Diari Guru Temuduga Tauliah Jais


Assalamualaikum semua :)
Sebelum ni nia dah pernah cerita tentang ujian bertulis untuk permohonan tauliah mengajar JAIS kan? Nia ada sediakan link dekat bawah sekiranya kau orang terlepas entry tersebut ataupun sudah lupa mengenainya, HEHE

[TAULIAH MENGAJAR JAIS 1]
Hari ni nia akan berkongsi sambungan cerita permohonan tauliah mengajar JAIS di peringkat seterusnya iaitu ujian lisan ataupun dipanggil sebagai temuduga.

Untuk pengetahuan kau orang semua, ujian temuduga yang nia kena hadiri ni diadakan di bangunan majlis agama islam selangor (MAIS) yang terletak di shah alam. Bangunan MAIS berada bertentangan dengan pintu masjid shah alam nombor 8. Sekiranya kau orang bercadang nak menaiki teksi mahupun grab untuk ke sana, anggaran tambang perjalanan satu halanya adalah RM41 – RM 43.

Masa hari temuduga tu, nia pergi sekali bersama abah dan adik dengan menaiki kereta sewa sebab kereta wira milik abah ada masalah. Jadi abah tak bagi bawak kereta tu, takut di tengah – tengah perjalanan nanti ada masalah pulak.

Ikutkan perancangan awal, nia sepatutnya pergi temuduga tu dengan pengurus nia. Tapi pada hari kejadian, pengurus tak dapat nak pergi temuduga disebabkan ada masalah yang tak dapat nak dielakkan. Jadinya nia pergi sendiri.

Nia dah keluar daripada rumah seawal pukul 6.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di lebuhraya nanti. Siapa yang tinggal ataupun bekerja di bandaraya Kuala Lumpur pastinya kau orang semua sudah sedia maklum dengan kesesakan di jalan raya sewaktu hari bekerja.

Jadinya nia keluar awal pagi untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas seterusnya menyebabkan nia terlambat sampai ke tempat temuduga. Nia minta tolong adik untuk drive kereta sebab nia tengah ketar lutut memikirkan nak temuduga nanti, HAHAHAHAHAHAHA

Nasib baiklah adik faham.

Walaupun nia keluar awal pagi tetapi trafik tetap juga sesak. Kereta banyak sangat pagi tu terutama sekali kat kawasan sekolah. Tapi nia memang dah jangkakan keadaan trafik akan sesak pada pagi tu sebab hari sebelum tu nia dah cuba drive daripada rumah ke tempat temuduga. Nia nak dapatkan anggaran masa yang akan diambil untuk sampai ke destinasi.

Dalam pukul 730 pagi, nia dah sampai kat bangunan sultan aziz shah. Disebabkan kita orang sampai awal, nia ajak abah dengan adik untuk pergi sarapan dekat kafeteria berdekatan. Seorang pekerja pun takde lagi kat kafeteria, mungkin masing – masing belum sampai lagi agaknya.

Nia ambil mee goreng tapi baru tiga suap masuk mulut, nia dah tolak pinggan ke tepi. Bukan sebab nia takde selera tapi mee goreng tu manis! Masya Allah, putus terus selera makanku. Abah makan nasi goreng kampung, nia minta sikit sebab memang tak boleh nak telan mee goreng manis tu

Lepas makan, kita orang semua duduk dekat lobi. Masa tu anggaran pukul 745. Baru nak duduk bersantai – santai menghilangkan gemuruh tiba – tiba perut memulas pulak. Terus nia pergi tandas dan buang segala isi yang nak keluar daripada perut tu. (Adakah yang muntah ke? Ampunnnnn)

Selepas buang air besar, nia pun naik ke tingkat 7 dengan ditemani adik. Cuak nak naik seorang – seorang, kenapa entah. Mengada kot, HAHAHA

Sampai tingkat 7 terus nia mendaftarkan diri untuk temuduga dekat kaunter pendaftaran. Nia serahkan sekali semua dokumen yang mereka perlukan iaitu borang, salinan ic dan sijil akademik yang telah disahkan. Macam biasa, kena turunkan tandatangan kat borang kedatangan dan pastikan segala butiran diri yang tercatat di situ adalah betul. Kalau ada ralat, bagitahu terus dengan pegawai yang bertugas.



Kemudian pegawai berikan nombor giliran dan dia minta nia untuk duduk dulu sementara menantikan kedatangan pegawai temuduga dan juga para peserta yang lain. Dan sejujurnya, penantian itu adalah satu penyeksaan ye tuan – tuan dan puan – puan.


Nak ulangkaji soalan temuduga, nia sendiri baru pertama kali ditemuduga untuk tauliah mengajar ni. Jadi tak boleh nak tebak soalan yang bakal ditanyakan nanti. Sudahnya nia menelinga sahaja perbualan peserta lain. Ada diajak berborak sama tapi nia takde hati nak turut serta.

“Cik Nia Emkay!”

Akhirnya, nama nia dipanggil. Tepat pukul sembilan sesi temuduga berlangsung dan nia merupakan peserta pertama untuk ditemuduga Laju nia angkat tangan dan menghampiri pegawai yang panggil nama tu. Dia suruh nia masuk dalam bilik temuduga.
Pintu bilik nia ketuk dan salam diberikan untuk panel temuduga di dalam. Nia duduk bertentangan dengan dua orang panel; dua – dua lelaki. Seorang nampak tegas, seorang lagi nampak santai. Panel suruh bagitahu nama, alamat dan kelayakan. Kemudian, bagitahu tujuan mohon tauliah.

Soalan – soalan yang ditanyakan oleh panel temuduga semuanya berkaitan dengan akidah seperti rukan islam, rukan iman, sifat 20, asmaul husna dsb. Kat bawah ni, nia sertakan sekali beberapa soalan yang nia ingat sewaktu ditanya oleh panel temuduga tempoh hari.

Soalan pertama: Anak dapat 3C dan nak jadi doctor, sebagai seorang pakar motivasi apa yang kita bagitahu?

Jawapan: kaitkan dengan percaya kepada qada’ dan qadar dan juga percaya kepada Allah.

Soalan kedua: Kalau tak pergi haji dan bayar zakat, lengkap tak rukun islam?

Jawapan: sah, pergi haji dan bayar zakat hanya untuk mereka yang berkemampuan.

Soalan ketiga: Sebutkan semua sifat 20. Kemudian, terangkan maksud beberapa sifat 20 yang disebut pihak panel secara rawak.

Jawapan: nia nyanyikan lagu sifat 20. Sifat 20 yang ditanya nia tak ingat, maaf.

Soalan keempat: Maksud qada’ dan qadar, Allah boleh tukar tak takdir yang telah ditetapkan?

Jawapan: qada’ dan qdar adalah ketentuan Allah swt dan ianya tidak boleh ditukar.

Soalan kelima: nyatakan maksud air mutlak dan muqayyad serta sebutkan perbezaannya. Macam nak jadikan air sirap kepada air mutlak?

Jawapan: air mutlak ialah air yang suci untuk digunakan. Air muqayyad ialah air yang bercampur dengan dengan sesuatu yang suci. Air mutlak boleh digunakan, air muqayyad tidak boleh. Suling air sirap menjadi air mineral untuk bertukar kepada air mutlak.

Setakat itu sahaja sesi temuduga nia dengan panel JAIS. Mereka pesan, keputusan temuduga akan diumumkan kemudian samada melalui panggilan telefon mahupun kiriman surat. Nia ucapkan terima kasih kepada panel dan terus keluar bilik dengan muka bangga dan senyum lega.

Kalau kau orang pun ada temuduga tauliah mengajar, nia sarankan datang awal. Biarlah kau orang menjadi orang yang pertama bersua muka dengan panel. Pagi – pagi, dia orang masih lagi segar dan belum penat mendengar jawapan peserta.

Pada saat nia menulis entry ini, nia sudahpun memiliki tauliah mengajar JAIS. Alhamdulillah, rezeki nia! Sekiranya nia boleh berjaya, kau orang pun pasti boleh berjaya juga. Nia doakan kau orang yang nak memohon tauliah mengajar ni agar dipermudahkan segala urusannya, amin.

Kalau ada apa – apa pertanyaan, kau orang boleh tuliskan dekat bahagian komen. InsyaAllah, nia akan menjawab pertanyaan kau orang semua. Cepat atau lambat jelah masalahnya, HEHEHE.
Alamat MAIS Shah Alam:  Tingkat 9 & 10, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
No Telefon:  03-5514 3762


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nia-emkay.blogspot.com/2021/04/diari-guru-temuduga-tauliah-jais.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Guru Tadika Sektor Kerajaan Swasta Tahun 2021 Gaji Rm1 100 Rm5 000

Permohonan Guru Tadika Sektor Kerajaan Swasta Tahun 2021 Gaji Rm1 100 Rm5 000

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 705 hits
Permohonan Guru Tadika Sektor Kerajaan Swasta Tahun 2021 Gaji RM1 100 RM5 000 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambil...
Eks Anggota Dprd Jabar Didakwa Terima Suap Rp 9 1 Miliar Terkait Proyek Di Indramayu

Eks Anggota Dprd Jabar Didakwa Terima Suap Rp 9 1 Miliar Terkait Proyek Di Indramayu

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 536 hits
Kasus ini menyeret nama Ketua DPD Golkar Jabar Ade Barkah dan Siti Aisyah Tuti Handayani eks anggota DPRD Jabar
Guru Meninggal Dunia Dalam Kereta

Guru Meninggal Dunia Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 323 hits
Seorang guru ditemui meninggal dunia dalam kereta yang diparkir di depan Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap Sabak Bernam semalam Kejadian 4 30 petang itu disedari isteri mangsa yang baru pulang ke rumah selepas mendapati ...
Juknis Pemberian Tunjangan Insentif Bagi Guru Bukan Pegawai Negri Sipil Pada Ra Dan Madrasah Tahun 2021

Juknis Pemberian Tunjangan Insentif Bagi Guru Bukan Pegawai Negri Sipil Pada Ra Dan Madrasah Tahun 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 400 hits
Dalam Peraturan Pemerintah Nomor 19 tahun 2017 tentang Perubahan Atas Peraturan Pemerintah Nomor 74 Tahun 2008 tentang Guru terdapat ketentuan yang menghapus pembayaran tunjangan fungsional guru bukan pegawai negeri sipil namun Kementerian ...
Guru Bakal Dapat Internet Percuma Hasil Kerjasama Nutp Dan Yayasan Ytl

Guru Bakal Dapat Internet Percuma Hasil Kerjasama Nutp Dan Yayasan Ytl

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 306 hits
Langkah pertama inisiatif ini adalah untuk memastikan para guru mempunyai akses data mudah alih untuk melaksanakan pengajaran dalam talian kata Presiden NUTP Aminuddin Awang GEORGE TOWN Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung...
Guru Peribadi Kursus Asas Komputer Di Rumah

Guru Peribadi Kursus Asas Komputer Di Rumah

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 620 hits
Personal teacher di rumah untuk Kursus Asas Komputer di kawasan terpilih sekitar Selangor kursus mengambil masa kurang lebih 5 ke 6 jam sahaja untuk ditamatkan bakal peserta perlu membuat bayaran deposit tempahan lebih awal dari tarikh yang...
Sudah 4 Bulan 371 Guru Kontrak Di Hulu Sungai Tengah Belum Terima Gaji

Sudah 4 Bulan 371 Guru Kontrak Di Hulu Sungai Tengah Belum Terima Gaji

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 276 hits
Gaji kami sebagai guru kontrak dari Rp1 juta hingga Rp1 5 juta per bulan tergantung kategori penugasan di daerah terpencil ucapnya
Siasati Pandemi Covid 19 Guru Agama Di Banyumas Gagas Pesantren Virtual

Siasati Pandemi Covid 19 Guru Agama Di Banyumas Gagas Pesantren Virtual

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 209 hits
Panji menjelaskan ada tiga program utama dalam pesantren virtual yang digelar secara daring melalui situs web berbagi video Pertama yakni Embun Subuh berisi siraman rohani yang dikemas dengan ringan Program ini disiarkan pukul 07 00 WIB sel...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran