Diana Obses Dengan Angka 2 Hari Hari Sebut Nak Twin Sekali Dapat Kembar Anggun
Ibarat mimpi jadi kenyataan. Itu perumpamaan yang dapat digambarkan oleh Penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms, Diana Nasir apabila dia sebenarnya tak sangka niat untuk mendapat anak kembar dimakbulkan Allah walaupun tiada genetik kembar.
Obses dengan ‘dua’
Berkongsi kegembiraannya memperoleh anak sulung kembar perempuan yang diberi nama Anggun Darleesa dan Anggun Darleena, kakak kepada Anzalna Nasir bersyukur impiannya selama ini dipermudahkan Allah sehingga dapat juga anak kembar.
“Memang dari dulu lagi saya suka yang dua-dua. Tak tahu kenapa obses sangat. Maksudnya jika bela kucing pun dua, buat apa-apa pun dua. Jadi apabila berkahwin saya turut niatkan biarlah akan dapat juga anak kembar. Setelah disahkan hamil, mula-mula doktor mengesahkan hanya ada satu je dalam rahim.
“Tapi saya tetap tak puas hati sebab firasat saya mengatakan bayi yang saya kandung ini kembar. Sehingga doktor pun pelik sebab saya begitu beriya dan minta doktor buat pemeriksaan lagi sekali.
“Ternyata tekaan saya betul apabila doktor periksa sekali lagi memang benar ada dua. Waktu itu terus berjuraian air mata tanpa sedar dan seperti ada keajaiban dari Allah kerana memang selalu cakap nak anak kembar,” katanya.
“Tiada maid lagi best”
Kongsi Diana lagi, apabila dah dapat anak sulung kembar, bila mengandung kali kedua, saya dah tak kisah. Sehinggalah disahkan mengandung anak perempuan ketiga iaitu Anggun Darniella.
“Apabila orang tanya bagaimana saya membahagikan masa menguruskan tiga anak, rumah tangga dan dalam masa sama terlibat dalam tugas sampingan semuanya terletak pada diri sendiri.
“Dari dulu lagi saya seorang yang sentiasa positif. Jika kita letakkan aura positif dalam diri, secara tak langsung diri kita akan kekal bertenaga dan tetap boleh maintain cantik. Walaupun tiada pembantu rumah itu bukan masalah besar pun. Asalkan kita dah ada jadual apa yang perlu diuruskan dulu.
“Setakat ini semua berjalan lancar walaupun ketiga-tiga anak Diana masing-masing memerlukan perhatian. Diana enjoy dengan anak-anak sebab ini yang diimpikan oleh semua pasangan yang berkahwin.
“Walaupun anak kita tiga, empat, lima atau lebih daripada itu, sebagai wanita tetap kena kekalkan kecantikan dan melaram untuk suami. Ini sangat penting dan Diana banyak belajar dengan mama. Mamalah contoh buat kami adik beradik untuk kekal cantik dan pandai menguruskan anak serta rumah tangga.
“Lagi satu saya akui, tiada maid lagi best. Bagi saya kalau ada maid ni kita rasa rimas dan tak bebas walaupun dalam rumah sendiri. Selagi boleh buat, saya akan buat sendiri. Anak kecil pun sekejap sahaja, masa ni lah nak enjoy. Selepas ini kita pula yang akan merindui mereka,” ujarnya.
Sementara itu, ketika menjawab soalan dari followers Pa&Ma mengenai siapa yang tegas dalam mendidik anak-anak, Diana menjelaskan antaranya dan suami balance. Contohnya masa saya tegas, suami akan lembut, bila suami tegas saya pula akan lembut.
Jadi bab mendidik anak, kami akan seimbang agar anak-anak terus rasa disayangi selamanya,” katanya.
Masih nak anak perempuan
Ketika ditanya oleh hos Pa&Ma Gala Moms, Dr Say, jika selepas ini hamil adakah Diana impikan anak lelaki? Jawapan Diana, jika ada rezeki nak lagi anak perempuan.
Ini kerana suami masih lagi nak anak perempuan dan seronok dikelilingi ‘bunga’. Tapi jika dapat anak lelaki tetap juga happy.
Apa pun sebagai seorang ibu, Diana nak nasihatkan kita perlu hargai diri sendiri dulu. Sebab jika kita sakit macam mana nak uruskan anak dan suami.
Nak tahu lanjut kisah menarik Diana Nasir, boleh tonton live Pa&Ma Gala Moms bersama Cetaphil ini.
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Diana Obses Dengan Angka 2. Hari-Hari Sebut Nak Twin, Sekali Dapat Kembar Anggun!” appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/diana-obses-dengan-angka-2-hari-hari-sebut-nak-twin-sekali-dapat-kembar-anggun/