Diskriminasi Kaum Bakal Meruntuhkan Tamadun Barat
SAAT ini dunia sedang melihat betapa porak perandanya ketamadunan dan peradaban dunia barat yang selama ini diagung-agungkan di seluruh dunia termasuk Dunia Islam.Boleh dikatakan juga saat ini berkemungkinan besar akan bermulanya kejatuhan ketamadunan dan peradaban dunia barat yang mungkin mampu merubah hala tuju dan geopolitik dunia.Hari ini kita melihat bagaimana erti katakebebasan, keadilan dan hak sama rata yang diagungkan dunia barat selama ini hanyalah palsu dan retorik semata-mata.Dunia barat yang selama ini berpura-pura menjadi jaguh dan mengajar dunia bagaimana untuk menjadi adil, bebas dan bertamadun sebenarnya adalah lebih zalim, tidak berprinsip dan bertamaddun.Kematian George Floyd, seorang lelaki yang berbangsa kulit hitam akibat keganasan polis yang dipercayai bersikap rasis di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat telah membuka mata dunia dan pekung dunia barat terutamanya Amerika Syarikat bagaimana hancur dan rosaknya ketamadunan dan peradaban dunia barat yang selama ini cuba disembunyikan dari seluruh dunia.Peristiwa tersebut telah mencetuskan ‘pandemik’ baru di seluruh dunia terutamanya di Eropah, Amerika Utara dan negara-negara yang majoritinya penduduk kulit putih bagaimana sikap rasis dan prejudisnya mereka terhadap kaum, bangsa dan agama lain yang selama ini cuba disembunyikan dari mata dunia.Sikap rasis dan prejudis mereka yang selama ini cuba disembunyikan dengan memaparkan propaganda dipelbagai medium sebagai jaguh demokrasi, keadilan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia akhirnya terbongkar dengan pelbagai peristiwa dan kisah yang cuba dirahsiakan dari pengetahuan dunia selama ini.Sejak dari peristiwan tersebut, bukan hanya berlaku kebangkitan di Amerika Syarikat tetapi di Britain, Jerman, Perancis, Itali, Hungry, Poland dan pelbagai negara lagi.Telah mula kebangkitan untuk menentang “ supremo “ dunia barat yang selama ini menjajah dunia baik dari ideologi, pemikiran, pengetahuan, idealisme, politik dan kekuatan.Namun hakikatnya dunia barat sebenarnya tidak pernah berubah sejak dari dahulu lagi. Kemajuan, kekayaan dan kemodenan dunia barat yang kita lihat hari ini ini adalah hasil dari penjarahan, kerakusan, kezaliman, rompakan dan penjajahan ke atas dunia lain termasuk Dunia Islam sejak berabad dahulu lagi.Tamadun dunia barat yang maju, kaya dan moden dibina atas kesengsaraan, keperitan, air mata dan juga darah bangsa, kaum dan agama lain termasuk umat dan Dunia Islam selama ratusan malahan ribuan tahun.Akhirnya saat ini, segalanya terbongkar dan bermulalah kebangkitan menentang norma dunia barat yang telah membelenggu dunia sejak sekian lama.Kita sering disajikan dengan kisah penerokaan dizaman dahulu oleh pelayar mahupun peneroka dari dunia barat yang mencari dunia baru untuk diterokai. Christopher Columbus, Ferdinand Magellan, John Cabot dan Hernan Cortes diantara nama-nama yang masyhur dikalangan peneroka dunia baru di barat.Mereka ini belayar di seluruh pelusuk dunia ketika itu untuk mencari dunia baru yang dipercayai dipenuhi kekayaan seperti emas, rempah ratus, sutera, gading dan pelbagai barangan lagi.Mereka ini juga kebanyakkan bertindak bagi pihak Inggeris, Portugis, Perancis, Belanda dan Sepanyol. Disamping mencari hasil bumi untuk dibawa pulang dan didagangkan, rancangan jangka panjangnya juga adalah untuk menguasai perdagangan dan menakluk dunia baru yang penuh kekayaan.Setelah berjaya meneroka dan memperolehi kekayaan dari dunia baru terutamanya ketika abad ke 15 dan 16, dunia barat ketika itu mengalami pertumbuhan pesat dari segi ekonomi dan kemakmuran.Ramai dari kalangan mereka ini kekal menetap di negara mereka namun terdapat banyak dari mereka ini juga berpindah ke dunia baru untuk terus mengaut keuntungan dan membuka luas kawasan di dunia baru seperti Amerika Syarikat.Dengan kemakmuran dan kepesatan ekonomi yang dialami oleh dunia barat, maka wujudlah keperluan tenaga manusia yang cukup besar untuk menampung pelbagai keperluan sektor ekonomi yang dibangunkan oleh mereka.Maka ketika ini wujudlah perdagangan hamba abdi yang dibawa masuk dari Afrika untuk dibawa ke negara-negara Eropah dan juga Amerika Syarikat.Transatlantic slave trade atau pemerdagangan hamba abdi rentas Lautan Atlantik yang berlangsung diantara abad ke 16 hingga abad ke 19 adalah pemerdagangan manusia yang terbesar dalam sejarah dunia.Dianggarkan diantara 12 hingga 12.8 juta orang kulit hitam dari tengah dan barat Afrika diperdagangkan merentasi Lautan Atlantik untuk dihantar negara-negara Eropah dan terutamanya Amerika Syarikat.Kebanyakkan daripada tokoh-tokoh peneroka dan pedagang terkenal ketika itu juga adalah perintis dan juga memonopoli pemerdagangan manusia.Pedagang hamba abdi Portugis adalah yang pertama melakukan transatlantic slave trade dan pada tahun 1526, mereka melakukan pelayaran pertama merentasi Lautan Atlantik dengan membawa hamba abdi dari Afrika untuk dijual dan dihantar ke Brazil.Ini kemudiannya diikuti oleh pedagang hamba abdi lainnya dari Eropah yang mana majoriti daripada hamba abdi tersebut dihantar dan dijual ke Amerika Syarikat dengan harga yang cukup murah.Hamba abdi ini dijual kepada pemilik ladang kapas, tembakau, tebu, koko, kopi dan juga kepada pemilik lombong emas, perak, industri pembinaan, pembalakan serta juga sebagai pembantu rumah.Mengikut kajian pakar sejarah, dianggarkan lebih daripada 300,000 pedagang dari Eropah yang terbabit dalam pemerdagangan hamba abdi rentas Lautan Atlantik ketika itu.Mereka ini bukan hanya membawa barang-barang dagangan seperti emas, rempah ratus dan kapas tetapi juga turut membawa hamba abdi untuk dijual kerana ketika itu hamba abdi dianggap sebagai barangan komoditi yang boleh dijual beli.Selama 400 tahun pemerdagangan hamba abdi dari Afrika tersebut berlangsung dan sepanjang pelayaran merentas Lautan Atlantik tersebut, dianggarkan seramai 1.2 hingga 2.4 juta orang kulit hitam mati akibat pelbagai penyakit dan keuzuran akibat daripada pelayaran yang memakan jangka masa yang agak lama.Hakikatnya, lebih banyak yang mati akibat daripada seksaan dan kondisi pekerjaan yang mereka kerjakan. Kisah dan sejarah perhambaan yang paling banyak dibukukan oleh ahli sejarah ialah sejarah perhambaan di Amerika Syarikat.Akibat sejarah hitam dan keperitan perhambaan inilah yang mengakibatkan kebangkitan gerakan sivil orang kulit hitam terutamanya sejak kematian George Floyd ketika ini.Kumpulan hamba abdi kulit hitam yang pertama tiba di Amerika Syarikat ialah pada 1526 iaitu di South Carolina. Kemudiannya pada Ogos 1565, kumpulan kedua hamba abdi kulit hitam tiba di St. Augustine, Florida. St. Augustine kemudiannya menjadi pelabuhan utama kemasukkan hamba abdi orang kulit hitam di Amerika Syarikat hingga ke penghujung abad ke 17 diikuti oleh beberapa pelabuhan lain seperti Point Comfort, Virginia dan New England, Massachusetts.Ketika pesatnya pemerdagangan hamba abdi di Amerika Syarikat terutamanya pada abad ke 16 hingga abad ke 19, dianggarkan jutaan hamba abdi orang kulit hitam dibawa masuk ke Amerika Syarikat untuk dijual kepada pelbagai sektor pekerjaan.Namun kebanyakkan daripada mereka ini diperlakukan seperti buruh paksa, dizalimi dan dalam keadaan yang cukup menyedihkan.Mereka tidak diberi sebarang bayaran, diperlakukan seperti binatang, tidak disediakan tempat tinggal yang sempurna, dipukul, diseksa malah ada yang dibiarkan mati jika dijangkiti penyakit.Terdapat juga hamba abdi yang melarikan diri dari ladang dan lombong tempat mereka berkerja namun sebaik sahaja mereka dijumpai mereka diseksa sehingga mati malah ada yang terus dibunuh oleh pemiliknya.Perang Saudara Amerika Syarikat pada tahun 1861 sehingga 1865 diantara negeri-negeri utara dan selatan Amerika Syarikat adalah disebabkan perhambaan. 1860, calon parti Republikan untuk pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln menyokong untuk dihapuskan sepenuhnya perhambaan di Amerika Syarikat.Negeri-negeri di selatan Amerika Syarikat seperti Georgia dan Alabama menolak cadangan Abraham Lincoln memandangkan negeri – negeri di selatan Amerika Syarikat bergantung kepada sektor pertanian, mempunyai ladang-ladang tanaman kapas yang cukup luas dan bergantung kepada hamba abdi orang kulit hitam sebagai tenaga kerja.Apabila Abraham Lincoln memenangi pilihanraya Amerika Syarikat dan menjadi Presiden Amerika Syarikat, tujuh negeri selatan Amerika Syarikat iaitu Georgia, Lousiana, Alabama, Mississippi, Florida, Texas dan South Carolina yang menyokong perhambaan mengumumkan pemisahan dari Amerika Syarikat dan menubuhkan sebuah persekutuan.Lapan lagi negeri selatan Amerika Syarikat menolak pemisahan dan penubuhan sebuah persekutuan. 12 April 1861, perang saudara di Amerika Syarikat mula tercetus apabila tentera negeri-negeri selatan mula meyerang Fort Summer, South Carolina. Peperangan yang memakan lebih 5 tahun itu telah mengorbankan lebih 750,000 nyawa.Akhirnya pada 9 April 1856, Jeneral tentera negeri – negeri selatan Robert E. Lee menyerah kalah kepada Jeneral tentera Amerika Syarikat Ulysses S. Grant. Negeri-negeri selatan yang keluar dari Amerika Syarikat kembali menyertai Amerika Syarikat dan perhambaan dihapuskan. Mengikut ahli sejarah ketika itu sebanyak 3 juta hamba abdi dibebaskan.Namun hakikatnya perhambaan masih lagi berjalan dinegeri-negeri selatan Amerika Syarikat. Sehingga 1950an, masih lagi berlaku diskriminasi kaum secara terang-terangan di Amerika Syarikat malah persengketaan kaum berdasarkan kulit turut mengakibatkan ramai orang kulit hitam mati akibat dibunuh dan diseksa oleh kumpulan ekstrimis kulit putih seperti Klu Klax Klan.Orang kulit hitam hanya dibenarkan berkerja dalam sektor-sektor tertentu sahaja terutamanya pekerja am dan buruk kasar, pengasingan sekolah diantara orang kulit hitam dan putih, pembayaran gaji yang berbeza mengikut kulit, mengundi dalam pilihanraya dan bermacam lagi diskrimiasi perkauman yang berlaku ke atas orang kulit hitam.Kemuncak kebangkitan orang kulit hitam di Amerika Syarikat adalah ketika Martin Luther King Jr. pada tahun 1955 hingga tahun 1968. Ketika itu sudah mula berkembang kesedaran sivil dikalangan orang kulit putih akan diskriminasi yang dilakukan ke atas orang kulit hitam. Kebangkitan tersebut sedikit sebanyak merubah nasib orang kulit hitam di Amerika Syarikat.Hakikatnya isu perkauman di Amerika Syarikat saat ini adalah umpama gunung berapi yang menunggu saatnya untuk meletus kerana isu tersebut tidak pernah padam dan senantiasa berlaku.Bukan sahaja kepada orang kulit hitam tetapi Hispanik, Asia dan juga orang Islam. Kaum-kaum minoriti di Amerika Syarikat senantiasa menjadi mangsa diskriminasi orang kuit putih di Amerika Syarikat hingga saat ini.Semenjak Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat, ketegangan kaum dan agama menjadi bertambah buruk. Retorik Donald Trump yang mengagungkan orang kulit putih dan keakraban Donald Trump dengan ekstrimis kulit putih seperti White Nasionalist menjadikan kaum minoriti di Amerika Syarikat sebagai sasaran diskriminasi dan intimidasi.Tamadun Islam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW telah meruntuhkan perhambaan dan mengagungkan kaum tertentu sejak 1400 tahun yang lalu. Islam mengajak seluruh umat manusia ke arah perdamaian dan kesaksamaan dan sejarah membuktikan Islam tidak pernah menindas mana-mana bangsa, kaum dan agama selain dari Islam.Malangnya umat dan Dunia Islam saat ini dipotretkan sebagai pengganas, tidak bertamddun dan penimbul kekacauan.Siapa yang mengebom Syria sehingga hancur, siapa yang mengebom Iraq sehingga ranap dan siapa yang menjarah Afghanistan hingga menjadi padang jarak padang terkukur, adakah orang Islam ?Semoga umat dan Dunia Islam sedar bahawa kekuatan umat dan Dunia Islam terletak pada kesatuan yang jitu dan kukuh dikalangan umat dan Dunia Islam.Lemah kesatuan bermakna lemahlah Dunia Islam, jika kuat maka kuatlah Dunia Islam. Sampai bila harus umat dan Dunia Islam dipermainkan oleh musuh-musuh Islam.Belajar dari kebangkitan orang kulit hitam akibat kematian George Floyd kerana mungkin ada yang tidak ambil peduli dan peka terhadap sejarah Islam.Apabila kita bersatu padu kita kuat, apabila kita berpecah belah kita menjadi lemah. Doakan agar umat dan Dunia Islam diberkati dan dirahmati.USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADIPengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk- HARAKAHDAILY 21/6/2020
E -Buku IH-129: Terserlah AS Yang Perkauman..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/diskriminasi-kaum-bakal-meruntuhkan.html