Di Sebalik Krisis Covid 19 Pkr Tawar Ganjaran Untuk Tiup Sentimen Anti Kerajaan




Ketika berita dan perbualan di media sosial tentang Covid-19 meluputkan kenangan mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari, sebuah bekas parti pemerintah bersungguh-sungguh mahukan orang ramai terus mengingatinya dengan memberikan ganjaran kepada ahli parti yang mengkritik cara pentadbiran semasa mengendalikan pandemik itu.
FMT kini boleh mendedahkan bahawa PKR, anggota utama bekas gabungan pemerintah, memulakan kempen untuk menafikan sokongan orang ramai terhadap kerajaan Perikatan Nasional walaupun pembentukannya mengundang kontroversi.
Sebahagian daripada kempen itu, termasuklah menyeru pemimpin parti menghantar video pendek kritikan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang terpaksa menguruskan krisis paling serius dalam sejarah moden beberapa hari selepas mengangkat sumpah jawatannya.
Satu mesej yang dilihat oleh FMT yang dihantar menerusi kumpulan WhatsApp, menggesa ahli parti itu terus membuat ulasan dengan tujuan menarik perhatian umum kepada kelemahan kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19, yang memaksa kerajaan serata dunia mengumumkan pelan penyelamat bernilai berbilion dolar kerana memikirkan ekonomi global mungkin runtuh.
“Kita sedang dalam Fasa ke-2 perintah kawalan pergerakan. Suara Keadilan ingin mengambil inisiatif untuk menyediakan video pendek pimpinan PKR menyuarakan kritikan terhadap kerajaan PN,” kata satu pesanan dalam satu kumpulan perbualan PKR, merujuk kepada alat sebaran rasmi parti itu.
Turut disediakan garis panduan format ulasan: Video mesti antara 30 saat hingga 1 minit, “tiada bising”, dan “pencahayaan yang baik”.
“Ulas apa sahaja isu berkenaan kerajaan PN, terutama kelemahan dalam menangani Covid-19 dan tiada perancangan pemulihan ekonomi untuk rakyat selepas krisis Covid-19 berakhir serta apa sahaja isu-isu yang sesuai,” kata mesej itu.
Kejatuhan PH berlaku beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran dengan mengisytiharkan Covid-19 suatu pandemik, memaksa kerajaan serata dunia menggiatkan langkah melawan penyakit berbahaya itu yang melanda China ketika itu.
Beberapa minggu selepas membentuk Kabinet, Muhyiddin mengumumkan langkah-langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi mengawal virus itu, termasuk menutup perniagaan, sekolah, dan menghentikan semua kegiatan harian seluruh negara di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.
Perhatian orang ramai terhadap pandemik itu mengatasi obsesi terhadap politik, kebanyakan laman media tiada pilihan kecuali menyampaikan berita dan maklumat terkini mengenai penyakit berbahaya itu.
Sejak itu pemimpin PH menggunakan media sosial, ramai pemimpinnya, termasuk calon perdana menterinya, Anwar Ibrahim muncul setiap hari menggunakan kemudahan talian popular seperti YouTube dan Facebook.
Sementara itu, difahamkan PKR menyediakan “insentif” kepada mereka yang aktif “menghentam kerajaan”, menurut seorang sumber.
“Ia sesuatu yang kami sediakan pada Februari,” kata orang dalaman PKR kepada FMT ketika diminta mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata parti itu akan memberi ganjaran kepada mereka yang “mengulas secara agresif” di media sosial.
“Ia boleh sama ada untuk mempertahankan presiden PKR, Anwar Ibrahim atau menyerang pengkhianat,” kata sumber itu, menggunakan istilah yang sekarang digunakan oleh pemimpin parti itu terhadap sekumpulan ahli Parlimen yang meninggalkan parti untuk membentuk PN bersama PPBM, Umno, PAS, dan GPS.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/10/di-sebalik-krisis-covid-19-pkr-tawar-ganjaran-untuk-tiup-sentimen-anti-kerajaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=di-sebalik-krisis-covid-19-pkr-tawar-ga

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sangat Menjijikkan Politik Pkr Ambil Kesempatan Dari Krisis Covid 19

Sangat Menjijikkan Politik Pkr Ambil Kesempatan Dari Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 313 hits
Hampir satu dunia berperang dengan wabak Covid 19 Rakyat ahli politik kerajaan dan ahli politik pembangkang berganding bahu untuk pastikan rakyat dan negara menang dalam peperangan melawan musuh yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar in...
Ecuador Hadapi Krisis Kekurangan Keranda Mayat Mangsa Covid 19 Dibiarkan Di Tepi Jalan

Ecuador Hadapi Krisis Kekurangan Keranda Mayat Mangsa Covid 19 Dibiarkan Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 387 hits
Kerajaan Ecuador telah memerintah pihak berkuasa tempatan untuk menguburkan 150 mayat mangsa COVID 19 yang dibiarkan di tepi jalan di sekitar bandar Guayaquil Situasi menjadi lebih parah apabila bandar tersebut dilaporkan sudah kehabisan ke...
Miris Para Driver Ojol Ini Kena Tipu Di Tengah Krisis Covid 19

Miris Para Driver Ojol Ini Kena Tipu Di Tengah Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 183 hits
Di tengah krisis Covid 19 seperti ini masih ada saja orang yang berniat jahat pada pekerja pencari upah harian alias driver ojol
Krisis Covid 19 Libatkan Semua Pihak Segera Bangunkan Strategi Jalan Keluar

Krisis Covid 19 Libatkan Semua Pihak Segera Bangunkan Strategi Jalan Keluar

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 187 hits
Data terkini berhubung Covid 19 yang menunjukkan petanda bahawa Malaysia telah berjaya melepasi kemuncak gelombang kedua penularan wabak Covid 19 memerlukan negara segara membincangkan strategi jalan keluar melibatkan semua peringkat kerana...
Trend Global Krisis Covid 19 Kdrt Terhadap Perempuan Meningkat

Trend Global Krisis Covid 19 Kdrt Terhadap Perempuan Meningkat

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 282 hits
Meningkatnya kekerasan dalam rumah tangga terhadap perempuan menjadi tren global selama krisis pandemi virus corona baru Sekretaris Jenderal PBB Antonio Guterres telah memperingatkan tentang lonjakan global yang mengerikan ini dan mendesak ...
Covid 19 Jika Berterusan Krisis Kemanusiaan Dan Makanan Akan Terjadi Ksn

Covid 19 Jika Berterusan Krisis Kemanusiaan Dan Makanan Akan Terjadi Ksn

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 282 hits
Oleh Tan Sri Dr Ismail Hj Bakar Ketua Setiausaha NegaraSegala usaha telah dan sedang dibuat dan dilaksanakan oleh masyarakat dunia untuk menangani penyebaran Covid19 Tiada satu negara pun yang boleh dikatakan tidak terkesan secara langsung ...
Contohi Mb Pahang Tangani Covid 19 Tanpa Sentimen Politik

Contohi Mb Pahang Tangani Covid 19 Tanpa Sentimen Politik

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 kini memasuki hari terakhir sebelum dilanjutkan tempohnya bagi Fasa 3 bermula 15 April hingga 28 April ini tindakan Kerajaan Negeri Selangor masih ke belakang dan mengamalkan p...
Raja Salman Mengasingkan Diri 150 Anggota Kerajaan Saudi Dilaporkan Positif Covid 19

Raja Salman Mengasingkan Diri 150 Anggota Kerajaan Saudi Dilaporkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 249 hits
Virus corona atau Covid 19 tak mengenal usia ataupun struktur sosial Mereka menginfeksi siapa saja di berbagai belahan dunia Dilansir New York Times sebanyak 150 bangsawan kerajaan Saudi dilaporkan tertular virus corona atau Covid 19 menuru...
Covid 19 Kerajaan Terengganu Bantu Wartawan Terjejas

Covid 19 Kerajaan Terengganu Bantu Wartawan Terjejas

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 235 hits
Setiausaha Akhbar Menteri Besar menyampaikan cek sumbangan kepada Presiden KAWAT KUALA TERENGGANU 10 April Dalam menghadapi tekanan pandemik Covid 19 Kerajaan Terengganu turut menghulurkan bantuan kepada wartawan stringer yang tidak bergaji...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025