Denda Rm7 7 Juta Jika Tanam Guarana Di Malaysia


Individu atau pihak di negara ini yang sengaja menanam pokok Guarana yang berasal dari Brazil boleh dikenakan denda sehingga R$10 juta Real Brazil (RM 7.7 juta).

Jabatan Pertanian Malaysia Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataannya memaklumkan, larangan itu adalah termaktub di bawah undang-undang Brazil (Access and Benefits Sharing of Genetic Resources and Associated Traditional Knowledge).


Menurutnya, kerajaan Malaysia, jabatan, agensi, mana-mana syarikat atau individu yang menanam guarana adalah berisiko dikenakan tindakan perundangan oleh Kerajaan Brazil sekiranya tanaman ini dibiakkan atau dikomersialkan daripada biji benih yang dibawa masuk secara tidak sah.

"Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan tindakan amaran, sita dan penalti sehingga R$10 juta Real Brazil (RM7.7 juta).

Jabatan Pertanian Malaysia sudah dimaklumkan oleh Ministry of Agriculture Livestock and Food Supply (MAPA) Brazil, melalui surat OFÍCIONº5/2020/DSV/SDA/MAPA bertarikh 8 Januari 2020 bahawa negara Brazil hanya membenarkan pengeksportan buah guarana bagi tujuan pemprosesan dan makanan manusia sahaja.

Berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981, pengimportan tumbuhan dari negara berisiko tinggi yang endemik kepada penyakit South American Leaf Blight (SALB) iaitu oleh kulat Microcyclus ulei kepada tanaman Hevea adalah dilarang, kecuali bagi tujuan penyelidikan.

Guarana atau nama saintifiknya Paullinia cupana adalah tanaman herba semulajadi di Lembah Amazon terutamanya di Brazil.

Lembah Amazon juga adalah kawasan penanaman getah dengan insiden serangan penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (South American Leaf Blight, SALB) yang amat tinggi.

Spora SALB yang menjangkiti tanaman getah akan menyebabkan pertumbuhan pokok getah terbantut dan tidak dapat mengeluarkan hasil yang produktif.

Keadaan ini boleh melumpuhkan industri getah negara yang bernilai lebih RM18 bilion setahun.

Penyakit ini mengakibatkan kegagalan industri getah di negara Brazil dan negara-negara SALB yang lain seperti Colombia, Costa Rica, Surinam dan Panama.

Berikutan larangan pengimportan guarana bagi tujuan penanaman oleh negara Brazil dan impak negatifnya kepada industri getah negara, Jabatan Pertanian tidak pernah membenarkan petani atau usahawan melaksanakan projek penanaman guarana untuk dikomersialkan di negara ini.

Ini adalah kerana sumber benih guarana yang dibawa masuk ke dalam negara ini secara haram untuk dikomersialkan adalah tidak sah dari sudut perundangan negara berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981.

Penanaman guarana di Malaysia adalah berisiko membawa penyakit baharu lain seperti Colletotrichum guaranicola yang hanya dilaporkan menyerang spesis guarana.

Maklumat mengenai penyakit C. guaranicola adalah terhad dan akan menyukarkan kawalan dilakukan sekiranya serangan berlaku di Malaysia.

Selain itu, biji guarana yang sudah matang perlu diproses sebelum ekstrak guarana dapat digunakan bagi tujuan komersil.

Ini menunjukkan keperluan untuk penyediaan industri hiliran bagi pemprosesan guarana dan mendatangkan masalah kepada petani atau usahawan untuk menjual hasil tanaman selepas dituai sekiranya tiada pusat pemprosesan.

Sebelum ini tular dakwaan benih pokok ini dijual pada harga RM50 sepokok, cuba diedarkan di Sabah.

Untuk rekod, tanaman guarana masih lagi diharamkan di Sabah, malah kerajaan negeri tiada perancangan untuk membangunkan industri tanaman itu.

Guarana menjadi popular di Malaysia sebelum ini kerana dianggap mampu menjadi alternatif bagi menjana pendapatan lumayan kerana nilainya yang tinggi mencecah AS$1,600 sekilo bagi ekstrak 100 peratus.

Khasiat Guarana

Guarana atau nama saintifiknya, Paullinia cupana adalah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.

Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya dan terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi.

Daun guarana juga dipercayai berupaya merawat kanser serviks dan mengurangkan ketagihan di kalangan penagih dadah.

Biji guarana juga dianggap sebagai alternatif kepada pembuatan tepung dan mengulas mengenai khasiat tepung guarana, produk itu dikatakan bebas gluten, 100 peratus organik, memiliki zat besi, tinggi kalsium dan DHA.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Guarana, Tanaman Herba Pengganti Kopi Yang Sangat Mahal HarganyaPerubatan Kampo; Rawatan Berasaskan Herba Di Hospital Jepun
sumber: hmetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/denda-jika-tanam-guarana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu 10 Anak Dibantu Rakyat Malaysia Cakna

Ibu 10 Anak Dibantu Rakyat Malaysia Cakna

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 239 hits
Rezeki tidak salah alamat Banyak orang tidak menduga mendapat rezeki yang di luar jangkaannya Disebabkan tular kisahnya di media sosial macam macam rezeki datang dengan serentak sehingga ada yang mendapat rumah baharu Begitu juga ibu sepulu...
Takdak Sapa Yang Peduli Kat Malaysia Lagi

Takdak Sapa Yang Peduli Kat Malaysia Lagi

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 271 hits
Foreign ministry officials are believed to be fuming after Malaysia s two senior diplomats in the United Arab Emirates were ordered home and put in cold storage for the lack of official guest status for the visit of Prime Minister Ismail Sa...
Top 5 Mattress Topper In Malaysia

Top 5 Mattress Topper In Malaysia

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 212 hits
Many people are unaware that a mattress consists of more than simply the framework There are a variety of different items you may use to enhance your sleeping experience These items enhance comfort minimize pressure points and boost ventila...
Report Indonesia To Phase Out Sending Domestic Helpers To Malaysia Says Ambassador

Report Indonesia To Phase Out Sending Domestic Helpers To Malaysia Says Ambassador

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 283 hits
We are going to gradually phase out Indonesians working as domestic workers anywhere in the world Indonesia is looking to phase out sending its citizens to Malaysia to work as domestic helpers said its ambassador to Malaysia Hermono Malaysi...
Bazar Ramadhan Dan Pekan Sari Paling Besar Di Malaysia Terletak Di Temerloh

Bazar Ramadhan Dan Pekan Sari Paling Besar Di Malaysia Terletak Di Temerloh

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 378 hits
Sebagai seorang yang berasal dari Temerloh rasa bangga juga apabila bazar Ramadhan yang merupakan tapak pekan sari pekan sehari yang diadakan setiap hari Ahad di sini dikatakan antara yang terbesar dan terpanjang di Malaysia Memang sejak sa...
Claim Sekarang Tebus E Pemula Anda Bantuan E Wallet Kerajaan Rm150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022

Claim Sekarang Tebus E Pemula Anda Bantuan E Wallet Kerajaan Rm150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 454 hits
Claim Sekarang Tebus E Pemula anda Bantuan E wallet Kerajaan RM150 Kepada Rakyat Malaysia Terkini anda kini boleh memohon pemberian bantuan ewallet dari Kerajaan Malaysia Melalui Program E pemula kerajaan akan menyalurkan pemberian bantuan ...
Hampir Sama Ini Wajah Artis Malaysia Yang Mirip Dengan Selebriti Korea Selatan

Hampir Sama Ini Wajah Artis Malaysia Yang Mirip Dengan Selebriti Korea Selatan

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 508 hits
Korang perasan tak ada selebriti Korea yang wajahnya hampir serupa dengan artis di Malaysia Contohnya semasa sedang menonton drama Korea atau sedang menyaksikan muzik video idola K Pop mesti ada sesetengah artis Korea ini akan mengingatkan ...
Selepas Roger Ng Didapati Bersalah Kita Mahu Keadilan Juga Untuk Rakyat Malaysia Anwar

Selepas Roger Ng Didapati Bersalah Kita Mahu Keadilan Juga Untuk Rakyat Malaysia Anwar

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 199 hits
Sesi perbicaraan di New York telah tamat dalam tempoh yang singkat Pihak defendan tidak dibenarkan atau tidak dikurniakan layanan VIP dari pihak mahkamah untuk mengurus hal peribadi mahupun diberikan akses kepada pasport untuk ke mana mana ...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa