Diberhentikan Kerja Kini Bekas Petugas Malindo Air Usahakan Kafe Dengan Menu Keluarga Yang Istimewa


Pelbagai kisah kita dengari sejak pandemik Covid-19 melanda negara.Ada yang ditamatkan perkhidmatan kerana hal ini. Biarpun kesukaran dirasai namun hidup perlu diteruskan.Buatlah apa sahaja pekerjaan asalkan halal. Rezeki Allah itu luas jika berusaha tanpa jemu, digantikan dengan yang lebih baik.
Buat Mohammad Syukri Borhan yang dahulunya bertugas sebagai 'Crew Scheduling Executive', menyusun jadual penerbangan juruterbang dan kru kabin antara yang terkesan dengan keputusan Malindo Air memberhentikan pekerjanya.
Kesan pandemik tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan fokus dengan bisnes yang diusahakan. Kini gigih mengusahakan sebuah kafe bersama teman baiknya, Nik Azrullah.
Momen diberhentikan
“Perasaan sedih memang ada, tapi saya sudah bersedia kerana sejak April 2020 memang sudah diberikan cuti tanpa gaji. Jadi saya harus bersedia dari segi mental jika suatu hari benar-benar diberhentikan.Tarikh mendapat notis pemberhentian pada 30 Oct 2020 dan pemberhentian berkuatkuasa 1 Nov 2020. 3 Tahun bersama Malindo.
Sewaktu diberhentikan melalui surat, saya merasakan biasa sahaja kerana telah sedikit sebanyak bersedia. Namun ketika ke pejabat untuk menandatangani surat berhenti dan bertemu kawan-kawan lain, barulah terasa sedih.
Di meja kerja saya mengemas barang-barang untuk dibawa pulang, saya duduk agak lama kerana sedih mengenangkan apa yang akan saya lakukan selepas diberhentikan. Malindo bukan airlines pertama saya, sebelum ini saya pernah bekerja dengan beberapa syarikat penerbangan lain (10 tahun bersama airlines), jadi lebih kepada sedih meninggalkan kerja yang telah saya lakukan selama 10 tahun.
Bagi saya kehilangan kerja, bukan sahaja kehilangan mata pencarian utama, saya juga kehilangan keluarga dan kehidupan dalam bidang penerbangan. Saya tidak menjangkakan bekerja dalam industri penerbangan akan berakhir seperti ini,” ceritanya .
Mengurus bisnes kafe
Tidak terbuai dengan perasaan sedih dalam waktu yang lama, tambahan pula Syukri sudah mula menguruskan kafe ketika tempoh cuti tanpa gaji. Cuma, selepas diberhentikan, berkata pada diri mesti lebih fokus kerana kafe adalah sumber pendapatan utama selepas ini.
“Idea tercetus sejak 2017 lagi, saya bersama Azrul merancang untuk membuka kafe, dengan tujuan semua rakan-rakan boleh berkumpul di satu tempat jika ingin berjumpa. Tambahan pula, kami sama-sama meminati kopi dan sering berjumpa dari satu kafe ke kafe yang lain. jadi kami memutuskan "kenapa tidak kita saja yang membuka kafe sendiri".
Bermula dengan membuka kafe di seksyen 7 Shah Alam (2017), kemudian tutup kerana tidak begitu baik, dan saya mendapat tawaran bekerja dengan Malindo. Waktu itu saya dan Azrul berkongsi modal untuk membuka kafe tersebut dan Azrul yang mengusahakan sepenuhnya kerana saya bekerja di pejabat.
Kemudian, awal 2020 Kafe DOS dibuka di Seksyen 9 Shah Alam. Azrul mengusahakan sepenuh masa dan Syukri hanya membantu dari segi promosi dan media sosial.
Kafe ini tercetus kerana keduanya penggemar kopi dan Azrul juga meminati bidang masakan. Mereka juga mahu menyediakan satu tempat untuk bertemu rakan-rakan.
Dengan latar belakang Syukri yang memiliki diploma pengajian perniagaan dan ijazah pengurusan hotel dan katering, manakala Azrul sering travel (waktu bekerja sebagai kru penerbangan) dan mempelajari perniagaan kafe di tempat orang, mengenali ramai orang dalam bidang perniagaan dan memberi pengetahuan dalam bidang F&B ini.
“Sedikit sebanyak saya boleh gunakan ilmu waktu belajar dan Azrul belajar dari pengalaman berkerjasama dengan ramai orang, dan kami gunakan itu dalam perniagaan kami,”akuinya.
Hidangan tempatan dan barat
DOS Café menawarkan pelbagai menu keluarga yang istimewa. Makanan tempatan dan western antaranya nasi, spagheti, snacks, home made pizza, pancakes dan waffle. Bagi minuman pula ditawarkan kopi, teh, mocktail dan ice blended buat pengunjung.
“Signature makanan di sini ialah pizza yang dibuat sendiri dari doh, topping hingga pembakaran. Makanan lain yang wajib cuba jika ke sini ialah Nasi Goreng Balado (bestseller, nasi goreng dengan resipi istimewa campuran sambal balado buatan sendiri), Nasi Ayam Kicap (kuah kicap yang dimasak pekat dengan resipi sendiri), Creamy Bolognese (spaghetti dengan kuah berkrim resipi sendiri, 'Chicharito' (tortilla buatan sendiri dihidang bersama 'chili con carne', iaitu kuah campuran cili, keju dan daging cincang dan juga Mushroom soup 100% buatan sendiri. Semuanya enak belaka.
Tidak dinafikan tempoh PKPB ini memberi kesan kepada perniagaan mereka. Namun usaha mereka ialah giat mempromosikan kafe di media sosial juga dengan cara mempelawa sesiapa yang 'work from home' untuk bekerja dari kafe tersebut.
“Kami mengutamakan keselesaan pelanggan, kami percaya jika pelanggan selesa dengan makanan dan layanan kami untuk kali pertama, insyaAllah mereka akan datang lagi. Untuk penghantaran, kami menggunakan khidmat Food Panda. Kami merancang untuk menawarkan khidmat penghantaran ke rumah direct dari kami, cuma buat masa ini tenaga kerja kami tidak ramai, tambahan pula kami ingin meminimumkan kos operasi.
Buat anda yang ingin merasa makanan dan kenikmatan kopi dari Dos Cafe’ dengan kualiti yang terbaik boleh saja ke sini. Waktu operasi bermula jam 1230 tengahari hingga jam10 malam, kecuali Jumaat pada 3 petang hingga 10 malam. Kafe ditutup pada setiap hari Isnin.
“Nasihat saya, jangan takut untuk mencuba. kita tak tahu apa yang Tuhan sediakan untuk rezeki kita. yang penting kita percaya dan terus bekerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh,”ucap Syukri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/12/diberhentikan-kerja-kini-bekas-petugas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Penangan Warung Pak Jabit Dalam Kampong Pisang Bersiri Siri Menu Mi Kari Kuah Laksa Kini Tular

Hiburan Penangan Warung Pak Jabit Dalam Kampong Pisang Bersiri Siri Menu Mi Kari Kuah Laksa Kini Tular

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 901 hits
Gara gara penangan drama Kampong Pisang Bersiri Siri yang telah pun ke udara baru baru ini menu istimewa warung Pak Jabit kini menjadi bualan ramai apabila dikatakan telah tular malah ada juga yang telah merasai menu tersebut Menerusi laman...
Pembelian Dalam Aplikasi Dan Langganan Aplikasi Pada Platform Apple Kini Boleh Dikongsi Bersama Ahli Keluarga

Pembelian Dalam Aplikasi Dan Langganan Aplikasi Pada Platform Apple Kini Boleh Dikongsi Bersama Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 200 hits
Apabila Apple memperkenalkan versi sistem operasi MacOS terbaru mereka Big Sur pada pertengahan tahun ini salah satu daripada ciri yang diperkenalkan oleh Apple ialah ciri perkongsian kandungan dalam aplikasi diantara ahli keluarga Ciri per...
Pernah Tolak Undangan Keluarga Jokowi Ustadz Abdul Somad Kini Bongkar Soal Pesan Rahasia

Pernah Tolak Undangan Keluarga Jokowi Ustadz Abdul Somad Kini Bongkar Soal Pesan Rahasia

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 241 hits
Ustadz Abdul Somad mulai dikenal masyarakat karena ceramahnya yang terasa menyenangkan dan dekat dengan kehidupan sehari hari Ia memiliki suara yang cukup lantang Namun selalu menyisipkan guyonan guyonan di tengah ceramahnya hingga membuat ...
Sebelum Ini Sering Mengelilingi Dunia Setiap Hari Dengan Kapal Terbang Bekas Juruterbang Kini Jual Burger

Sebelum Ini Sering Mengelilingi Dunia Setiap Hari Dengan Kapal Terbang Bekas Juruterbang Kini Jual Burger

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 428 hits
Kuala Lumpur Kokpit pesawat komersil Boeing 737 pernah menjadi pejabat pemuda ini sejak lebih enam tahun lalu Namun pandemik Covid 19 menukar norma kehidupan Mohammed Naeem Md Nassir 30 yang kini bergelar usahawan burger Menceritakan kisah
Nampak Macam Biasa Tapi Inilah 4 Khasiat Istimewa Air Halia Yang Anda Perlu Tahu Terutamanya Wanita

Nampak Macam Biasa Tapi Inilah 4 Khasiat Istimewa Air Halia Yang Anda Perlu Tahu Terutamanya Wanita

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 246 hits
loading Banyak khasiat minum air halia ini especially untuk kecantikan dan kesihatan dalaman tubuh badan Dikatakan halia ini banyak khasiat lebih lebih lagi khususnya wanita yang sudah berkahwin
Selepas Badul Kini Bekas Isteri Pula Tuntut Bahagian Untuk Anak

Selepas Badul Kini Bekas Isteri Pula Tuntut Bahagian Untuk Anak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 571 hits
loading Isu membabitkan pembahagian harta Allahyrham Mejar Mohd Zahir Armaya yang juga anak kepada pelawak AR Badul hangat diperkatakan ramai sejak beberapa hari ini
Air Freight Prices Outrageous As Covid 19 Shots Rolled Out Says Who Expert

Air Freight Prices Outrageous As Covid 19 Shots Rolled Out Says Who Expert

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 246 hits
Some carriers are seeking outrageous prices to fly dry ice and other medical equipment in the pre holiday rush but a capacity squeeze should ease in 2021 when the roll out of Covid 19 vaccines is expected the World Health Organisation s log...
Video Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sila Bayar Rm50 Juta Setahun Sebelum Komen Mb Kedah

Video Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sila Bayar Rm50 Juta Setahun Sebelum Komen Mb Kedah

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 315 hits
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dituntut membayar RM50 juta setahun kepada kerajaan Kedah bagi caj air mentah dari negeri ini sebelum mengeluarkan sebarang maklum balas tentang bekalan air di Kawasan Ulu Muda Menteri Besar Kedah Muhamma...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities