Dilema Rakyat Marhaen Di Tanah Air Sendiri


Dr Rashidah Abdul RahmanAdakah kesejahteraan rakyat dijaga dengan baik bila menjadi YB? “SUDAH jatuh ditimpa tangga…”
Itulah peribahasa Melayu yang tamsil terhadap beberapa buah kampung di sekitar kawasan Inderapura, Pekan, Pahang, iaitu di Kampung Semangat, Kampung Ubai dan Cherok Paloh dalam kekalutan rakyat berperang dengan pandemik COVID-19.
COVID-19 kini sudah mencapai angka hampir 5,000 pesakit baharu sehari, walaupun kehidupan seharian berjalan dengan norma baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan.
Setelah tibanya tahun baru 2021, secara tepatnya pada 8 Januari 2021, harta benda mereka telah musnah kerana musibah banjir yang tidak disangka berlaku dengan begitu pantas.
Tujuh daerah lain seperti di Temerloh, Maran, Kuala Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan turut menghadapi musibah yang sama.
Pengalaman saya bersama beberapa aktivis Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) menyantuni mangsa banjir selepas seminggu lebih banjir berlaku, rata-rata mereka sangat bersyukur dan berterima kasih kerana menerima bantuan barangan keperluan seperti dapur, toto, telekung, beg sekolah dan lain-lain yang sangat diperlukan pada ketika itu.
“Alhamdulillah, hari ini dapatlah kita makan masakan yang dimasak atas dapur ni”, ucap mereka.
“Sebelum ni masak guna apa ye dik?”, tanyaku kepada mereka.
“Atas dapur picnic yang dibeli di pasaraya,” ujar adik Nur, seorang pelajar dari universiti awam yang tinggal bersama ibunya yang juga merupakan seorang ibu tunggal.
Seorang lagi mangsa banjir, Puan A, rumahnya yang diperbuat daripada papan telah rosak teruk. Pintu dan tingkap menjadi kembang, perabot dan barangan elektrik semuanya musnah. Beliau hanya tidur bersama empat orang anaknya dengan hanya beralaskan dua toto yang dihadiahkan oleh mereka yang dermawan.
Sehingga sekarang beliau masih belum pulih daripada kesedihan akibat musibah yang menimpa keluarganya. Suaminya pula telah lima bulan terlantar di rumah akibat stroke dan hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda.
Puan A hanya bekerja dengan pendapatan sebanyak RM1200.00 sebulan untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya. Sekiranya ditinjau lagi kehidupan mereka dengan lebih dekat dan bukan secara one-off terutamanya keadaan pasca banjir ini pasti banyak lagi cerita sedih dan kesusahan mereka akan kita dengari.
Saya tertanya-tanya sama ada pihak berwajib telah benar-benar menyantuni mangsa-mangsa banjir dengan sewajarnya dengan menyalurkan bantuan secara pantas dalam bentuk kewangan dan barang-barang keperluan.
Adakah pihak bertanggungjawab benar-benar prihatin dan cakna mengenai nasib rakyat marhaen yang sangat-sangat memerlukan ini kerana hidup mereka ketika fasa ini perlu diteruskan dalam keadaan serba kekurangan.
Isu banjir adalah satu bencana alam yang tidak harus dipandang sebagai lumrah setiap kali musim tengkujuh tiba.
Banjir ini boleh menyebabkan kerosakan harta benda yang banyak dan kemungkinan juga berlakunya kehilangan nyawa, di samping boleh melumpuhkan rangkaian pengangkutan dan perhubungan awam.
Oleh itu, apakah langkah-langkah bijak dan prihatin yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam menanganinya? Antara saranan yang boleh dilakukan adalah;
1. Kajian yang bersungguh dan teliti mesti dijalankan oleh agensi kerajaan yang terlibat bagi mengenalpasti faktor-faktor yang membawa kepada banjir berlaku di sesuatu kawasan atau daerah.
Faktor yang boleh dihindari seperti penerokaan tanah secara haram yang didedahkan baru-baru ini seperti yang berlaku di daerah Raub dan daerah-daerah lainnya menjadi salah satu penyebab kepada berlakunya bencana banjir yang teruk.
Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer, dalam kenyataanya telah memberi amaran risiko banjir teruk setiap tahun khususnya di Negeri Pahang, sekiranya aktiviti ‘pembersihan hutan’ dibiarkan berterusan tanpa adanya sistem tadahan air sebagai penampung.
Aktiviti pembersihan hutan khususnya pembalakan jika dilakukan tanpa kawalan atau secara haram menjadi faktor penyebab ketidakstabilan aspek Geologi dan menyebabkan bencana banjir berlaku secara tidak terkawal.
2. Semasa berlaku hujan yang dijangka turun secara berterusan selama beberapa hari dan menyebabkan banjir berlaku, kerajaan negeri Pahang dengan kerjasama agensi-agensi terbabit perlu bersiap siaga dan memberi amaran serta peringatan kepada penduduk kampung atau kawasan yang berkenaan.
Ia sebagai langkah berjaga-jaga dari aspek keselamatan jiwa serta harta benda mereka.
Kerajaan Negeri perlu membina tempat awam yang disediakan di tempat yang lebih tinggi bagi menyimpan barangan elektrik dan kelengkapan para penduduk seperti peribahasa ‘berjaga sebelum terkena’.
Bukan hanya menanti sehingga banjir telah menenggelamkan harta benda mereka, barulah hendak bertindak.
3. Selepas bencana banjir berlaku, pihak kerajaan negeri terus menyampaikan bantuan dalam bentuk kewangan untuk meringankan kesusahan, kehilangan serta kemusnahan harta benda mangsa banjir.
4. Dari semasa ke semasa, Yang Berhormat (YB) sekalian yang mewakili rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen wajib menemui rakyat marhaen yang ditimpa musibah.
Itulah sikap jujur dan prihatin seorang pemimpin yang telah diberi tanggungjawab menjaga, memimpin dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di kawasan masing-masing.
Barulah bermakna undi yang telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang mampu mempertahankan watan, berwibawa dalam menjalankan amanah tugas serta berhikmah dalam menangani segala masalah dan kemelut yang melanda rakyat serta negara.
Apakah erti sebuah kemerdekaan pada rakyat sekiranya setelah 63 tahun, ahli politik melemparkan berbagai slogan; Demi Rakyat, Rakyat Diutamakan, Wawasan Kemakmuran Bersama dan berbagai lagi janji-janji manis untuk meraih sokongan rakyat.
Hanya sanya bila sudah menjadi YB, adakah kesejahteraan rakyat telah dijaga dengan baik?
Pemimpin yang beriman kepada Allah dan hari akhirat sepatutnya takut untuk cuai dalam tugas dan tanggungjawab untuk menjaga rakyat dibawahnya. Hatta untuk menyelewengkan harta negara untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Moga Allah selamatkan tanah air kita Malaysia yang tercinta ini dari segala musibah dan mara bahaya yang tidak mampu kita lalui.
Wallahua’lam.

(*) Dr Rashidah Abdul Rahman, Ketua Wanita BERJASA Pahang- ISMA WEB


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/dilema-rakyat-marhaen-di-tanah-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dihina Di Negara Orang Oleh Rakyat Sendiri

Muhyiddin Dihina Di Negara Orang Oleh Rakyat Sendiri

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 332 hits
Gempar Muhyiddin dihina di negara orang oleh rakyat sendiriFebruary 6 2021BILA PM TERHINA DI NEGARA ORANG OLEH RAKYAT SENDIRI Suatu masa dulu Tak kira kunjungan ketua Negara Atau suka Bola sepak Netizen atau haters Indonesia sering menghina...
Gaduh Politik Tanah Air Adalah Bagian Permainan Komprador Settingan Elite

Gaduh Politik Tanah Air Adalah Bagian Permainan Komprador Settingan Elite

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 160 hits
Ada peran komprador politik yang bermain di tengah gonjang ganjing perpolitikan Indonesia Komprador politik ini disinyalir sengaja dipesan oleh elite politik untuk membuat sebuah pertarungan opini publik Selama ada permintaan dari sisi elit...
Pelawak Komedi Tersohor Tanah Air Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia

Pelawak Komedi Tersohor Tanah Air Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 687 hits
Pelawak komedi popular Datuk Jamali Shadat dilaporkan telah meninggal dunia hari ini Menurut ciapan ringkas BERNAMA Allahyarham yang berusia 78 tahun meninggal dunia pada 8 30 pagi tadi Salam takziah untuk ahli keluarga Allahyarham semoga r...
Akhirnya Beli Juga Tefal Air Fryer 4 2l Easy Fry Classic Healthy Fryer Ey20 Kat Lazada Untuk Isteri

Akhirnya Beli Juga Tefal Air Fryer 4 2l Easy Fry Classic Healthy Fryer Ey20 Kat Lazada Untuk Isteri

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 231 hits
Tengah sedap duduk buat kerja telefon bergetar Saya ambil dan tengok apa mesej yang masuk Ada wasap banyak juga yang saya belum baca Salah satunya wasap dari orang rumah Bang satgi kalau sempat tolong pergi Giant belikan Milo susu Fernleaf ...
Air Laici Bunga Telang

Air Laici Bunga Telang

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 738 hits
Isnin lepas duk menonton rancangan Majalah 3 ada segmen khasiat bunga telang Setahu ana bunga telang ni hanya di gunakan untuk warna asli biru untuk nasi kerabu rupanya ada juga pelbagai menu yang di jadikan dari bunga telang Kandungan khas...
Banjir Semarang Ganjar Temukan Dua Pompa Penyedot Air Tak Difungsikan

Banjir Semarang Ganjar Temukan Dua Pompa Penyedot Air Tak Difungsikan

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 204 hits
Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo mendapati pompa penyedot banjir tidak difungsikan karena masalah administratif
Tinggi Muka Air Naik Pintu Air Pasar Ikan Jakarta Utara Siaga 2

Tinggi Muka Air Naik Pintu Air Pasar Ikan Jakarta Utara Siaga 2

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 194 hits
BPBD DKI Jakarta kembali memperbarui data tinggi muka air di Pasar Ikan pada Minggu pukul 02 00 WIB menyebutkan bahwa tinggi muka air di pintu air itu naik drastis menjadi 205 cm karena hujan turun dan statusnya ditingkatkan menjadi siaga d...
Bekalan Air Ketiadaan Air Di Kluang Selebriti Bantu

Bekalan Air Ketiadaan Air Di Kluang Selebriti Bantu

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 195 hits
Di laporkan kawasan Kluang Johor berdepan gangguan bekalan air sejak beberapa hari lepas Malah ada penduduk mendakwa mereka menanti lama untuk menerima bekalan air dan semalam juga dilaporkan bekalan air tiba jam 1 30 minit pagi Namun hari ...
Keran Air Zam Zam Di Masjidil Haram Kini Ditutup Ada Apa

Keran Air Zam Zam Di Masjidil Haram Kini Ditutup Ada Apa

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 280 hits
Minum air zam zam adalah salah satu yang disunnahkan ketika beribadah di Masjidil Haram Makkah Namun akses untuk mendapatkannya kini dibatasi karena sedang pandemi Covid 19 Sebelum pandemi setiap umat Islam bisa mengambil dan meminumnya lan...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever