Depan Takdir

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 410 hits
MALAYSIA DATELINESenator DAP Liew Chin Tong mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021 Beliau berkata kerajaan PN mengemb...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan