Demokrasi Parti Politik Kita


 
Baru-baru ini podcast Keluar Sekejap dikendali Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan membincangkan soal keengganan parti parti politik mempertandingkan jawatan tertinggi pada pemilihan masing-masing.
Rumusan ‘keengganan mempertandingkan’ jawatan tertinggi umum tahu bermakna apabila parti mengadakan pemilihan, ahli parti tidak boleh atau tidak dibolehkan atau tidak perlu atau mungkin juga tidak mahu bertanding untuk merebut jawatan tertinggi parti, sekali gus penyandang terus menyandang jawatan.
Menurut Shahril ini sudah sebati dengan politik Malaysia – “ini dah jadi macam budaya di Malaysia”. Betul kata beliau. Shahril menggunakan istilah ‘budaya’ bukan ‘amalan’. Rasanya ‘budaya’ lebih tepat untuk menggambarkan apa yang diamalkan parti politik kita.
Baiklah kalau ia boleh disifatkan ‘budaya’ maka ia budaya tak bagus. Boleh dilihat sebagai tidak menyuburkan demokrasi walaupun semua parti politik kita mengaku demokratik.
Jadi bagaimana ‘budaya’ ini terjadi? Mengapa dibiar berterusan? Khairy memilih untuk bercakap mengenai Umno. Sewajarnya kerana beliau bekas ketua Pemuda. Kata Khairy ‘ketakutan’ Umno untuk mempertandingkan jawatan tertingginya datang daripada pengalaman lalu yang membawa perpecahan dalam parti.
Beliau merujuk pemilihan Umno 1987. Saya membuat liputan meluas waktu itu. Ringkasnya wujud ‘team A’ yang diketuai Dr Mahathir Mohamad dan ‘team B’ dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah.
Pertempuran team A dan B bukan sahaja mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden. Ia turut membabitkan jawatan naib presiden dan ahli majlis tertinggi. Cukup sengit. Tuduhan demi tuduhan dilempar antara satu sama lain. Bagi wartawan yang membuat liputan ini adalah perang Umno.
Keputusannya team A menang. Margin undi tipis. Perang tidak habis di situ. Tidak perlu saya menghuraikan, sekadar menyatakan masalah Umno dibawa ke mahkamah yang akhirnya memutuskan Umno diharamkan. Pendek cerita Mahathir tubuh Umno (baru) dan Tengku Razaleigh tubuh Semangat 46.
Lantas perang Umno dan kesannya digunakan Umno khususnya Mahathir untuk tidak ‘mengizinkan’ pertandingan jawatan tertinggi demi perpaduan, keutuhan parti dan segala macam sebab untuk menghalalkan tidak ada pertandingan. Kesimpulannya Mahathir tidak lagi dicabar sejak 1987 sehingga beliau melepaskan jawatan pada 2003.
Untuk berlaku adil saya menegaskan memang ada kewajaran Umno melaksanakan ‘no-contest rule’ kerana perebutan menyaksikan kempen keterlaluan, kutuk-mengutuk, dan maki-memaki. Ini berterusan sehingga keputusan diumum.
Mungkin juga cakap-cakap ‘ayuh rapatkan semula barisan kerana yang menang tidak menang semua yang kalah tidak kalah semua’ sekadar sembang kari? Bagi saya yang menang dan kalah sama bersalah.
Apa pun itu saya simpul orang Umno waktu itu tidak tahu bertanding dengan sihat. Jika istilah ‘dosa’ boleh digunakan itulah ‘dosa besar’ Umno terhadap demokrasi kepartian kerana sejak itu hampir semua parti politik mengikut langkah tidak mempertandingkan jawatan tertinggi atas sebab atau lebih tepat alasan yang Umno guna dulu.
Misalnya PAS yang terkenal dengan wala’ pun terkesan. Pada pemilihan 2023 lima jawatan tertinggi tidak dipertandingkan. Ertinya bukan sahaja jawatan presiden dan timbalannya, jawatan naib presiden juga tidak dipertandingkan. Lebih hebat daripada Umno.
PAS menafikan ada mengeluarkan arahan supaya ‘top 5’ tidak dipertandingkan. Kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden masing-masing hanya ada satu pencalonan. Ertinya Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja yang tercalon lantas mereka tidak dicabar sesiapa.
Bagi pertandingan tiga jawatan naib presiden mulanya ada empat calon yakni tiga penyandang jawatan yang mahu mempertahankan kedudukan dan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang mahu mencuba nasib. Pada saat akhir beliau tarik diri maka jawatan naib presiden tidak ada pertandingan. Tiga penyandang dikekalkan.
Persoalan tercetus: Mengapa tiada siapa yang berminat mencabar jawatan nombor satu dan dua? Mengapa tarik diri berlaku untuk jawatan naib presiden? Adakah kerana berlaku pujuk rayu atau ‘ancaman’ atau semua dilakukan demi cinta dan kestabilan parti? Terpulang interpretasi masing-masing.
Namun, perlu diingat ada berlaku pemilihan untuk jawatan tertinggi PAS pada 2015. Sengit yang akhinya menyaksikan Amanah ditubuhkan, mengingatkan peristiwa Umno 1987. Mungkin sembang kari yang disebut tadi berulang?
Amanah pula punya cara pemilihan tersendiri. Mesyuarat khas ahli jawatankuasa pimpinan nasional pada 2023 mengekalkan Mohamad Sabu sebagai presiden buat penggal ketiga. Mujahid Yusof dipilih timbalan presiden menggantikan Salahuddin Ayub.
Bersatu, rakan PAS dalam Perikatan Nasional, juga menuruti ‘budaya’ tidak ada pertandingan jawatan tertinggi. Tahun lalu presidennya Muhyiddin Yassin mengemukakan formula, atau boleh disifatkan pelan damai, untuk mengelak perebutan sengit antara puak. Kompromi berlaku. Hamzah Zainudin diangkat jadi timbalan presiden menggantikan Ahmad Faizal Azumu yang turun ke jawatan naib presiden. Azmin Ali dijadi setiausaha agung dan Muhyiddin kekal presiden. Aman. Buat masa ini.
Sekarang Setiausaha Politik Perdana Menteri Shamsul Iskandar Akin diberitakan berkata perbincangan sedang dijalankan berhubung langkah tidak ada pertandingan dua jawatan tertinggi PKR, ertinya memastikan Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli kekal presiden dan timbalan presiden.
Pada hemat saya tidak perlu perbincangan kerana ikut logik tidak ada ahli PKR yang mahu masuk gelanggang apabila yang menunggu ialah seorang perdana menteri dan seorang lagi menteri ekonomi, melainkan ada cerita yang tidak diceritakan Shamsul.
Berbalik cerita Umno. Selepas BN yang diterajuinya kalah PRU14, Umno setelah sekian lama mengizinkan pemilihan semua jawatan pada 2018. Lalu 191 bahagian parti seluruh negara memilih pimpinan. KJ sendiri bertanding bersama Tengku Razaleigh menentang Zahid Hamidi untuk jawatan presiden. Zahid menang.
Namun, pada Perhimpunan Agung Umno 2022 diadakan pada 2023, Umno meluluskan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan. Melihat apa yang dilakukan oleh semua parti ini, mungkinkah ini yang dimaksudkan si Abdul Wahib dalam ‘Tiga Abdul’ apabila berkata beliau kepada abangnya Abdul Wahab “ini demokrasi terpimpin”? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/demokrasi-parti-politik-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simpan Dan Kita Lihat Siapa Yang Tidak Menghormati Raja Raja Melayu Hanya Politik Bukan Bangsa Lain Pun

Simpan Dan Kita Lihat Siapa Yang Tidak Menghormati Raja Raja Melayu Hanya Politik Bukan Bangsa Lain Pun

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 103 hits
Harun ShahSimpan untuk anak cucu bukan golongan kita yang tak menghormati Raja Melayu tapi sebaliknya walaun yang tidak menghormati dan derhaka kepada Raja Melayu Kalau suatu masa nanti terjadi apa apa kepada institusi Raja Raja kita jangan...
Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 162 hits
PANDANGANPEMBANGKANG sekarang ini sudah tidak ada tanggungjawab langsung kepada negara Fungsi check and balance yang patut dimainkan dan suatu tugas hakikinya tidak dipraktis langsung Pembangkang hari ini bukan oposisi untuk membantu keraja...
Politik Saham Dr Sam Dah Jatuh

Politik Saham Dr Sam Dah Jatuh

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 81 hits
Hishamuddin AunDaripada diangkat sebagai perdana menteri masa depan ketika PRK Kemaman menteri besar Terengganu kini dipintas pelbagai nama lain Sehingga hari ini peletakan jawatan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam secara mengejut sebaga...
Bantu Petani Pun Puak Berotak Khawarij Buat Isu Politik

Bantu Petani Pun Puak Berotak Khawarij Buat Isu Politik

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 138 hits
Zolkharnain Abidin1 Semua syarikat besar sama ada milik Muslim atau bukan Muslim berbuat kebajikan kepada orang ramai dengan cara masing masing 2 Mereka bantu persatuan sukan persatuan OKU badan amal rumah orang orang tua dan kanak kanak pu...
Akhirnya Terbongkar Siapa Yang Bantah Rupanya Geng Parti Bersatu Siapa

Akhirnya Terbongkar Siapa Yang Bantah Rupanya Geng Parti Bersatu Siapa

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 150 hits
Seorang ahli politik yang merupakan Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara terbuka membantah usaha kerajaan MADANI untuk membina semula Gaza yang dimusnahkan pengganas Israel Naib Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Sri Sanjeevan R...
Manipulasi Fakta Oleh Shahidan Kassim Satu Taktik Politik Usang

Manipulasi Fakta Oleh Shahidan Kassim Satu Taktik Politik Usang

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 142 hits
Zuwairi Md YusofAhli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim baru baru ini mendakwa bahawa kos lawatan kerajaan Madani mencecah RM44 juta dalam tempoh setahun jauh lebih tinggi berbanding RM44 juta yang dibelanjakan sepanjang lima tahun er...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green