Disampuk Pontianak



Kisah ini terjadi dirumah nenekku masa itu aku umur 12 tahun darjah 6. Kebetulan cuti sekolah jadi sepupu-sepupu pun balik kampung bersama keluarga mereka masing-masing. Aku masih lagi tinggal dengan nenekku. Keluarga ku menetap di KL aku pula tinggal di sabah. Ini adalah pengalaman benar ku dan nak jadikan cerita


Masa tu makcik aku yang bongsu dirasuk hantu disebuah pohon dibelakang kebun. Sebelum kejadian, nenek ada menyuruh maksu ngan mak ngah p cari sayur di kebun. Maksu menyangka mak ngah telah pergi dulu meningglknnya walhal mak ngah tengah bersiap dalam bilik. Maksu pergi sorang-sorang masa tu da hampir senja. pulang dirumah maksu diam dan lansung pergi ke biliknya. Nenek yang sedar perubahan sikap maksu tu menyuruh makngah bagitau datuk dan pakcik-pakcik ku berjaga. 

Jelas dimata maksu agak merah galak serta raub wajah seakan pucat. Nenek aku ni orangnya pandai mengubat juga dikenali sebagai bidan kampung serta pengamal perubatan tradisional. Jadi tidak hairan lah jika nenek aku ni banyak pengalaman serta kisah-kisah ‘menarik’ sepanjang dia ‘ berkerier’ dalam bidang berkenaan

Maksu meracau-racau tidak keruan sewaktu di ubati oleh nenek juga dibantu datuk serta 2 orang lagi pakcik ku. Aku melihat maksu ketawa mengilai2 seperti bukan dirinya nenek dengan tangkas membaca berapa ayat suci seraya berkata, “Hai, mahluk terkutuk! keluar lah dikau dari tubuh anak ku jika tidak mahu dibinasakan!” maksu yang sedari tadi ketawa mengilai2 merenung tajam ke arah nenek. maksu meronta-ronta dengan kuat pakcik-pakcik ku yang masa tu memegang tangan maksu terlepas dan lantas maksu cuba lari namun sempat ditahan oleh datuk. Makngah yang ada sekali menutup pintu bilik untuk mengelakukan maksu yang kerasukkan terlepas lari. aku yang menyaksikan dari luar bilik merasa takut mengajak sepupu-sepupu ku yang lain yang turut melihat kesurupan itu untuk beredar pergi ke ruang tamu. Adalah dalam sejam lebih kami duduk diruang tamu tu, bermacam benda yang kami dapat dengar

Seusai merawat maksu yang tersampuk nenek keluar pergi ke ruang tamu, nenek cakap maksu da pulih cuma dia dalam keadaan letih, datuk dan makngah juga. Nenek cakap maksu tersampuk masa pergi cari sayur di belakang kebun dia ada jua ambil buah mangga luruh dibawah pokok dimana diatasnya tempat seekor puntianak bertenggek. Nenek cakap, puntianak tu suka dengan maksu, tu yaang dia ikut maksu balik rumah. Aku tanya dengan nenek macam mana nenek halau puntianak tu. Nenek cakap dengan membaca berapa ayat suci Al-Quran serta picit di ibu jari kaki, dan kalau nak senang.. ancam dengan menyebut namanya. kami yang musykil Tanya balik

 Nek, macam mana pula puntianak ni ada nama

Nenek senyum dan cakap kalau dulu dia pernah diberitahu ada kejadian masa dulu dia dengar dari mulut ke mulut dikampungnya masa tu nenek muda lagi sebelum berkhwin bersama datuk, iaitu 2 beradik hilang di pulau penunggu.. Nenek dapat tahu nama puntianak daripada kisah ini. Nenek cakap setiap benda mesti ada namanya.. seperti mana puntianak itu jelmaan daripada iblis syaitan. Syaitan itu ada nama-namanya begitu juga jelmaannya sebagai puntianak

Nenek cakap, masa picit ibu jari kaki maksu suara maksu berubah-ubah seperti nada haiwan diselang seli ketawa mengilai dan menangis. Sungguh mengerikan sesiapa yg mendengar! Ini benar sebab dari tadi kami duduk sebelum nenek tiba kami memang terdengar bunyi menyeramkan, kami memang sedia maklum itu memang datang dari bilik maksu namun suara maksu jauh berbeza, meremangkan bulu roma kala itu. 
Nenek lanjut lagi, puntianak tu berkeras enggan keluar dari tubuh maksu, ia berbicara mahu mengunakan tubuh maksu untuk mendapatkan darah dan daging kambing, jika tidak ia akan mengganggu lagi. Lalu nenek membantah bahawa perbuatan itu syirik tidak sekali akan akan melakukan hajat sedemikian, maka nenek mengunakan ayat-ayat suci yang ampuh serta menyebut namanya.

“AKU TAHU NAMA MU SIAPA DAN ASAL USUL MU DIMANA.. DENGAN NAMA ALLAH MAHA KUASA SERTA IZINAN-NYA TERBAKAR LAH ENGKAU DIDALAM KHALIMAH-KALIMAH SUCI NI.’CINDAI’..!!”
Baru berapa potong ayat suci dibacakan tubuh maksu terketar-ketar dan menutup telinga. Bilang nenek lagi sejurus nama tu disebut atap zink rumah seperti ada ‘benda’ jatuh! dan kedengaran juga cakaran ditepi dinding bilik maksu. Nenek lanjutkan bacaan dengan laungan kuat tidak lama pokok dibelakang jendela maksu seakan digocang-goncang. Rupanya puntianak tu dah keluar.. suara puntianak mengilai terbang semakin menjauh. Keesokkan paginya, maksu pun pulih sepenuhnya. 
Apa yang maksu ingat dia hanya memugut buah mangga yang jatuh dan masa tu banyak sangat buah bagus-bagus.. tiba-tiba dia tak ingat dah. datuk dan pakcik-pakcik ku pergi tebang pokok mangga lama dibelakang kebun tu, takut akan menjadi tempat tinggl mahluk berkenaan. 2 hari kemudian nenek buat kenduri tolak bala




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.seramshit.com/2021/04/disampuk-pontianak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel G Pontianak Sediakan Paket Buka Puasa Murah Dan Istimewa Bersama Keluarga

Hotel G Pontianak Sediakan Paket Buka Puasa Murah Dan Istimewa Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 367 hits
Ingin menginap di hotel bintang 3 lokasi di kota Pontianak langsung saja meluncur ke Hotel G Pontianak Blogger Borneo pernah sekali menginap di hotel yang terletak di Jalan Jenderal Urip No 73 ketika sedang menyelenggarakan kegiatan dari IW...
Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Friction Over Candidate Threatening Ph S Kkb Campaign



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

Zicha Anesha Bukan Cinta Terlarang Chord

Jasman A Darawi Ketua Muhammadiyah Selatpanjang

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Makan Malam Di Restoran Abang Seafood Ikan Bakar Telok Panglima Garang