Dilema Anggota Dan Pegawai Rendah Polis Tiada Penghujung


Mehmed Gibran
Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang bakal ditubuhkan perlu melihat isu pengurusan pasukan polis sebagai satu keutamaan bagi mereformasi pasukan ini agar selari dengan zaman.
Sudah lama saya ingin menulis mengenai perkara ini. Kita kini sudah berada dalam tahun 2019, namun mutu pengurusan sebuah jabatan yang penting di negara ini masih berada di takuk lama, ketinggalan dan terkebelakang.

Dalam sebuah “negara polis” seperti Malaysia (semua perkara yang berlaku melibatkan pasukan polis) tadbir urus, kecekapan pengurusan dan piawaian standard pasukan ini masih di takuk lama dan memalukan.

Jika pembaca mengunjungi pusat latihan polis di seluruh negara, termasuk Maktab Polis Cheras, kita akan berasa hairan dan malu betapa ketinggalannya pengurusan pusat latihan ini yang bukan sahaja daif, tetapi tidak diuruskan dengan baik serta tidak selesa.

Memang benar sesebuah pusat latihan tidaklah perlu semewah hotel atau pusat peranginan, namun bagi menyediakan seorang individu awam kepada seorang anggota polis yang berintegriti tinggi, berkarisma dan sedia berkorban untuk negaranya, isu paling asas seperti pusat latihan wajar diberikan perhatian serius.

Setelah tamat kursus asas polis, anggota dan pegawai polis akan mula melaporkan diri di Kontigen Polis yang diarahkan dan mula menjalankan tugas di balai polis ataupun di IPD. Bagi yang bernasib baik, mereka akan diletakkan di balai baru yang bersih dan nyaman.

Bagi yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa menjalankan tugas dalam suasana daif sehinggakan alat tulis seperti kertas A4 dan pen pun tidak disediakan.

Tidak cukup dengan itu, berek polis yang katanya telah diubahsuai dan dinaiktaraf hanya indah khabar daripada rupa. Dari luar memang nampak indah dengan cat biru-putih yang bersih.

Namun jika ditinjau ke dalam, ia sangat mendukacitakan, kotor dan tidak diselenggara. Di sinilah nanti anggota polis akan membesarkan anak-anak dan menjalani kehidupan berkeluarga mereka.

Apabila anggota polis yang mempunyai masalah keluarga (berjauhan suami/isteri, imenjaga ibu bapa yang sakit atau sebagainya) dan ingin memohon untuk berpindah ke Kontigen tempat kelahiran, akan dilayan dengan buruk dan sangat mendukacitakan.

Bagi yang mempunyai “kenalan” di Bukit Aman, laluan mereka akan lebih mudah. Namun bagi anggota polis berpangkat rendah yang naif, mereka terpaksa bertebal muka memohon temu janji demi temu janji yang tidak berkesudahan dengan cawangan perjawatan di Bukit Aman.

Tambah-tambah lagi, baru-baru ini Ketua Penolong Pengarah (KPP) perjawatan Bukit Aman, SAC Datuk Kasuahdi Ali mengeluarkan arahan supaya tidak diluluskan pertukaran anggota yang mahu bertukar ke Kontigen kelahiran.

Walau apa pun alasan cawangan perjawatan, sebagai manusia semua orang wajib didengari masalahnya.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman selalu mengadakan lawatan dan semakan ke atas balai polis dan IPD di seluruh negara.

Rata-rata pegawai JIPS ini seakan-akan syok sendiri dengan laporan yang dikeluarkan hingga hampir tiada tindakan yang diambil apabila lawatan tersebut tamat.

Jadi untuk apa JIPS ini datang? Adakah SOP telah ditambah baik? Adakah keseronokan bekerja anggota meningkat? Atau adakah layanan kepada pelanggan (rakyat) semakin baik?

Tulisan ini mungkinlah hanya mewakili sekelumit daripada dilema yang terpaksa ditelan oleh anggota dan pegawai polis. Apabila mereka mengadu nasib kepada pihak atasan, soalan yang sama ditanya: “kenapa dulu nak jadi polis?,”

Tentunya pegawai atasan yang selesa dengan gaji atau habuan lain yang diterima sukar memahami keluh kesah anggota atau pegawai bawahan.

Saya berharap Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang bakal ditubuhkan akan melihat isu pengurusan pasukan polis sebagai satu keutamaan bagi mereformasi pasukan ini agar selari dengan zaman.

Penulis adalah pembaca FMT.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/dilema-anggota-dan-pegawai-rendah-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Tau Abang Aku Sape Mana Lagi Rm20 000 Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Salahguna Kuasa Ugut Orang Awam

Kau Tau Abang Aku Sape Mana Lagi Rm20 000 Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Salahguna Kuasa Ugut Orang Awam

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 421 hits
Kau tau abang aku sape Mana lagi RM20 000 Polis siasat dakwaan anggota polis salahguna kuasa ugut orang awamViral di media sosial seorang lelaki yang dipercayai anggota polis mengugut dan menunjukkan pistolnya kepada seorang pemandu lori me...
Polis Johor Siasat Video Anggota Ugut Lelaki Tunjuk Pistol

Polis Johor Siasat Video Anggota Ugut Lelaki Tunjuk Pistol

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 361 hits
Dalam video yang tular itu suspek menunjukkan sepucuk pistol di pinggang kepada seorang lelaki dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan
Igp Arah Siasat Anggota Polis Merokok Di Premis Makanan

Igp Arah Siasat Anggota Polis Merokok Di Premis Makanan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 348 hits
Tindakan polis itu tidak beretika dan satu perbuatan yang tidak boleh diterima kata Mohamad Fuzi Harun
Peniaga Burger Dakwa Ditumbuk Pegawai Polis

Peniaga Burger Dakwa Ditumbuk Pegawai Polis

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 996 hits
Peniaga burger dakwa ditumbuk pegawai polisViral di media sosial video seorang peniaga burger di Taman Rasah Jaya mendakwa telah ditumbuk dan diacukan pistol oleh seorang pegawai polis Ketua Polis negeri Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahka...
Anggota Polis Didakwa Tunjuk Pistol Tumbuk Dan Pukul Penjual Burger

Anggota Polis Didakwa Tunjuk Pistol Tumbuk Dan Pukul Penjual Burger

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 865 hits
ANGGOTA polis didakwa menumbuk dan memukul seorang penjual burger sebelum mengeluarkan pistol dan mengugut untuk melepaskan tembakan Video pertengkaran antara seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis dari Bukit Aman dengan seorang ...
Diserang 3 Lelaki Anggota Polis Lepas Tembakan Amaran

Diserang 3 Lelaki Anggota Polis Lepas Tembakan Amaran

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 222 hits
Diserang 3 lelaki anggota polis lepas tembakan amaran Dikemas kini 41 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 31 Jan 2019 8
Polis Johor Siasat Video Didakwa Anggota Minta Duit Tunjuk Pistol Ugut Mahu Kasi Mati Adik Pemandu Lori Dalam Tahanan

Polis Johor Siasat Video Didakwa Anggota Minta Duit Tunjuk Pistol Ugut Mahu Kasi Mati Adik Pemandu Lori Dalam Tahanan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 689 hits
Polis Johor sedang menyiasat klip video yang tular di media sosial menunjukkan salah seorang anggotanya melakukan ugutan jenayah terhadap seorang individu Sebelum ini telah tular rakaman video seorang lelaki membuat ugutan bunuh dengan menu...
Altantuya Polis Dedah Soal Musa Safri Bekas Pembantu Najib

Altantuya Polis Dedah Soal Musa Safri Bekas Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1833 hits
KUALA LUMPUR Polis hari ini mendedahkan ia sudah mengambil keterangan bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan baru pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu Ya ya kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun k...
Kematian Bayi 9 Bulan Tiada Unsur Dera Polis

Kematian Bayi 9 Bulan Tiada Unsur Dera Polis

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 360 hits
Bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal