Diam Dap Berisi


BERKESEMPATAN singgah melepaskan dahaga di warung ‘Air Jagung Ketagih’ di jalan lama Dengkil baru-baru dapat juga berkongsi rungutan rakyat bawahan mengenai situasi politik negara sekarang.
Sambil menanti bekas yang dipesan diisi dengan air jagung ketagih itu, peniaga yang mahu dipanggil Arif itu pada mulanya berkongsi kelegaan apabila kerajaan membenarkan rentas daerah dan melonggarkan perintah pergerakan.
Katanya, peniaga tepi jalan seperti mereka amat bergantung kepada pergerakan orang ramai. Apabila rentas daerah dibenarkan, secara tidak langsung pelanggan bertambah. Walaupun tidak banyak seperti dahulu, tetapi sekurang-kurangnya ada rezeki untuk mereka

Cuaca yang panas turut membantu perniagaannya, walaupun hujan pada sebelah petang sedikit merencatkan pendapatan

Katanya, hujan dan panas itu memang perkara biasa dan sukar diramal, sama seperti politik negara. Sukar untuk diramal siapa akan sokong siapa kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa

Kata Arif, sekarang ini dia sudah tidak ambil kisah soal siapa jadi kerajaan dan siapa bergabung dengan siapa, yang penting rezekinya tidak terjejas. Apabila tiba pilihan raya dia akan memilih calon yang diyakini tanpa mengira parti

Secara spontan Arif melontarkan pandangan bahawa perpecahan dalam kalangan parti Melayu sekarang amat mengecewakan. Hingga sukar untuk dipastikan parti mana yang benar-benar mewakili Melayu-Islam

Itu merupakan pandangan jujur seorang penjual air di tepi jalan yang latar belakangnya kita pun tidak pasti. Era pandemik Covid-19 ini, ramai juga golongan profesional hilang kerja dan menjadi peniaga tepi jalan. Mungkin Arif salah seorang daripada mereka

Apa yang mahu dikongsikan di sini adalah bagaimana seorang peniaga air jagung seperti Arif yang bergelut untuk hidup kesan daripada Covid-19 turut tersentuh dengan situasi politik masa kini.
Sebagai orang Melayu sudah tentu keprihatinannya adalah kepada perpecahan dan perbalahan yang berlaku dalam kalangan komponen-komponen politik Melayu Islam

Dengan jumlah parti yang semakin bertambah, kedudukan politik Melayu kini tidak kuat, malah jika secara sendirian mereka tidak mampu untuk membentuk kerajaan. Perpecahan dalam kalangan politik Melayu-Islam juga cukup jelas

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pas berpecah dengan satu kelompok membentuk parti Amanah. Perpecahan dalam UMNO melahirkan Bersatu dan daripada Bersatu kini lahir parti Pejuang dan Muda

UMNO yang dianggap sebagai parti Melayu terbesar ketika ini secara dalamannya tidak stabil. UMNO ibarat hidup dalam kekeliruan terutama berhubung kerjasama mereka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Walaupun mengambil pendirian menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini, tetapi pada masa sama awal-awal lagi sudah mengisytihar perang dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Dalam UMNO itu sendiri berlaku perpecahan dengan setiap pemimpin mempunyai agenda dan haluan masing-masing meninggalkan penyokong terkapai-kapai ke mana arah hendak dituju dan siapa yang sepatutnya hendak diikut

Walaupun PRU-15 entah bila akan diadakan, tetapi dalam kalangan parti Melayu sudah riuh rendah bercakap tentang muafakat, tentang pakatan serta mengenai agihan kerusi (sebenarnya lebih kepada perebutan kerusi). Masing-masing sudah mencanang di mana mereka akan bertanding dan kawasan mana mereka akan ambil

Insiden lompat parti merancakkan lagi iklim politik ini, yang mana majoriti yang terlibat adalah ahli-ahli Parlimen dari parti Melayu. UMNO/BN yang satu ketika dahulu mempunyai kerusi Parlimen paling banyak kini sudah tidak ada kelebihan itu

Dalam diam-diam kini DAP muncul sebagai parti tunggal yang mempunyai wakil rakyat paling banyak di Parlimen. UMNO/BN yang sebelum ini mempunyai kerusi Parlimen paling banyak kini semakin lemah ekoran budaya lompat. UMNO sendiri yang menang 54 kerusi Parlimen pada PRU-14, kini hanya tinggal 39

Yang nyata DAP membuktikan kesepaduan mereka dalam gelanggang politik kebangsaan dengan memastikan mereka kekal dominan di kawasan-kawasan tradisi selain cuba menguasai beberapa kerusi yang majoriti Melayu. Dengan jumlah wakil rakyat yang dimilikinya di Parlimen, DAP berpotensi mengetuai satu pakatan politik terkuat di negara ini

Krisis kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) sehingga tumbangnya Kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk beberapa siri ahli Parlimen melompat parti langsung tidak menjejaskan kedudukan DAP.
Kekuatan akar umbi tidak tergugat yang mana ia mula memberi keyakinan kepada mereka untuk mengembangkan pengaruh ke kawasan-kawasan baharu termasuk yang mempunyai majoriti pengundi Melayu-Islam

Ketika parti-parti politik Melayu-Islam masih berkisar dalam kalangan pemimpin yang sudah berumur, DAP pula tidak pernah ketandusan pemimpin muda. Malah strategi mereka meletakkan lebih 50 peratus calon muda sedikit sebanyak menunjukkan ia sebagai sebuah parti dinamik yang tidak pernah ketandusan pemimpin muda berkelayakan

“Sehingga kini, DAP masih dilihat sebagai satu parti siasah terkuat di negara ini. Parti ini tetap kekal dan tidak tergugat kerana kerusi yang ditandingi bukan sekadar jumlah, tetapi bilangan berupaya dimenangi,” kata Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan

Ketika parti-parti Melayu bertelagah tentang agihan kerusi, DAP tidak perlu bising kerana di mana mereka akan meletakkan calon sudah pasti. Malah mereka tidak ada masalah untuk menampilkan muka baharu seperti mana yang dilakukan pada PRU-14 dengan sebahagian besar ahli parlimen dan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) mereka berusia bawah 40 tahun

Perkara itu sukar dilakukan oleh UMNO. Hiraki dan kekananan perlu dijaga. Jika berlaku sekalipun ia pasti akan berakhir dengan perang sabotaj mensabotaj, bilik gerakan ditutup dan sebagainya

Seperti kata Naib Ketua Kebangsaan DAPSY, Muhammad Shahkir Ammer Mohideen, semua itu menjadikan DAP kukuh walaupun ditawarkan pelbagai habuan untuk melompat parti. Dan tidak mustahil hal ini akan menjadi DAP idealisme rak­yat pada pilihan raya akan datang

Seperti mana yang dikatakan oleh sepenjual air jagung ketagih tadi, dia sudah tidak ambil hal mengenai siapa lompat ke mana ketika ini. Namun apabila masanya dia tahu calon mana akan dipilih

Mungkin calon DAP mampu mendapatkan undi dari Arif? Yang pasti diam DAP memang diam berisi. - UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/diam-dap-berisi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 324 hits
March 16 2021 DESAS DESUS kerjasama Umno dengan PKR dan DAP adalah propaganda kerajaan Perikatan Nasional kata bekas presiden Umno Najib Razak Propaganda itu bagaimanapun katanya mengarut
No Dap No Pkr Kekal Bersama Mn Hingga Berjaya

No Dap No Pkr Kekal Bersama Mn Hingga Berjaya

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 224 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAHDAILY DARI An Nu man bin Basyir dia berkata Rasulullah S A W bersabda Perumpamaan orang orang Mukmin dalam hal saling mencintai mengasihi dan menyayangi bagaikan satu tubuh Apabila ada salah satu anggota tub...
Kampar Mp Says Sorry For Losing Cool But Wants Dap To Look Into Complaints

Kampar Mp Says Sorry For Losing Cool But Wants Dap To Look Into Complaints

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 269 hits
DAP s Kampar MP Thomas Su today extended an apology for causing a commotion during the Perak DAP state election on Sunday Su said he took responsibility for the incident and that his action did not reflect the manner in which DAP would figh...
Kekal Ketetapan Tiada Kerjasama Dengan Pkr Dap

Kekal Ketetapan Tiada Kerjasama Dengan Pkr Dap

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 219 hits
Keputusan atau ketetapan tidak mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP dibuat di Perhimpunan Agung UMNO 2019 Jadi sebarang ketetapan sebaliknya juga perlu dibuat di PAU Setakat ini perubahan belum dibuat Justeru ia terus kekal sebagai satu ...
Umno Holding On To No Cooperation Stance With Pkr Dap

Umno Holding On To No Cooperation Stance With Pkr Dap

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 287 hits
Umno is still holding on to the party supreme council s decision not to work with PKR or DAP according to Umno information chief Shahril Hamdan However he said it is up to PKR president Anwar Ibrahim to claim that his party is in negotiatio...
Dap Perak Convention Commotion Exposes Party S Dark Side

Dap Perak Convention Commotion Exposes Party S Dark Side

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 202 hits
Perhaps the DAP had been too intoxicated with the taste of power during its 22 months in Putrajaya under the Mahathir administration Now the party is willing to compromise on some of its most fundamental tenets in order to claw back to powe...
Perhimpunan Dap Razlan Minta Ambil Tindakan

Perhimpunan Dap Razlan Minta Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 294 hits
BERITA SEMASA 15 MAC 2021 Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Razlan Rafii menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perhimpunan DAP susulan kekecohan yang berlaku serta dilihat melanggar prosedur operasi standard di Perak semalam Mu...
Polis Buka Kertas Siasatan Kekecohan Konvensyen Dap Perak

Polis Buka Kertas Siasatan Kekecohan Konvensyen Dap Perak

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 255 hits
March 15 2021 Polis mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan permit bagi penganjuran Konvensyen Biasa DAP Perak ke 19 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini semalam Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord