Dend4m Tak Sudah Si Bedal


Andainya ada antara anda yang pernah menjamah daging buaya khususnya untuk kesihatan, jangan sesekali memberanikan diri turun ke mana-mana sungai di Sarawak jika masih sayangkan nyawa!
Ini kerana terdapat 120,000 buaya yang hidup di sepanjang 20,000 kilometer laluan sungai di negeri ini sedia menanti kunjungan anda untuk ‘membalas dendam’ disebabkan keupayaannya menghidu bau daging keluarganya yang dimakan manusia.
Ia mungkin kedengaran agak aneh atau karut namun perkara itu antara kepercayaan kuat dipegang dalam kalangan masyarakat Iban dan Melayu di Bumi Kenyalang selain menepati sifat pendendam dimiliki Sang Bedal.

Budaya Masyarakat
Dalam budaya masyarakat tempatan, reptilia itu dipercayai memiliki keupayaan mengenal pasti bau daging ‘saudaranya’ yang meresap dalam tubuh manusia yang memakan daging berkenaan, sekali gus mengundang ancaman serangan ganas dan konflik dengan manusia.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Hamden Mohammad berkata, sehingga kini dakwaan itu tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan sekadar menjadi kepercayaan mitos setempat namun ia kekal menjadi pegangan penduduk tempatan khususnya yang menetap di persisiran sungai negeri ini.
“Orang Sarawak yang mengetahui pantang-larang itu sehingga kini tidak berani ‘turun’ ke sungai sama ada untuk menangkap ikan atau menggunakan sungai sebagai laluan.

Kisah Aneh
“Bagi kebanyakan penduduk negeri ini, buaya hidupan penuh misteri yang sarat dengan pelbagai kisah aneh yang sukar dibuktikan.
“Bagaimanapun, belum ada saintis sanggup memakan daging buaya dan turun ke sungai demi membuktikan mitos buaya menyerang manusia yang pernah memakan daging reptilia itu sekadar kepercayaan karut semata-mata,” katanya.
Hamden berkata, pantang-larang itu juga termasuk memakan telur buaya yang dikategorikan sebagai makanan eksotik.
“Sebagai agensi bertanggungjawab melindungi buaya di Sarawak, JHS sejak 2016 sudah membenarkan pemburuan buaya bagi tujuan penakaian (culling) mahupun bagi tujuan komersial selepas mengambil kira populasi buaya yang semakin meningkat sehingga mengundang serangan terhadap manusia,” katanya.
Difahamkan, daging reptilia itu berwarna putih, dengan bahagian paling enak untuk dinikmati ialah bahagian ekornya kerana kandungan lemak rendah.

Lebih Enak
Malah, ia dikatakan lebih enak daripada ayam. Khasiat yang cukup popular antaranya mengubati asma, mencegah diabetes, memulihkan penyakit jantung dan dijadikan ubat kulit selain meningkatkan sistem metabolisme badan serta merangsang nafsu se ks.
Hamden berkata, sehingga kini, sebanyak 50 permit khas dikeluarkan bagi membenarkan pemburuan buaya bagi tujuan komersial, namun atas kekangan pasaran yang terhad di Sarawak, aktiviti pemburuan itu tidak mendapat sambutan.

Memasarkan Daging
“Jika mahu memasarkan daging buaya ke luar negara, prosesnya sukar kerana ada beberapa peraturan ketat,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post Dend4m Tak Sudah Si Bedal appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/dend4m-tak-sudah-si-bedal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi

700 Hari Serangan Israel Musnahkan 90 Peratus Gaza Kerugian Us 68 Bilion

New Thai Pm Anutin To Nominate Ekniti For Finance Minister Post