Demi Rakyat Cikgu Nasir Cetus Sensasi



BANYAK coretan sejarah perjuangan PAS di kawasan Baling.

Salah satunya ialah kisah PAS menang buat kali pertama di Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) Bayu pada PRU-I4 lalu.

Kemenangan itu membolehkan kerusi DUN Bayu yang juga kubu kuat UMNO-BN sebelum ini, disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Abd Nasir Idris.

Selepas hampir dua tahun berkhidmat untuk rakyat, Abd Nasir kini mencipta fanomena tersendiri di Baling.


Beliau yang mesra membahasakan diri sebagai Cikgu Nasir hari ini semakin dikenali dan disayangi ramai.

Ia ekoran sikap ramah pemimpin berkenaan yang tidak meletakan sebarang syarat atau protokol untuk rakyat berurusan dengannya.

Pengaruh Cikgu Nasir dilihat mula tercetus apabila aktif berkongsi setiap aktiviti di lapangan bersama rakyat di Facebook selain selesa menulis dalam loghat Baling di kebanyakan posting.

Bahkan beliau antara pemimpin PAS yang kerap menegur kerajaan negeri melalui tulisan di Facebook khususnya berkaitan kebajikan rakyat.

Lebih menambah sensasi Abd Nasir apabila namanya pada awal MAC lalu tular kerana dikaitkan dengan calon Menteri Besar Kedah bagi Perikatan Nasional (PN) menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Pakatan Harapan (PH).

Justeru, adakah Bayu menang kerana perawakan Abd Nasir? Atau sebaliknya?

Ikuti penjelasan tuan empunya badan.

Sejarah kemenangan kali pertama PAS di Bayu.

Ketika ditemui di rumahnya, Abd Nasir yang berbaju t-shirt dan berkain pelikat menyambut baik kedatangan wartawan Rentas7.com.

Memulakan bicara, Abd Nasir berkata,sejak PRU diperkenalkan pada 1959, PAS masih belum pernah menang di kawasan berkenaan.

“BN mendominasi kawasan berkenaan sehingga BAYU digelar penduduk termasuk penyokong PAS sendiri sebagai kubu pihak lawan.“Hanya sekali kerusi UMNO digugat iaitu pada I974, menyaksikan calon bebas menang untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi satu penggal.

“Pada PRU-12, sekalipun PAS berjaya menakluk Kedah melalui gabungan Pakatan Rakyat, kerusi DUN Bayu masih belum berjaya dirampas.“Sebaliknya, ADUN UMNO-BN, Datuk Azmi Che Husain berjaya mempertahankan kerusi berkenaan selama dua penggal (PRUI2-PRUI3),”katanya.
Cikgu Nasir kanan bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Pada PRUI4, UMNO akhirnya tewas di DUN Bayu dalam saingan tiga penjuru yang turut melibatkan PH.

Kemenangan julung kali PAS di Bayu itu memahat sejarah tersendiri khususnya buat penyokong dan petugas PAS Kawasan Baling.

Bagi Abdul Nasir Idris, kemenangan tersebut meninggalkan nilai sentimental kepada para petugas dan amilin PAS.

“Melihat kepada sejarah di DUN Bayu ini, ia merupakan antara kubu terkuat BN di Kedah. Maknanya dari PRU pertama hingga PRUI3, DUN ini dikuasai UMNO-BN. Mereka hanya tewas sekali kepada calon bebas pada I974.
Abd Nasir membantu penduduk terjejas akibat wabak COVID-19
“Calon bebas dikenali sebagai Cikgu Rashid ketika itu menggunakan lambang wau bulan untuk bertanding,”katanya.
Banyak faktor kemenangan kali pertama

Nasir mengakui mengangap diri sendiri sebagai calon “underdog” (calon tidak diberikan harapan) berikutan sejarah gah UMN0-BN di kawasan itu.

“Apabila nama saya terpilih untuk bertanding, daripada awal saya menganggap diri sebagai calon underdog.“Walaupun tidak diberikan harapan untuk menang, tapi saya dan PAS Baling mempunyai hasrat dan cita-cita untuk menang,”katanya.
Kata Cikgu Nasir, slogan “ Menang Bayu Menang Kedah” dimainkan ketika kempen pilihanraya bagi membangkitkan semangat jentera pilihanraya berdepan lawan.

Abd Nasir menyampaikan taklimat kepada jentera PAS
“Malah slogan itu kita mainkan sejak sebelum PRUI2,”katanya.
Lebih manis bagi Cikgu Nasir apabila kemenangan pada PRU14 lalu disertai dengan jumlah undi tertinggi pernah diraih setakat ini.

“Tanpa sokongan pengundi PAS dan bukan daripada PAS, kita tidak akan mendapat melebihi I4,000 undi. Kita tidak mampu dan sejarah pilihanraya telah membuktikannya.“Sebelum-sebelum ini kita hanya mendapat sekitar II,000 lebih. Bila ditanya apakah faktor kemenangan?“Bagi saya ia banyak faktor. Antara faktornya, kekuatan jentera, protes pengundi terhadap calon lawan termasuk kelebihan calon PAS yang dikenali.“Pengalaman saya dan isteri berkhidmat sebagai guru selama 35 tahun memberikan sedikit kelebihan kepada saya dan PAS dalam menyentuh hati rakyat,”katanya.
Guna sentuhan guru kepada rakyat

Bekas guru Sains dan Matematik di sekolah kerajaan itu berkata, sepanjang berkhidmat, beliau berusaha mendalami sedalam mungkin permasalahan rakyat di DUN Bayu.

“Alhamdulillah selama setahun menjadi ADUN di sini, banyak respon positif diterima daripada rakyat.“Saya lebih suka menemui rakyat tanpa apa-apa protokol. Itu lebih memudahkan rakyat mendekati kita,”katanya.
Rentas7.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/04/demi-rakyat-cikgu-nasir-cetus-sensasi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Tenang Bila Dengar Tok Abah Berucap Walaupun Tidak Dipilih Beliau Tetap Laksanakan Tugas Dengan Baik Demi Rakyat

Rakyat Tenang Bila Dengar Tok Abah Berucap Walaupun Tidak Dipilih Beliau Tetap Laksanakan Tugas Dengan Baik Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 315 hits
Walaupun mungkin ramai yang kata kami tidak memilih dia untuk jadi Perdana Menteri tetapi beliau sudah lakukan yang terbaik untuk kita semua Insan yang Ohmedia maksudkan adalah Perdana Menteri Malaysia kita ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin yan...
Pks Dukung Pilkada 2020 Ditunda Demi Keselamatan Rakyat Saat Pandemi Corona

Pks Dukung Pilkada 2020 Ditunda Demi Keselamatan Rakyat Saat Pandemi Corona

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 186 hits
Karena yang utama saat ini adalah menjaga keselamatan masyarakat dalam hal ini penyelenggara Pilkada kata dia
Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Mula Diagih Hari Ini

Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Mula Diagih Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 250 hits
Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang yang diumumkan kerajaan negeri pada 25 Mac lalu telah mula diagih pada hari ini kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Katanya seramai 4 700 wira barisan hadapan yang terdiri daripada anggota Majlis Bandaraya Seb...
Oppo Malaysia Menyumbangkan 3 500 Topeng Wajah Kepada Rakyat Malaysia

Oppo Malaysia Menyumbangkan 3 500 Topeng Wajah Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 292 hits
OPPO Malaysia Menyumbangkan 3 500 Topeng Wajah Kepada Rakyat Malaysia Assalammualaikum semua Berita baik untuk anda yang tidak mempunyai topeng wajah Berita penularan jangkitan wabak COVID 19 amat meresahkan kita semua Sementara pihak peker...
Penyaluran Subsidi Tak Lagi Lewat Bumn Tapi Diberi Langsung Ke Rakyat

Penyaluran Subsidi Tak Lagi Lewat Bumn Tapi Diberi Langsung Ke Rakyat

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 133 hits
Beberapa perusahaan yang sedang dikaji untuk tak lagi mengurus subsidi adalah PLN Pertamina dan Pupuk Rencana pengalihan subsidi ini masih dimatangkan bersama kementerian terkait termasuk Kementerian Keuangan
Jangan Sampai Ada Rakyat Yang Tak Makan Mat Sabu

Jangan Sampai Ada Rakyat Yang Tak Makan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 199 hits
Presiden Amanah Mohamad Sabu prihatin kepada nasib rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Beliau menasihatkan para pegawainya agar mendengar rintihan rakyat marhaen dan segera memenuhi keperluan mereka Menurut pegawai khas beli...
Beratus Ratus Rakyat Malaysia Terkandas Di India Akan Dibawa Pulang

Beratus Ratus Rakyat Malaysia Terkandas Di India Akan Dibawa Pulang

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 299 hits
New Delhi Beratus ratus rakyat Malaysia yang masih terkandas di India akan dibawa pulang ke tanah air dengan penerbangan khas dalam tempoh beberapa hari lagi Satu penerbangan dari Tiruchirappalli di Tamil Nadu dijadualkan berlepas ke Kuala ...
Kalau Rakyat Masih Berdegil Who Jangka Kes Covid 19 Malaysia Meningkat Pertengahan April

Kalau Rakyat Masih Berdegil Who Jangka Kes Covid 19 Malaysia Meningkat Pertengahan April

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 301 hits
Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tanda tanda awal Malaysia berjaya mengekang penularan wabak COVID 19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research Perkara in...
Ingkar Pelaksanaan Perintah Berkurung Ini Arahan Presiden Filipina Kepada Polis Dan Tentera Buat Rakyat Takut

Ingkar Pelaksanaan Perintah Berkurung Ini Arahan Presiden Filipina Kepada Polis Dan Tentera Buat Rakyat Takut

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 194 hits
Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan polis dan tentera negara itu untuk melepaskan tembakan jika ada individu mengganggu pelaksanaan perintah berkurung di negara itu Ingkar Pelaksanaan Perintah Berkurung Ini Arahan Presiden Filipin...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025