Digelar National Grandmother Korea Selatan Kim Youngok Pernah Berlakon Dalam 10 Drama Ini


Bagi peminat setia drama Korea, anda pastinya mengenali ‘National Grandmother’ Korea Selatan iaitu Kim Young-ok.

ARTIKEL BERKAITAN Kali Pertama Pegang Watak Utama Dalam 65 Tahun, Kim Youngok Sah Terajui 'Take Care Of Mom' Untuk pengetahuan, Kim Young-ok ialah seorang pelakon Korea Selatan yang telah memulakan kerjaya pada tahun 1957. Dia dikenali sebagai ‘Nenek Kebangsaan’ Korea Selatan dek wataknya sebagai seorang nenek dalam pelbagai drama dan filem.
Pelakon berusia 83 tahun itu telah muncul dalam lebih 20 filem dan lebih daripada 70 K-Drama setakat ini. Bukan itu sahaja, setelah lebih 65 tahun dalam industri hiburan, Kim Young-ok juga akan memegang watak utama pertamanya dalam filem akan datang “Take Care of Mom”. Mungkin ada yang tak perasan, tetapi Kim Young-ok pernah berlakon dalam 10 K-Drama popular di bawah!
THE KING: ETERNAL MONARCH (2020)
Dalam drama ini, Kim Young-ok memainkan watak Noh Ok-nam, seorang wanita istana yang mengangkat watak Lee Min-ho sebagai Maharaja Lee Gon, selepas dia kehilangan ibu bapanya pada usia lapan tahun.
HOMETOWN CHA CHA CHA (2021)
Pada tahun 2021, Kim Young-ok juga turut bergabung dalam drama romantis “Hometown Cha-Cha-Cha”. Dia berperan sebagai Kim Ga-ri, seorang nenek yang tinggal di Gonjin dan sangat menyukai sotong.
SQUID GAME (2021)
Meskipun hanya muncul sebentar, namun penonton pastinya menyedari bahawa ibu kepada karakter yang dipegang oleh Lee Jung-jae iaitu Seong Gi-hun, adalah Kim Young-ok. Wataknya hanya tampil pada awal episod ketika menceritakan tentang kehidupan Seong Gi-hun.
COFFEE PRINCE (2007)
“Coffee Prince” ialah siri TV yang berkisar tentang kehidupan cinta dan impian empat orang muda yang bertemu bersama di sebuah kafe. Kim Young-ok memegang watak seorang nenek kepada pelakon utama Choi Han-Gyul yang dibintangi oleh Gong Yoo.
BOYS OVER FLOWERS (2009)
Drama popular “Boys Over Flowers” mengisahkan tentang seorang gadis daripada keluarga miskin tetapi mempunyai rasa optimistik dan pemanduan yang tiada tandingan. Secara kebetulan, dia diterima masuk ke sekolah menengah swasta yang berprestij. Dalam drama ini, Kim Young-ok akan berperanan sebagai ketua pembantu rumah.
YOUNG LADY AND GENTLEMAN (2021)
Kembali membawa watak nenek, Kim Young-ok membintangi sebagai Shin Dal-rae, nenek kepada Park Dan-dan yang diterajui oleh Lee Se-hee dalam drama “Young Lady and Gentleman”.
JIRISAN (2021)
Drama terakhirnya pada tahun 2021 adalah “Jirisan”. Kim Young-ok membawa watak sebagai Lee Moon-ok, salah satu warga yang tinggal di desa Haedong dan nenek kepada karakter Jun Ji-hyun.
MS. HAMMURABI (2018)
“Ms. Hammurabi” membawa kisah tentang seorang wanita Park Cha O-reum yang bekerja sebagai hakim baru. Kim Young-ok membintangi sebagai nenek kepada Park Cha O-reum yang dibintangi oleh Go Ara.
SHOPAHOLIC LOUIS (2016)
Kim Young-ok membawa watak sebagai Choi Il-soon, nenek kepada Louis (Seo In-guk) dan Pengerusi Gold Group.
MOUSE (2021)
Kim Young-ok berperan sebagai nenek kepada Bong Yi, karakter yang dibawa oleh Park Ju-hyun dalam “Mouse”. Drama ini turut dibintangi oleh Lee Seung-gi.
Berkat lakonannya yang sentiasa menambahkan emosi buat penonton, Kim Young-ok telah berjaya merangkul pelbagai anugerah di acara besar. Antaranya, Hadiah Utama (Daesang) untuk Televisyen pada 1979, Anugerah Lakonan Emas pada 2007, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada 2018 dan banyak lagi.
Drama lakonan Kim Young-ok yang mana korang paling ingat?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/digelar-national-grandmother-korea-selatan-kim-youngok-pernah-berlakon-dalam-10-drama-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Lo 7 Artis Korea Selatan Yang Pernah Tinggal Di Indonesia Siapa Saja

Ini Lo 7 Artis Korea Selatan Yang Pernah Tinggal Di Indonesia Siapa Saja

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 193 hits
Para artis Korea Selatan ini pernah punya memori dan jatuh cinta saat tinggal di Indonesia
Biasa Bawa Watak Ibu Kim Mikyung Berlakon Bersama Park Minyoung Dalam 4 K Drama Ini

Biasa Bawa Watak Ibu Kim Mikyung Berlakon Bersama Park Minyoung Dalam 4 K Drama Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 211 hits
Sesiapa yang membawa watak ibu dalam K Drama sudah pastinya akan dikenali oleh peminat kan Ini kerana kebanyakan daripada mereka acap kali muncul di dalam drama pada saban tahun dengan pelakon utama berbeza ARTIKEL BERKAITAN Tapi yang menja...
4 Fakta Menarik Karakter Drama Korea Tomorrow Punya Kepribadian Unik

4 Fakta Menarik Karakter Drama Korea Tomorrow Punya Kepribadian Unik

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 213 hits
Choi Joon woong yang diperankan Rowoon SF9 memiliki kepribadian yang suka penasaran dan jahil tapi penuh perhatian UwU
Menkop Teten Ingin Tiru Korea Selatan Bikin Umkm Mendunia

Menkop Teten Ingin Tiru Korea Selatan Bikin Umkm Mendunia

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 182 hits
Menteri Koperasi dan Usaha Kecil Menengah Teten Masduki mengatakan untuk mengembangkan UMKM ke pasar global Indonesia harus meniru Korea Selatan yang sudah mendunia karena budaya K pop dalam hal mencintai produk dalam negeri alias UMKM Bahk...
Drama Korea Twenty Five Twenty One Tuai Kritikan Warganet Korea

Drama Korea Twenty Five Twenty One Tuai Kritikan Warganet Korea

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 242 hits
Warganet Korea menilai drama ini menormalisasi hubungan pria dewasa dan gadis di bawah umur
Dari Snsd Bts Twice Twenty Five Twenty One Jadi Drama Kegemaran Ramai Artis Korea Kini

Dari Snsd Bts Twice Twenty Five Twenty One Jadi Drama Kegemaran Ramai Artis Korea Kini

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 180 hits
Bukan sahaja digilai oleh peminat K Drama namun Twenty Five Twenty One merupakan drama yang dilayan oleh ramai pelakon dan idola kini Antara selebriti yang mengakui cinta mereka buat drama ini ialah Choi Soo young Girls Generation Bukan mai...
Jun So Min Yum Jung Ah Kim Jae Hwa Disahkan Bintang Drama Remake British Cleaning Up

Jun So Min Yum Jung Ah Kim Jae Hwa Disahkan Bintang Drama Remake British Cleaning Up

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 259 hits
Jun So Min Yum Jung Ah dan Kim Jae Hwa disahkan membintangi drama hari minggu terbaru JTBC bertajuk Cleaning Up lapor Soompi Cleaning Up adalah remake siri televisyen British dengan nama yang sama dan mengisahkan tentang perjuangan The post...
Rekomendasi 8 Drama Korea Kisah Romantis Berlatar Perkantoran

Rekomendasi 8 Drama Korea Kisah Romantis Berlatar Perkantoran

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 273 hits
Nggak hanya soal kisah romansa yang menghibur drama drama ini juga mengulas sebuah profesi secara mendalam bikin penasaran
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Persediaan Persekolahan

Leadership Styles Quiz Discover Your Unique Leadership Blueprint

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua