Detik Detik Ajaib Yang Kita Hilang


 

P Ramlee pulang ke Malaysia pada 1967 meskipun bintangnya menyinar di Singapura, mengukir nama sebagai pelakon, pengarah filem, penyanyi dan pencipta lagu menerusi Malay Film Production yang beroperasi di studio Jalan Ampas. Tidak lama selepas P Ramlee meninggalkan Singapura, studio itu tutup buat selamanya.
Kepulangannya ke Malaysia waktu pentas muzik Melayu sedang dilanda demam Pop Yeh Yeh. Lagu ciptaan P Ramlee dianggap ketinggalan zaman dan tidak lagi berkumandang di radio Malaysia dan Singapura. Pun begitu ada juga lagunya yang dirakam semula oleh penyanyi top waktu itu — membuktikan penggiat Pop Yeh Yeh yakin lagu P Ramlee masih boleh menduduki carta lagu pujaan dengan suntikan nafas baharu, menampilkan irama tiga gitar dan satu dram atau apa yang dipanggil kugiran, singkatan untuk kumpulan gitar rancak.
Saya teringat membaca penulisan mengenai P Ramlee tidak senang hati kerana izinnya tidak diminta terlebih dahulu sebelum lagu-lagu itu dirakam semula. Beliau dikritik keras semata-mata kerana menyuarakan haknya.
Mengenai filem pula P Ramlee punya impian besar. Beliau mahu melahirkan filem epic di Studio Filem Merdeka di Ulu Klang, di pinggir kota Kuala Lumpur. Untuk itu dia memerlukan bajet yang pada era lewat 60an dan awal 70an dianggap besar.
Sayangnya P Ramlee tidak dapat apa yang dihajati. Dengan peruntukan kecil, kemahiran terbatas, dan daya kreatif terhalang, beliau tidak punya pilihan melainkan membuat penggambaran di perkarangan studio dan kawasan berdekatan.
P Ramlee tidak diberi kesempatan untuk menghasilkan filem berwarna, lantas filemnya pada tahun 70an dalam hitam putih padahal merata dunia filem warna sudah lama ada.
Tanya kawan-kawan setia P Ramlee dan mereka akan cerita beliau bertungkus lumus mencari financiers tetapi tidak berjaya. P Ramlee pergi dari bank ke bank untuk mendapatkan pinjaman tetapi permintaannya tidak dilayan.
P Ramlee benar-benar mahu menubuhkan syarikat filem sendiri. Anaknya, Nasir, dalam buku “Bapaku P Ramlee” menceritakan guru tuisyennya bernama Cikgu Mat Nor terjumpa sekeping kertas memaparkan letterhead tertera “Perusahaan Filem P Ramlee”. Ini dijumpai semasa guru tersebut menolong mengemas barangan P Ramlee yang sedang bersiap untuk pindah ke Kuala Lumpur.
Kewujudan letterhead itu membuktikan P Ramlee sudah ada rancangan untuk menubuhkan syarikat apabila balik ke Malaysia semasa di Singapura lagi. Impian itu tidak menjadi kenyataan.
Pun begitu walaupun dengan bajet terhad, kadang kala dengan sedikit bantuan tetapi selalunya langsung tidak ada, P Ramlee dengan penuh keazaman menghasilkan juga filem di Studio Merdeka. Ada yang diterima baik penonton dan ada yang tidak.
Menjalin kerjasama dengan Jins Shamsuddin, yang kariernya dipupuk P Ramlee sendiri, Allahyarham mempelbagaikan aktiviti dengan membawa masuk filem box office Indonesia untuk ditayangkan di negara ini bertujuan mencari dana untuk melancarkan rancangan masa depan bersabit industri perfileman. Tetapi timbul masalah. Beliau tidak mempunyai tempat untuk menayangkan filem yang dibawa masuk. Dalam lain perkataan tidak ada panggung. Panggung wayang ternama atau established yang dikendalikan gergasi, Shaw Brothers, mengenakan caj amat tinggi.
P Ramlee dibantu Jins berjaya menyakinkan kerajaan untuk mengizinkan mereka menayang filem box office Indonesia di dewan auditorium Mara di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di Dewan Hamzah di Klang serta beberapa dewan serbaguna. Tidak ada rotan akar pun berguna.
Itu menandakan penubuhan syarikat filem milik Bumiputera yang pertama di Malaysia. Ia dinamakan Perfima atau Perusahaan Filem Malaysia. Akhirnya Perfima berjaya mendirikan ‘panggung’ tersendiri, itupun jika boleh digelar panggung.
Sebenarnya ia bangunan usang separuh papan separuh batu, yang terletak di tanah lapang di sisi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bagi peminat nasi kandar, lokasinya di belakang Kudu Nasi Kandar sekarang.
Peranan bangunan itu ibarat sebuah dewan untuk tayang filem, tidak sempurna seperti sebuah panggung wayang gambar walaupun diberi nama Pawagam P Ramlee. Definitely not befitting the P Ramlee name.
Dalam buku “Bapaku P Ramlee” ada dikisahkan oleh Nasir tentang ‘zaman kekecewaan bapa’. Amat menyayat hati. Tidak perlu saya mengulanginya tetapi perlu dinyatakan ramai dalam kalangan masyarakat yang berada pada kedudukan boleh membantu tidak menghulur tangan. Ramai di antara kita yang membiarkan Allahyarham keseorangan. Terbiar. Rayuannya diabai.
P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973.
Sekarang setelah 51 tahun pemergian P Ramlee, kita tidak henti-henti memuji dan memuja. Adakah sebab rasa bersalah kerana tidak menghiraukan P Ramlee semasa dia di samping kita?
Andai rayuannya dulu disahut pihak yang berkemampuan saya pasti pelbagai keajaiban seni akan P Ramlee persembahkan. Jelas kita kehilangan banyak magical moments hanya kerana ketika P Ramlee merayu tiada siapa yang sudi menghulur tangan.
Filem terakhir yang P Ramlee ilhamkan tidak sempat dihasilkan. Namun ada satu lagu dendangan Saloma yang namanya mengambil tajuk filem terakhir P Ramlee.
Air Mata di Kuala Lumpur.
Al-Fatihah.
 - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/detik-detik-ajaib-yang-kita-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hafiz Fauzan Abd Halid Hilang

Hafiz Fauzan Abd Halid Hilang

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 134 hits
SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN Mencari orang hilang Nama Hafiz Fauzan bin Abd HalidUmur 17 tahunTerakhir dilihat berpakaian jaket hitam menaiki motorsikal Honda Future hitam bernombor plate JQL 1421 pada hari Sabtu 25 Mei 2024 jam 10 malam darip...
Hakim Heran Durian Hilang Dalam 2 Jam Di Rumdin Syl Siapa Yang Ambil

Hakim Heran Durian Hilang Dalam 2 Jam Di Rumdin Syl Siapa Yang Ambil

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 102 hits
Terungkap durian yang dikirim ke rumah dinas SYL selalu hilang setelah 2 jam
Hilang Upaya Seksual Selepas Pembedahan Prostat Lelaki Dapat Award Rm500 000

Hilang Upaya Seksual Selepas Pembedahan Prostat Lelaki Dapat Award Rm500 000

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 160 hits
Faisal AsyrafPETALING JAYA Kerajaan gagal menerbalikkan award RM500 000 yang diberikan mahkamah rendah kepada seorang lelaki mengalami ejakulasi songsang dan kemurungan selepas pembedahan kelenjar prostat di sebuah hospital awam Lelaki beru...
Bapa Bayi 11 Bulan Sebak Terima Kereta Hilang Kata2 Anak Amp Keluarga Dibantu

Bapa Bayi 11 Bulan Sebak Terima Kereta Hilang Kata2 Anak Amp Keluarga Dibantu

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 183 hits
Bapa bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru paru kronik sebak apabila menerima sebuah kereta daripada seorang pengusaha kedai outomotif bagi membolehkan dia membawa anak anak dan keluarga berulang alik ke hospital bagi menjalani pemerik...
Identitas Mayat Dalam Toren Air Akhirnya Terungkap Korban Adalah Warga Yang Hilang 2 Hari Lalu

Identitas Mayat Dalam Toren Air Akhirnya Terungkap Korban Adalah Warga Yang Hilang 2 Hari Lalu

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 157 hits
Identitas Mayat dalam Toren Akhirnya Terungkap Korban Adalah Warga yang Hilang 2 Hari Lalu
211 Kendaraan Dinas Senilai Rp25 5 Miliar Di Pemprov Banten Hilang

211 Kendaraan Dinas Senilai Rp25 5 Miliar Di Pemprov Banten Hilang

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 145 hits
Sebanyak 211 kendaraan dinas Pemerintah Provinsi Banten tidak diketahui keberadaannya
Lelaki Hilang 11 Hari Lalu Ditemui Mati Dekat Reban Ayam

Lelaki Hilang 11 Hari Lalu Ditemui Mati Dekat Reban Ayam

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 226 hits
MUHAMMAD ZIKRIANGGOTA bomba mengusung mayat yang ditemui di dalam sebuah kereta di Kampung Parit Baru Kayu Ara Pasong Pontian hari ini PONTIAN Mayat seorang lelaki berusia 31 tahun yang telah reput ditemui dalam sebuah kereta berhampiran re...
Pensiunan Bumn Ditemukan Tewas Bersimbah Darah Di Rumahnya Mobil Juga Hilang

Pensiunan Bumn Ditemukan Tewas Bersimbah Darah Di Rumahnya Mobil Juga Hilang

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 182 hits
Kematian korban diketahui setelah anaknya mendatangi rumah karena ponsel ayahnya dua hari tak bisa dihubungi
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah

Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya