Din Kau Tulis Tu Cermatlah Sikit Sergah Khalid Ali


 

“Din, minggu ni kau tulislah baik-baik sikit biar meletup tapi jangan sampai aku kena gantung sudah la,” terngiang-ngiang kata-kata Khalid Ali ketika saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk temu bual kolum mingguannya sekitar 1982. Pada era bola sepak separa profesional itu, pemain masih bekerja dan hanya terbabit dengan bola sepak selepas waktu pejabat.
Pada saya, agak janggal juga daripada sekian ramai kenalan, Khalid hanya antara beberapa kerat yang lebih betah memanggil saya “Din” kerana katanya lebih mesra di sebalik saya belum lama mengenalinya ketika itu.
Saya tidak ambil kisah pun kerana perbezaan kami umpama langit dengan bumi — saya budak kampung yang baru beberapa tahun berjinak-jinak dengan kewartawanan sukan manakala Khalid pula siapa yang tak kenal. Dia bintang sebenar daripada skuad kebangsaan bimbingan Karl-Heinz Weigang yang menjuarai pusingan kelayakan di Stadium Merdeka pada 1980 untuk layak ke Sukan Olimpik Moscow, yang kemudian diboikot Malaysia. Tempat Malaysia digantikan Iraq.
Benar, orang lebih mengingati gandingan James Wong dan Hassan Sani dari Sabah dalam kejayaan Malaysia menundukkan Korea Selatan 2-1 dalam final pada 6 Apr 1980 itu. Hassan yang melarikan bola dan menggelecek sebelum mengumpan kepada ‘King James’ yang memperdaya seorang pertahanan lawan lalu menyudahkan jaringan.
Merujuk satu temu bual dengan Berita Harian yang tersiar pada 14 Ogos 2016, Hassan menceritakan bagaimana detik manis berkenaan tercipta apabila bola hantaran hasil tandukan Khalid jatuh tepat di kakinya.
“Saya sempat melihat scoreboard dan nampak masa hanya berbaki kurang lima minit. Ketika itu, Korea mendapat sepakan percuma dan dalam fikiran saya waktu itu, sekiranya mendapat bola, saya akan melakukan gerakan solo. Ia benar-benar berlaku, saya mendapat bola dan terus bergerak ke kawasan lawan menewaskan tiga pemain Korea dan saya nampak James tidak dikawal di sebelah kiri lalu menghantar bola kepadanya,” katanya.
Dalam kempen pra-Olimpik itu, Khalid yang mengisi posisi bek kanan bersama Selangor dari 1976-1980, menikmati detik gemilangnya apabila ditukar fungsinya oleh Weigang kepada pemain tengah bertahan yang diberi kebebasan naik menyerang. Buktinya ialah enam gol sumbangannya selaku penjaring terbanyak kejohanan — hatrik ketika membelasah Indonesia 6-1, dua gol ketika membenam Filipina 8-0, dan satu membolosi gawang Korea dalam kemenangan 3-0 untuk aksi liga.
Di sebalik kecemerlangannya itu, Khalid yang digelar permata hitam bola sepak negara tidak pernah ambil kisah tumpuan media lebih kepada James dan Hassan ketika dia lebih berbangga selaku antara anggota pasukan yang turut menyumbang kepada kejayaan Malaysia. Kebetulan, dalam kempen pra-Olimpik 1980 itu, Mokhtar Dahari tidak turut bermain kerana baru menjalani pembedahan lutut di Hospital Universiti, Petaling Jaya.
“Din, senang ya kerja korang reporter. Satu player boleh ‘tidur’ dalam satu game, tup tup score gol kemenangan (tiada kaitan dengan final pra-Olimpik). Esoknya paper korang tulis besar-besar si fulan tu jadi hero. Habis, kita orang ni yang berlari ke atas ke bawah dalam 90 minit, langsung korang tak sebut,” cetus Khalid untuk kolum mingguannya dalam akhbar Berita Harian ketika itu.
Sebagai ‘ghostwriter’ (penulis di sebalik tabir yang tidak diperkenalkan) untuk kolumnya, Khalid mengambil serius coretannya kerana dua sebab. Pertama, dia kerap membandingkan kolumnya dengan kolum Mokhtar di akhbar New Straits Times yang ditulis rakan saya, Dan Guen Chin, dan kedua, ia menjadi wahana untuknya melontarkan pendapat mahupun membuat kritikan terhadap bola sepak tempatan dari minggu ke minggu.
Sesekali dia turut mendapat amaran atau teguran daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berasakan kritikan dalam kolumnya keterlaluan. Khalid bukanlah jenis yang cakap lepas tapi biasalah interpretasi orang yang membaca tulisan yang tiada intonasi berbeza dengan menonton rakaman televisyen atau video apabila nada pertuturan dan bahasa tubuh semuanya boleh diperhalusi. Apabila itu berlaku, Khalid hanya mempunyai satu tempat untuk meluahkan isi hatinya.
“Din, kau cermatlah sikit bila tulis tu. Jangan la ikut sangat cakap aku kalau aku tengah marah. Kau tone down la sikit bagi aku nampak cerdik dan bernas. Ini tak pasal-pasal aku terima surat amaran dari FAM. Bukan kau tapi aku juga yang nak kena jawab,” cetusnya apabila berhadapan situasi sedemikian. Khalid yang lasak dan robust di tengah padang sebenarnya seorang yang kelakar dan banyak bergelak ketawa di luarnya.
Kerap juga Khalid didapati bukan dalam mood yang baik untuk membincangkan isi kolumnya yang lazim disusuli soalannya minggu ini nak tulis apa? Jawapannya awal-awal saya dah tahu: “Din, aku tengah tak ada idea. Kau tulislah apa yang kau nak tulis asalkan jangan bagi aku masalah. Kau pun dah faham stail aku.”
Dalam kolumnya, Khalid jenis yang tidak lokek beri pujian kepada pemain lawan sekalipun. Penyerang Perlis pada zamannya, Saidin Osman, antara yang kerap mengundang kekagumannya dengan kadar jaringan yang tinggi. Bukan menghairankan jika pengaruh Khalid menjadi faktor Saidin meninggalkan skuad Singa Utara untuk menyertai pasukan Wilayah Persekutuan tidak lama selepas itu.
Rakan sepasukannya ketika bersama Selangor, Reduan Abdullah, mengeyakan personaliti Khalid di dalam dan di luar padang sama-sekali berlawanan. Di dalam padang, katanya, Khalid sangat serius dengan latihan dan perlawanan hingga rakan sepasukan terutama yang lebih junior tidak terlepas daripada dimarahinya tapi sehabis latihan atau perlawanan, dia akan menukar perwatakannya kepada sahabat yang paling rapat.
“Kami sama-sama mula bermain ketika di Kampung Datuk Keramat. Di padang Keramat itulah tempat kami bergasak setiap petang, kebetulan rumah kami pun berdekatan. Khalid ni jenis yang sentiasa nak menang, satu sifatnya yang terbawa-bawa hingga dalam pasukan Selangor dan kebangsaan. Dia pemain yang keras, tidak takut untuk menghulur kaki dalam situasi 50-50 tapi dia bukan jenis pemain kotor yang sengaja nak cederakan lawan,” katanya.
Senarai pencapaiannya bersama Selangor termasuk juara Divisyen Satu 1984, juara empat kali Piala Malaysia 1976, 1978, 1979 dan 1984 selain memenangi pingat emas Sukan SEA Jakarta 1979 di mana Malaysia mengalahkan Singapura 2-0, seri 0-0 dengan Burma dan Indonesia serta menewaskan Thailand 1-0 dalam liga round-robin. Dalam perlawanan merebut pingat emas, Malaysia menundukkan Indonesia 1-0 hasil jaringan Mokhtar di hadapan 85,000 penonton di Gelora Bung Karno pada tanggal 30 September 1979.
Khalid turut tersenarai dalam Barisan Bintang Asia 1982 yang antara lain menampilkan Mokhtar, Mahboub Jumma, Aziz Anbary (Kuwait), T Pathmanathan (Singapura), Piyapong Pue-On (Thailand), Jung Hu-woon (Korea), dan Parminder Singh (India) sebagai antara pengiktirafan individu tertinggi untuknya.
Dengan perpindahan kelabnya, MARA, ke Liga Wilayah Persekutuan, Khalid turut bertukar jersi mewakili pasukan Wilayah Persekutuan pada 1981–1982. Ketika itulah nasib malang menimpanya apabila dia mengalami kecederaan pergelangan kaki yang teruk dalam satu pertandingan peringkat kelab.
Dengan pergelangan kakinya bersimen selepas pembedahan memasukkan sebatang besi dan beberapa skru, Khalid memberitahu saya dari katil hospitalnya di Petaling Jaya: “Din, bertahun-tahun aku bermain, ramai yang cedera kerana permainan keras aku. Agaknya ini balasan kerana ramai pemain yang aku dah sakiti.”
Sekembalinya ke padang selepas pulih, Khalid menyertai semula Selangor pada 1983 dan bertahan selama dua musim lagi sebelum memutuskan untuk menggantung but.
Semalam, Khalid menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada usia 66 tahun selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat.
Damailah kau di sana, sahabat. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/din-kau-tulis-tu-cermatlah-sikit-sergah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Nampak Jahat Dari Bertopeng Konon Baik Menang Dunia Bukan Lama Ali Puteh Dedah Perangai Sebenar Hidayah

Biar Nampak Jahat Dari Bertopeng Konon Baik Menang Dunia Bukan Lama Ali Puteh Dedah Perangai Sebenar Hidayah

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 112 hits
Hingga ke hari ini kemelut antara balu Allahyarham Abam Bocey Nor Hidayah dan bekas adik ipar Ali Puteh biarpun sudah beberapa tahun kes berlaku Cerita kronologi kes dengan Hidayah Terbaru di TikTok Ali dia ada berkongsikan kronologi 8216 s...
Sold Sayang Memang Sayang Ali Puteh Jual Semua Trofi Kemenangan Program Lawak

Sold Sayang Memang Sayang Ali Puteh Jual Semua Trofi Kemenangan Program Lawak

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 139 hits
Seperti diketahui ramai pelawak Ali Puteh pernah menyertai beberapa program lawak yang dianjurkan dalam stesen televisyen dan juga pernah menjuarai hingga raih beberapa trofi Berjaya jual semua trofi kemenangan Dapat dilihat dalam akaun Ins...
Difitnah Guna Duit Orang Lain Untuk Berniaga Ali Puteh Undang Ibu Anak 3 Untuk Berjumpa Empat Mata

Difitnah Guna Duit Orang Lain Untuk Berniaga Ali Puteh Undang Ibu Anak 3 Untuk Berjumpa Empat Mata

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 164 hits
Pelawak dan usahawan Ali Puteh meluahkan rasa kesal apabila dia dituduh menggunakan wang orang lain bagi memulakan perniagaan yang diusahakannya kini Difahamkan Ali difitnah sedemikian rupa oleh seorang wanita di bahagian komen hantaran Ins...
Former Ag Apandi Ali Says Ready To Be Called Up By Rci On Batu Puteh

Former Ag Apandi Ali Says Ready To Be Called Up By Rci On Batu Puteh

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 175 hits
Former attorney general Tan Sri Mohamed Apandi Ali reportedly said that he is willing to be called up by the Royal Commission of Inquiry to help with the Batu Puteh case assessment Picture by Hari AnggaraKUALA LUMPUR Jan 28 Former attorney ...
Betul Ke Produk Ali Cafe Ada Campuran Galeyin Babi Ini Penjelasan Jakim

Betul Ke Produk Ali Cafe Ada Campuran Galeyin Babi Ini Penjelasan Jakim

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 207 hits
Walaupun isu ini telah dijelaskan namun masih ramai yang masih tertanya tanya status halal produk Ali Cafe di media sosial Malah sebahagian maklumat yang disebarkan itu tidak pun disahkan kebenarannya Kekeliruan ini ekoran dakwaan wujudnya ...
Hiburan Anak Saya Pergi Sekolah Kena Ejek Hilang Sabar Ali Puteh Menangis Penat Difitnah Netizen Isu Bersama Hidayah

Hiburan Anak Saya Pergi Sekolah Kena Ejek Hilang Sabar Ali Puteh Menangis Penat Difitnah Netizen Isu Bersama Hidayah

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 246 hits
Sejak kemelut yang berlaku bersama kakak ipar Nor Hidayah empat tahun lalu pelawak Ali Puteh terpaksa hadap kecaman netizen yang tidak henti henti hinggakan ahli keluarga turut terkena tempias Ali Puteh hilang sabar Tidak mampu lagi menahan...
Ali Puteh Jual Kereta Honda Demi Lunaskan Hutang Isteri Gagal Tahan Sebak

Ali Puteh Jual Kereta Honda Demi Lunaskan Hutang Isteri Gagal Tahan Sebak

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 164 hits
Pelawak Ali Puteh jual kereta Honda miliknya bagi melunaskan hutang termasuk beberapa barangan peribadi kepada orang awam Namun apa yang menarik perhatian adalah reaksi isteri Ali Puteh Melati Fitri Abdullah yang menangis kerana tidak dapat...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever