Di Bawah Bn Pn Pampasan Tanah Kg Sg Baru Naik Rm500 Sekaki Dulu Ph Tawarkan Rm1 000 Sekaki


 

Penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur boleh melihat sendiri 'kerajaan Melayu - Islam' merampas hak tanah penduduk Kampung Sungai Baru yang diambil paksa dengan harga tidak setimpal berdasarkan nilai semasa.

Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, nilai pampasan yang ditawarkan kepada penduduk Kampung Sg Baru oleh kerjaaan Melayu itu hanyalah separuh daripada yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 lalu.

"Kadar pampasan yang diberikan hanya dinaikkan sekitar 15% sahaja dari yang ditawarkan pada bulan Mei 2022. Sebelum ini Kerajaan BN-PN mencadangkan pengambilan tanah tersebut dengan kadar RM450 satu kaki persegi.

"Keputusan terbaharu selepas selesainya sesi pendengaran kedua beberapa hari lalu menetapkan kadar RM500 sekaki berbanding (laporan penilai bebas) RM1,800 harga pasaran.

"Semasa Kerajaan PH memerintah, saya selaku Menteri Wilayah Persekutuan telah menawarkan RM1,000 sekaki untuk pemilik tanah Kampung Baru, iaitu tanah MAS (Malay Agricultural Settlement) yang terletak bersebelahan Kampung Sungai Baru," kata Khalid dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, tawaran pembelian tanah ketika itu tidak termasuk tanah Kampung Sungai Bharu yang tidak ada sekatan untuk Bumiputra sahaja sebagaimana tanah MAS kerana sejak 2016 lagi pembelian tanah tersebut dirunding antara pemaju dan pemilik.

Kerajaan PH katanya tidak campurtangan dalam hal rundingan antara pemaju swasta dan pemilik atas dasar "willing buyer, willing seller".

Ujar Khalid lagi, ketika kerajaan PH menawarkan RM1,000 sekaki persegi itu, Tan Sri Annuar Musa menegaskan yang tawaran tersebut tidak mencukupi dan kerajaan sepatutnya menetapkan harga mengikut "harga pasaran".

Najib Razak pula, dalam hantaran Facebooknya bertarikh 21 September 2019 berkata harga tanah di KLCC yang terletak bersebelahan Kampung Baru mencecah RM3,000 sekaki persegi.

"Mengapa setelah Tan Sri Annuar Musa dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, kerajaan PN - BN menetapkankan nilai pampasan begitu rendah bagi penduduk di kawasan terletak di sebelah tanah Kampung Baru itu?

"Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Kerajaan BN, Datuk Seri Shahidan Kassim pula seakan-akan meletakkan kesalahan kegagalan untuk mencapai kata sepakat di bahu para penduduk, sedangkan para penduduk mengharapkan pembelaan dari menteri bagi mendapat harga yang adil.

"Kerajaan BN - PN perlu adil kepada penduduk dengan memberikan pampasan yang selayaknya kepada mereka dan menghormati mereka sebagai pemilik tanah di situ. Mereka bukan setinggan," tegas Khalid.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk kepentingan pemaju swasta pula adalah duluan yang sangat berbahaya. Hal itu bukan untuk kepentingan awam dan kerajaan PH tidak menggunakannya walaupun untuk initiatif pembangunan yang diambil oleh kerajaan sekalipun.

Pihak Perbadanan Kampung Baru (PKB) pada masa PH, katanya, berusaha mendapatkan persetujuan pemilik tanpa ada unsur paksaan atau rampasan. Waktu itu Datuk Seri Ismail Sabri sendiri memberi teguran tidak boleh gunakan Akta Pengambilan Tanah selain untuk projek kepentingan awam seperti membina sekolah atau hospital.

"Oleh itu, kami mendesak kerajaan berhenti menyalahgunakan kuasa Akta Pengambilan Tanah untuk merampas hak rakyat demi kepentingan pemaju swasta ini.

"Sepatutnya akta ini digunakan untuk membina kemudahan awam, bukan untuk merampas tanah penduduk untuk diberikan kepada pihak pemaju swasta.

"PH juga mendesak agar sesi libat urus dan rundingan dua hala antara pemaju dan penduduk mesti dilaksanakan secara adil bagi memastikan keputusan yang “win-win” dapat dicapai," katanya.

Beliau juga mahu Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Harun dan Tan Sri Annuar Musa selaku mantan Menteri Wilayah, Datuk Seri Shahidan Kassim selaku Menteri Wilayah terkini dan Datuk Seri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri bertanggungjawab dalam kes tersebut bagi memperjuangkan hak orang Melayu.

"Saya akan mencadangkan agar pemilik mencabar penilaian ini di mahkamah dan Amanah sebagai komponen parti dalam PH akan memperjuangkannya bersama pemilik.


"Bagi kami, nilai pampasan serendah itu adalah satu kezaliman dan ia merupakan bukti kerajaan Melayu Islam yang diagungkan mereka tidak mementingkan rakyat Melayu Islam," katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/di-bawah-bn-pn-pampasan-tanah-kg-sg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang Imej Baru Taeyang Bigbang Raih Perhatian

Dia Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang Imej Baru Taeyang Bigbang Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 139 hits
Lama tak dengar pasal Tae yang kan Tahu tahu je dah berambut panjang rupanya ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini kalau korang tengok di laman Instagram Tae yang dia berkongsi beberapa keping gambar sesi penggambarannya bersama jenama terkenal M...
Valentino Muat Naik Foto Kolaborasi Baru Peminat Perasan Baby Bump Son Yejin

Valentino Muat Naik Foto Kolaborasi Baru Peminat Perasan Baby Bump Son Yejin

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 195 hits
Pantas sungguh masa berjalan siapa sangka Son Ye jin iaitu pelakon kesayangan ramai bakal menjadi ibu tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Jarang membuat kemunculan umum selepas bergelar isteri sudah semestinya ramai yang ingin melihat perkemban...
Hiburan Bayar Hutang Dulu Baru Nikah Individu Tuntut Hutang Rm4k Ini Respon Shahir Zawawi

Hiburan Bayar Hutang Dulu Baru Nikah Individu Tuntut Hutang Rm4k Ini Respon Shahir Zawawi

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 162 hits
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke 8 khabarnya sedang meniti hari kerana bakal bergelar suami pada hari Jumaat ini Namun dalam debaran menunggu hari bahagia itu nama Shahir meniti di bibir netizen apabila muncul desas desus mengat...
Permohonan Bantuan Bina Rumah Rm60 000 Atas Tanah Sendri Terbuka Kepada Golongan Berpendapatan Rendah

Permohonan Bantuan Bina Rumah Rm60 000 Atas Tanah Sendri Terbuka Kepada Golongan Berpendapatan Rendah

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 292 hits
Kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah yang bertujuan membantu mereka terutama yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mampu milik Berikut merupakan maklumat ringkas berkenaan bantuan...
Sebaik Baik Sedekah Pada Ahli Keluarga Dulu Beli Kereta Baru Dr Say Sedekah Kereta Lama Pada Kakak

Sebaik Baik Sedekah Pada Ahli Keluarga Dulu Beli Kereta Baru Dr Say Sedekah Kereta Lama Pada Kakak

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 274 hits
Amalan sedekah tidak sedikit pun mengurangkan harta yang kita miliki Sebaliknya memang Allah SWT janjikan sesiapa yang rajin bersedekah akan terus dimewahkan rezekinya Berpegang kuat kepada perkara tersebut Dr Say Shazril yang baru baru ini...
Tanah Kg Sungai Baru Separuh Dari Harga Ph Janji

Tanah Kg Sungai Baru Separuh Dari Harga Ph Janji

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 236 hits
Tanah Kg Sungai Baru separuh dari harga PH janji Posted By on August 98 2022Isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru Kampung Baru Kuala Lumpur berbangkit lagi sebaik selesai sesi pendengaran kali kedua oleh pihak Pejabat Tanah dan Galia...
Naik Lagi Ini Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022

Naik Lagi Ini Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 326 hits
ROTI GARDENIA NAIK HARGA MULAI 1 SEPTEMBER 2022 Gardenia Bakeries Sdn Bhd akan menyemak semula harga bagi produk produk Gardenia berkuat kuasa 1 September 2022 ini Sebelum ini sebuah notis menjadi tular di media sosial memperlihatkan senara...
Dulu Gaji Tak Sampai Rm1 500 5 Tahun Pertama Paling Mencabar Susah Senang Sama Sama

Dulu Gaji Tak Sampai Rm1 500 5 Tahun Pertama Paling Mencabar Susah Senang Sama Sama

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 163 hits
Membina hidup di awal perkahwinan bukanlah mudah penuh onak dan duri Tempoh lima tahun pertama dirasakan paling sukar Bukan hanya mengenal diri bahkan tempoh merasa hidup susah dalam melengkapkan hidup bersama Kongsi Cikgu yang cukup dikena...
Pengeluaran Khas One Off Ltat Rm500 Sempena Jubli Emas

Pengeluaran Khas One Off Ltat Rm500 Sempena Jubli Emas

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 158 hits
YB Menteri Kanan Pertahanan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan pengeluaran khas maksimum sehingga RM500 secara one off kepada pencarum LTAT sempena sambutan Jubli Emas ke 50 LTAT Permohonan ini boleh dibuat melalui Aplikas...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu