Design Baru Sampul Duit Raya Hipster Twenty Twenty
Macam awal lagi je nak fikir pasal raya. Tapi tahun ni raya pun awal bulan Mei dan Ramadhan pun bulan April. Jadi, kenalah promote awal tempahan sampul duit raya hipster yang setakat ni setiap tahun Fiza open order. Sebenarnya boleh je order anytime tapi untuk raya tahun ni Fiza terpaksa tutup awal juga sebab tu promote dan beritahu awal-awal. Yang nak order tu, boleh order awal ye sebab order awal ni special sikit boleh lah request untuk customize design. Bila dah banyak order nanti dan nak dekat-dekat tarikh tutup memang tak dapek nak nolong eh nak begitu begini
Ini pun baru je siap 500pcs. Order banyak-banyak macam ni memang disarankan sangat order awal sebab lambat-lambat Fiza tak terima order. Mana nak sempat oii nak buat 500pcs bila dah dekat raya. 500pcs nak buat manual potong dan lipat sendiri tu memang ambil masa. So tahun ni tempah awal, dapat awal dan tutup order pun awal. Dapatlah diri ini rehat awal dan bulan Ramadhan pun tak terganggu dengan kerja. Nak buat design lagi, nak settlekan order sampul duit raya lagi, nak menulis lagi, nak photoshoot lagi. Anda rasa saya ada masa untuk berehat?
Ikutkan memang bulan Ramadhan taknak ambil tempahan dah. Tahun lepas bila extend sampai Ramadhan, order makin bertimbun. Syukur murah rezeki tapi iyelah kan, kesihatan perlu dijaga. Kesihatan tu lagi perlu dijaga. Jadi, tahun ni bulan Ramadhan kita tutup tempahan je lah ye. Tahun ni ada sikit je design baru yang sempat Fiza buat. Dek kerana kekangan masa, idea pun tak muncul-muncul. Ini je yang dapat
Design corak abstract jadi pilihan. Simple dan sesuai dengan hipsternya lah kot. Apapun terima kasih untuk mereka yang order setiap tahun. Terima kasih menghargai hasil kerja Fiza yang mencecah ke lima tahun. Alhamdulillah. Berminat nak order sampul duit raya hipster, boleh je contact Fiza melalui email atau message di media sosial. Terima kasih semua.
Tarikh tutup tempahan : 10 April 2020
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/02/design-baru-sampul-duit-raya-hipster.html