Dekorasi Ruang Tangga Pasang Spc Flooring Pada Tangga Dan Lantai Tingkat Atas
assalamualaikum 😊
selamat petang.
dari petang semalam Melaka hujan. masih lagi gerimis di luar tu. so far, Melaka masih lagi selamat dari bencana banjir. keadaan masih lagi terkawal setakat sekarang ni hah, jam 5 petang
saya pula, frust skit la, dari pagi try to log in utk declare income tax, tak berjaya 😔. sememangnya menunggu hari ini utk buat declaration. dokumen semua da saya siapkan dari akhir tahun lepas 👌. apabila da tau apa nak declare dan confirm boleh claim refund, hmmmm tak sabar nak submit e-BE tu. refund tu takde niat nak belanja apapun. buat top up perbelanjaan harian aje. nak nyambut Aidilfitri tak lama lagi kan..
kalau entri lepas berkongsi tentang tandas 😅, kali ni excited nak kongsi pula wajah baru tangga kecil rumah saya. ruang tangga ni memang sungguh lama nak buat camni. harga tak murah. sebulan demi sebulan, ketepikan bajet. da cukup, barulah klik klik facebook, survey
👆 teaser 😍
sejak terima kunci rumah kecil ni pada tarikh 20.6.2015 dulu, dah set dah dlm minda apa nak buat. utk miliki rumah berlantikan spc flooring ni adalah salah satu impian. terutama ruang tangga. konsep kayu memang menjadi kesukaan saya dan mr.Asben
perkongsian saya ni adalah untuk beri inspirasi kpd semua. manalah tau ada yg sedang mencari-cari idea nak upgrade dekorasi rumah utk Syawal yg tak lama lagi ni kan 😊
lantai tangga asal
ruang lantai kecil di tingkat atas
👉 lantai rumah kami tidak bersih.seperti masalah tandas, pemaju rumah kami tidak menyediakan lantai yg baik. walaupun pernah dimasukkan dalam complaint form, pembaikan dibuat acuh tak acuh. ada kesan simen yang memang tak boleh nak hilang. ada kesan karat yang amat menyakitkan mata. ada juga beberapa kesan cat yang jugak amat degil, tak boleh tanggal
sebab itu, SPC(Stone Plastic Composite) flooring ni menjadi impian saya sendiri. bila tgk drama melayu, nampak lantainya ala-ala kayu gitu, amat cantik dipandang mata. sejuk aje rasanya
so now, kami dahulukan ruang tangga terlebih dahulu. sebab bajet yg ada byk tu aje 😃.
Envio Luxury
SPC Luxury Tiles 💜
details pilihan kami 👆
Code : S302
ketebalan : 4mm
environmental friendlylow VOCeasy installationwaterprooffire resistanttermite freeslip resistantfloating system
👉 antara vinyl dan spc flooring?saya tak berapa pandai utk explain in detail tentang 2 item ni. di peringkat awal, bila survey for quotation, memang terus pilih vinyl flooring sebab lebih murah more or less RM500. walaupun hanya RM500, besar nilainya
tetapi, apabila berjumpa dgn Zarif, kontraktor yg saya setuju utk pasangkan flooring, ditunjukkan contoh material vinyl dan spc, saya berubah memilih spc. terus jatuh cinta. terus pilih warna yg berkenan di hati 💜
masa tu Zarif bawa sekali sample vinyl dan spc utk kami pilih nak warna apa. waktu tu la kami bertanya details tentang beza vinyl dan spc. spc lebih cantik, lebih tebal.
2 pilihan terakhir 😍
👍 kiri menjadi pilihan
utk lantai, jika pasang spc flooring, tak payah gam, akan guna interlocking system. best. tapi, utk tangga, sama je mcm pasang vinyl, mesti gam
[ menarik utk dibaca 👉 lantai epoxy coating utk elak masalah tandas bocor ]
👇 di bawah ni adalah hasil by Zarif selepas hari pertama, dari jam 10 pagi hingga jam 5 petang, lebih kurang. kemas. nice. hampir siap tampal semua spc. hanya tinggal nak tampal pvc profile utk kemasan di tepi-tepi.
tangga bawah
tangga atas
koridor depan bilik
lantai tingkat atas
😀 semalaman teruja nak lihat hasil 100%. terbayang-bayang dah keindahan ruang tangga hasil kerja Zarif and the gang. tiada bau gam yang kurang menyenangkan. bila dipijak mlm tu, terasa selesa. tapi masih berhati-hatilah sebab profile masih belum dilekatkan
keesokan petang, sudah siap 😍
skirting tu vinyl, bukan spc
utk skirting, kami tak pecahkan tiles asal. utk kurangkan habuk dan sepah rumah. menurut Zarif, itu tambah kos dan tambah sepah 😄, kebetulan dinding kami ada wallpaper. takot-takot rosakkan wallpaper pula. kami setuju. so, mencantikkannya, tampalkan dgn vinyl je. cantik juga
pilihan warna utk skirting dan profile, kami serahkan kpd Zarif
alhamdulillah semua ok di mata kami 😍
kemas hasil kerja Zarif 👍
lantai atas tidak digam
guna interlocking system
kemasan ditepi guna pvc profile. tanpa skirting
utk menutup ruang tepi yang ditinggalkan sedikit utk spc kembang kuncup
tanpa skirting kerana mudah utk maintenance lantai kemudian hari
spc ni, if digamkan ke lantai, dia tidak kembang kuncup
tapi bila guna interlocking system, ia akan ada proses semulajadi kembang kuncup
😍
kos.
kalau mahir, boleh saje buat sendiri. ada saje yg share di youtube d.i.y pasang lantai vinyl or spc ni. tapi tu la, pada saya, tak mudah! terutama tangga. rumit. sebab tu nak buat flooring di tangga, harganya lebih mahal dari buat lantai. utk projek saya ni, jumlah keseluruhan ialah RM3000. harga yang berbaloi dengan apa yg saya perolehi termasuk kepuasan hati. alhamdulillah
fefeeling istimewa di rumah sendiri, itu la perasaan yg saya nak wujudkan di rumah 😄. setiap sudut saya nak jadikan ia luar biasa. tak nak biasa-biasa aje. tapi bajet sederhana la ha ha ha ha ha... menabung setahun dua tahun, barulah impian terlaksana. skit skit lama-lama menjadik juga
selesa sgt rasa kaki ni pijak. tak sejuk. smooth. yg penting, cantik! ha ha ha ha..
selesai. next, nak perbaiki dinding yg lembab. cat semula. nak beli frame besar kat KAISON utk kawasan tangga ni. moga sempatlah sebelum 1 Syawal 💜
👋
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2023/03/dekorasi-tangga-pasang-spc-flooring.html