Dia Boleh Pause Sambung Balik Comelnya Kanak Kanak Ni Menangis Ramai Terhibur
Benarlah telatah anak-anak ni boleh buat kita terhibur. Hilang segala rasa stres bila tengok aksi comel mereka. Kadang-kadang anak suka buat perangai pelik yang tak pernah kita terfikir. Bila diingatkan kembali, boleh jadi memori indah untuk kita.
Bila ada ‘bukti’ lagi seronok, boleh tunjuk pada anak bila dia dah besar nanti. Selagi kita berkesempatan untuk ambil gambar anak atau rakam video mereka, buatlah. Duduk-duduk saja boleh tengok semua, percayalah pasti boleh buat kita tersenyum.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun dearlynnn_, video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis sambil memegang pengurut kepala.
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat!
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Apa yang mencuit hati adalah apabila kanak-kanak tersebut yang sedang menangis dan merajuk akan berhenti setiap kali ditegur oleh ibunya. Selepas menjawab yang dia belum selesai, kanak-kanak comel ini akan sambung menangis semula.
“Nanti dah habis menangis bagitau tau.”
“Ok ibu..”
*Sambung menangis
“Are you done?”.
“Not yet.”
“Not yet? Okay cry first.”
*Sambung menangis
“Dah habis bagitau lagi okay?”.
“Ok, ibu..”
*Sambung menangis
Tonton video comel ini;
@dearlynnn_♬ bunyi asal – Nyap tahuk
Ketika sedang menangis, dia terhenti semula ketika mendengar lagu Sayunk I Love You nyanyian Chombi. Ketika sedang seronok mendengar lagu, apabila ditanyakan oleh ibunya sama ada sudah selesai atau belum, katanya tidak dan secara automatik terus sambung menangis.
Antara komen yang ditinggalkan;
Menurut si ibu, anaknya itu merajuk dan menangis kerana dia juga mahukan pengurut kepala dan mempersoalkan kenapa tidak dibelikan satu untuknya. Memang lucu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
The post “Dia Boleh Pause, Sambung Balik.” Comelnya Kanak-Kanak Ni Menangis, Ramai Terhibur! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dia-boleh-pause-sambung-balik-comelnya-kanak-kanak-ni-menangis-ramai-terhibur/