Dengarlah Rintihan India Muslim Selama Puluhan Tahun Gepima


Kasthuri Jeevendran


KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya, dengan semangat Malaysia Baharu yang diuar-uarkan kerajaan Pakatan Rakyat (PH), suara golongan India Muslim didengari.

Dengan memberikan contoh isu terbaru dasar kuota untuk kemasukan pelajar ke program matrikulasi, Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) menyatakan ia bukan sesuatu yang baru berlaku.

Malah menurut Presidennya, Syed Osman Mohamed, pihaknya telah bertungkus lumus menyerahkan pelbagai memorandum kepada bekas-bekas Perdana Menteri sejak 19 tahun lalu namun tidak ada apa-apa mampu dilakukan.

Kata Syed Osman, isu pengambilan pelajar untuk mengikuti program matrikulasi terus menghantui pelajar dan pihaknya sudah ‘mati akal’ mengenai perkara itu.

“Dalam kalangan kami (India Muslim), kita juga ada pelajar-pelajar cukup cemerlang namun gagal mendapat tempat ke matrikulasi walaupun lebih daripada layak. Apakan daya, sistem kuota ini menyebabkan kita tidak mendapat tempat.

“Tahukah anda berapa ramai anak-anak kami yang mendapat keputusan sangat cemerlang namun tidak berjaya menempatkan diri selama puluhan tahun ini? Sesuatu yang sukar untuk kami gambarkan.

“Mengikut perlembagaan, kita sememangnya Islam dan Melayu tetapi masih tidak mendapat pengiktirafan sehingga menjejaskan kami, khasnya pelajar-pelajar yang layak mendapat tempat tetapi yang memisahkan kami adalah pengenalan (India Muslim) ini.

“Sejak penubuhan Gepima 20 tahun lepas, kami tidak pernah berhenti berharap untuk diberikan pengiktirafan berkaitan status kami selain daripada tuntutan lain.

“Kami telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir dulu kemudian pernah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri seterusnya, Tun Abdullah Badawi dan kemudian Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Akhirnya pada Disember lepas, kita mengadakan pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri kini, Tun Dr Mahathir. Semoga sesuatu akan dilakukan dengan semangat Malaysia baharu ini,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette semalam.



Perjuangan golongan India Muslim bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya saban kali khasnya ketika pilihan raya, mereka menuntut untuk menjadikan status mereka sebagai Melayu di negara ini.

Sumbangan mereka kepada pembangunan negara seperti perdagangan serta perniagaan sebenarnya amat besar dan tidak sepatutnya dipinggirkan begitu sahaja untuk sekian lama.

Masyarakat India Muslim telah berhijrah dari selatan India pada awal abad ke-10 dan kebanyakannya menetap di Semenanjung Malaysia malah sejak dari awal lagi golongan itu telah menjadi tulang belakang untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu.

Dalam sejarah Malaysia, banyak syarikat yang diterajui  India Muslim berjaya dalam perniagaan antaranya ialah Darul Ehsan Property, Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel, Kumpulan Syed, Pasar Raya Mydin, Saudagar-Saudagar Kertas, Percetakan Zafar, Malik Streams Corporation Sdn Bhd dan Kumpulan Barkath.

Selain itu, masyarakat India Muslim telah melahirkan tokoh bahasa yang hebat seperti Munsyi Abdullah yang menetap di Melaka pada zaman penjajahan Inggeris.

Ada juga dalam kalangan golongan itu yang berkecimpung dan mencatatkan kejayaan dalam pelbagai bidang lain seperti penyanyi dan komposer tersohor, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur dan bekas Ketua Menteri Sabah.

Jika hendak diberikan contoh, terlampau banyak dan tidak mampu ditulis pada masa kini, katanya.

Dalam pada itu, Syed Osman juga mencadangkan sistem gred digunakan jika kerajaan berhasrat membuka kuota kepada pelajar bukan bumiputera sebagai syarat baharu bagi mengikuti program matrikulasi Kementerian Pendidikan.

Kata Syed Osman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia (MBM), seandainya hendak meneruskan sistem kuota mungkin kerajaan boleh memberikan dalam nisbah 70 kepada 30.

“Ini hanya sekadar cadangan, contohnya teruskan hasrat kemasukan 40,000 pelajar ke Matrikulasi dengan memberi 70 peratus kepada golongan bumiputera manakala 30 peratus, 10 peratus kepada India, 10 peratus kepada Cina dan 10 peratus lagi diberikan kepada lain-lain.

“Ini mungkin akan memberikan sedikit pengadilan serta peluang lebih besar kepada pelajar-pelajar cemerlang di negara ini untuk menempatkan diri ke institusi seperti matrikulasi,” ujarnya. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/dengarlah-rintihan-india-muslim-selama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skmm Perbuatan Menggalakkan Pengguna Membunuh Diri Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 20 Tahun

Skmm Perbuatan Menggalakkan Pengguna Membunuh Diri Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 20 Tahun

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 350 hits
Minggu ini negara dikejutkan dengan kejadian seorang remaja membunuh diri di Sarawak selepas melakukan undian di Instagram Sebanyak 69 responden menyuruh gadis berusia 16 tahun tersebut untuk membunuh diri dan beliau terjun dari sebuah bang...
Khatam Quran Setiap Ramadan Selama 14 Tahun Ustaz Mohon Maaf Pernah Kutuk Rosmah

Khatam Quran Setiap Ramadan Selama 14 Tahun Ustaz Mohon Maaf Pernah Kutuk Rosmah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Pendakwah Ahmad Husam Baderuddin mendedahkan Datin Seri Rosmah Mansor mengkhatam Quran setiap kali Ramadan selama lebih 14 tahun Ahmad Husam berkata perkara itu dimaklumkan seorang ustaz yang dikenalinya ketika menghadiri majli...
Muslim India Merasa Masa Depan Mereka Akan Suram Di Bawah Kepemimpinan Narendra Modi

Muslim India Merasa Masa Depan Mereka Akan Suram Di Bawah Kepemimpinan Narendra Modi

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 251 hits
Sebagai negara demokrasi dengan jumlah pemilih terbesar muncul pertanyaan tentang seberapa inklusif India bagi populasi minoritas muslim yang berjumlah 172 juta jiwa
Selama 2 Tahun Afpi Gelontorkan Pinjaman Hingga Rp33 Triliun

Selama 2 Tahun Afpi Gelontorkan Pinjaman Hingga Rp33 Triliun

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 220 hits
Asosiasi Fintech Pendanaan Bersama Indonesia mencatat hingga per Maret 2109 total pendanaan penyaluran telah mencapai sebanyak Rp 33 triliun Angka tersebut diakumulasi selama dua tahun dari 113 anggota fintech tergabung di AFPI
Menyamar Jadi Lelaki Selama 43 Tahun

Menyamar Jadi Lelaki Selama 43 Tahun

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 286 hits
Pernahkah anda membayangkan seorang wanita yang menyamar menjadi lelaki selama berpuluh puluh tahun Wanita yang berasal dari Mesir bernama Sisa Abu Daooh tersebut diketahui menyamar menjadi lelaki untuk boleh bekerja dan terus mencari nafka...
Kerajaan Ph Bela Nasib Kaum India Muslim Waytha Moorthy

Kerajaan Ph Bela Nasib Kaum India Muslim Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 320 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan hak masyarakat India Muslim di negara ini dilindungi serta suara mereka akan didengari di peringkat persekutuan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy Katanya beliau dimak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization