Di Mana Membeli Belah Kelestarian Bertemu Ipc Pencetus Inspirasi Kehidupan Yang Lebih Hijau Untuk Rakyat Malaysia


Di Mana Membeli-Belah & Kelestarian Bertemu: IPC Pencetus Inspirasi Kehidupan Yang Lebih Hijau Untuk Rakyat Malaysia
Pusat beli-belah IPC terus mengukuhkan komitmennya terhadap amalan kelestarian, sejak menjadi antara organisasi terawal di Malaysia yang melaksanakan inisiatif pengurusan kitar semula pada 2009.
Melalui Recycling & Buy-Back Centre (RBBC), IPC berusaha meningkatkan kesedaran komuniti tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar melalui pendekatan praktikal dan berkesan.
Sejak penubuhannya, IPC kekal konsisten menyediakan ruang kitar semula yang menghubungkan rakan niaga, pembeli dan rakan kongsi kitar semula yang dipercayai.
Bermula sebagai pusat kitar semula kecil untuk komuniti setempat, kini ia berkembang menjadi hab kitar semula bersepadu yang beroperasi sepenuhnya secara digital, selain menekankan aspek pendidikan, penglibatan dan pemerkasaan masyarakat dalam pengurusan sisa buangan yang bertanggungjawab.
“Di IPC, kelestarian telah menjadi sebahagian daripada DNA kami
“Matlamat kami adalah untuk menjadikan kemampanan sebagai amalan kehidupan seharian. Melalui inovasi, kerjasama, dan pendidikan, kami telah mengubah kelestarian menjadi sesuatu yang boleh dicapai dan memberi ganjaran
“Daripada Program Bina Pasukan RBBC hinggalah ke inisiatif yang terbaharu iaitu BYOC yang menawarkan ganjaran, kami sedang membuka minda kesedaran kepada komuniti dan rakan niaga kami untuk bertindak secara konsisten ke arah pengurusan sisa buangan yang lebih baik dan mengamalkan sikap kitar semula yang bertanggungjawab,” kata Pengurus Besar Pusat Beli-belah IPC, Karyn Lim.

Strategi kelestarian IPC turut diperkasa melalui pelbagai program pendidikan komuniti dan inovasi, bertujuan menggalakkan penyertaan, meningkatkan kesedaran dan memberi ganjaran kepada masyarakat dalam usaha memelihara kelestarian.
Dilancarkan pada 2024, Program Bina Pasukan RBBC oleh Pusat Beli-belah IPC memperkenalkan pendekatan baharu dalam memupuk budaya kitar semula menerusi pengalaman pembelajaran interaktif.
Program itu merangkumi lawatan, bengkel dan sesi perkongsian ilmu di sekolah, syarikat korporat dan persatuan komuniti.
Antara pihak yang terlibat dalam kurikulum tersebut ialah beberapa sekolah antarabangsa, Alliance Bank dan Decathlon Malaysia.
Usaha itu bertujuan memperlengkapkan lebih ramai rakyat Malaysia dengan kemahiran dan motivasi untuk mengitar semula dengan betul, sekali gus membantu mengurangkan sisa di rumah dan tempat kerja.

Seiring inisiatif berkenaan, aplikasi IPC yang dipertingkatkan turut menyediakan penjejak kitar semula (recycling tracker) bagi membolehkan ahli memantau perkembangan aktiviti masing-masing. Ciri ini membantu memupuk rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap impak positif yang disumbangkan kepada alam sekitar.
Dalam masa sama, kerjasama jangka panjang antara IPC dan Arus Oil terus menjadi elemen penting dalam ekosistem kelestarian pusat beli-belah tersebut.
Melalui kutipan minyak masak terpakai yang dijalankan dua kali sebulan melibatkan rakan niaga, ahli dan orang awam, pengitar semula layak menerima pulangan tunai RM2.50 bagi setiap kilogram minyak yang dikumpulkan.
Langkah ini bukan sahaja mengelakkan pembuangan sisa minyak ke longkang dan saliran air, tetapi turut membantu mengurangkan pencemaran serta menyokong ekonomi kitaran.
Inisiatif Baharu: “Program Ganjaran Bawa Bekas Anda Sendiri (BYOC)” Seiring misi menyokong usaha Malaysia mengurangkan penggunaan barangan sekali guna, Pusat Beli-belah IPC bakal melancarkan inisiatif kelestarian terbaharunya, “Program Ganjaran Bawa Bekas Sendiri (BYOC)”.
Malaysia kini tersenarai sebagai antara penyumbang utama sisa plastik yang tidak diuruskan dengan baik, dengan setiap individu dianggarkan menghasilkan kira-kira 2.4 kilogram sisa plastik setahun.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh komitmen IPC menangani isu berkenaan.
Melalui program tersebut, IPC menggalakkan pengunjung membawa bekas makanan atau minuman sendiri bagi pembelian bawa pulang di premis F&B yang mengambil bahagian.
Usaha itu turut bertujuan menjadikan amalan kelestarian lebih mudah diakses, praktikal dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Program BYOC akan bermula pada 24 November 2025 dan terbuka kepada ahli Tack Club.

Untuk menikmati ganjaran, ahli hanya perlu menebus “Ganjaran BYOC” melalui aplikasi IPC dengan menggunakan 5 Tack Poin daripada Katalog Ganjaran sebelum mengimbas kod QR di kaunter bayaran.
Diskaun sebanyak RM0.50 akan diberikan serta-merta bagi setiap transaksi, dan ditanggung sepenuhnya oleh IPC bagi semua rakan niaga F&B yang menyertai program tersebut.
Usaha ini sejajar dengan falsafah “Lagom Life” IPC, di mana memelihara kelestarian adalah mudah dan boleh dicapai – mengubah pilihan yang dibuat dengan penuh kesedaran menjadi tindakan-tindakan kecil dan konsisten yang mampu memberi impak yang besar.
Mendidik, Menginspirasi, dan Meraikan Komuniti yang Lebih Hijau Menjelang penghujung tahun, Pusat Beli-belah IPC meneruskan komitmennya menjadikan kelestarian sebagai amalan yang menarik dan berbaloi melalui pelbagai inisiatif galakan kitar semula.
Menjelang musim perayaan, ketika ramai mula melakukan kerja mengemas dan pembersihan rumah, IPC menawarkan Tack Poin berganda bagi barangan sisa terpilih seperti logam, aluminium, kertas dan kadbod.
Selain inisiatif yang digerakkan pihak pengurusan, termasuk penyediaan stesen pembersihan sisa makanan khas untuk pekerja rakan niaga, IPC turut mengiktiraf usaha rakan niaga yang proaktif dalam mendukung agenda hijau.

Antaranya, All IT Hypermarket mengumpul e-sisa untuk dikitar semula dengan betul; H&M dan Brands Outlet mengadakan kempen kutipan pakaian terpakai dengan ganjaran kepada pelanggan; Books for a Better World menjual semula buku terpakai; IKEA menyediakan perkhidmatan kutipan dan kitar semula tilam untuk pembeli baharu; manakala As-Is Corner menawarkan platform penjualan perabot terpakai IKEA pada harga diskaun.
Usaha bersama ini bertujuan memupuk budaya penggunaan semula dan mengukuhkan ekonomi kitaran dalam komuniti pusat beli-belah tersebut.
“Kelestarian paling memberi berkesan apabila ia diusahakan bersama-sama
“Komuniti kami yang merangkumi rakan niaga, pembeli, dan rakan kongsi, kesemuanya memainkan peranan penting dalam ekosistem ini.
“Kami bangga menyaksikan inisiatif seperti RBBC dan program bina pasukan kami ini telah memberi inspirasi untuk bertindak dan membina masyarakat prihatin yang lebih teguh,” tambah Karyn lagi.
BACA: Impian Kejuruteraan Terkubur Selepas Kemalangan, Kini Wanita Ini Temui Dunia Kek “Custom” The post Di Mana Membeli-Belah & Kelestarian Bertemu: IPC Pencetus Inspirasi Kehidupan Yang Lebih Hijau Untuk Rakyat Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/14/di-mana-membeli-belah-kelestarian-bertemu-ipc-pencetus-inspirasi-kehidupan-yang-lebih-hijau-untuk-rakyat-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Dedah Penyakit Ini Paling Kerap Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia

Kajian Dedah Penyakit Ini Paling Kerap Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 219 hits
Kajian Dedah Penyakit Ini Paling Kerap Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia Ramai menganggap masalah kesihatan hanya menimpa golongan tertentu Hakikatnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau latar belakang Gaya hidup mode...
Kerajaan Pahang Ambil Pendekatan Lebih Proaktif Dalam Memastikan Urusan Rakyat Lebih Mudah Selesa Dan Kurang Birokrasi

Kerajaan Pahang Ambil Pendekatan Lebih Proaktif Dalam Memastikan Urusan Rakyat Lebih Mudah Selesa Dan Kurang Birokrasi

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 255 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengambil pendekatan proaktif dalam memastikan urusan rakyat lebih mudah dan selesa Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri berperanan sebagai pemudah cara dengan mengurangkan birokrasi ...
2 Scammer Malaysia Tipu Wanita Lebih Rm1 Juta Diberkas

2 Scammer Malaysia Tipu Wanita Lebih Rm1 Juta Diberkas

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 185 hits
KOSMOPas pekerja palsu yang digunakan oleh kedua dua suspek untuk menyamar sebagai pegawai kerajaan Polis SingapuraSINGAPURA Dua lelaki warga Malaysia ditahan di Singapura kerana menyamar sebagai pegawai kerajaan dan memperdaya seorang wani...
Laporan Media Thailand Menyebut Bahawa Duit Pelaburan Lebih Banyak Mengalir Ke Malaysia

Laporan Media Thailand Menyebut Bahawa Duit Pelaburan Lebih Banyak Mengalir Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 162 hits
Alif JamilLaporan media Thailand menyebut bahawa duit pelaburan lebih banyak mengalir ke Malaysia Ia adalah refleksi nyata perubahan struktur dalam ekonomi serantau ASEAN Mudah kata ini suatu tanda pemulihan keyakinan pasaran antarabangsa t...
Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 265 hits
Malaysia menyeru ASEAN untuk bersatu dan berdaya maju dalam menghadapi persaingan global dengan penekanan kepada keamanan kebersamaan dan kepentingan regional KUALA LUMPUR Malaysia telah menggesa ASEAN untuk membentuk satu barisan yang lebi...
Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 301 hits
PASIR MAS Seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak lapan kali oleh individu dikenali di rumahnya di Golok Thailand semalam meninggal dunia malam tadi Mangsa Mohd Fuad Fahmie Ghazali 33 yang berasal dari Kampung Kepas Apam di sini meningg...
11 Inspirasi Christmas Outfit 2025 Gaya Natal Elegan Yang Nggak Harus Merah Dan Hijau

11 Inspirasi Christmas Outfit 2025 Gaya Natal Elegan Yang Nggak Harus Merah Dan Hijau

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 224 hits
Natal bukan cuma tentang kado tapi juga tentang tampil percaya diri dan hangat di tengah momen penuh cinta bersama keluarga dan kerabat Jangan sampai tampilanmu itu itu saja
Kelantan Rakyat Malaysia Ditembak Mati Di Golok Polis Thailand Dedah Punca Pembunuhan

Kelantan Rakyat Malaysia Ditembak Mati Di Golok Polis Thailand Dedah Punca Pembunuhan

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 214 hits
Sharifah Mahsinah AbdullahKOTA BHARU Polis Thailand mengesahkan kes seorang lelaki rakyat Malaysia ditembak mati di pekan Sungai Golok pada 1 November lalu tidak membabitkan isu hutang berkait dadah Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mejar Jene...
Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 279 hits
Persoalan yang sangat relevan dan menarik Ya berdasarkan maklum balas daripada video pelancong dan perbandingan umum adalah benar secara amnya dilihat sebagai lebih menarik meriah dan menawarkan lebih banyak kemudahan berbanding kawasan reh...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sweet Home Menjadi Kenangan Menggamit Memori

Simple Beef Steak Recipe Jamie Oliver

Selasa Dak Jasmine

Lirik Lagu Terang Bulan Zamzuriah Zahari

Siapakah Ahmed Al Ahmed Wira Yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney

Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera