Dego Ride Dahulu Diharamkan Sekarang Beroperasi Dengan Peluang Pekerjaan Bagi 5000 Anak Muda Syed Saddiq


Selepas hampir dua tahun diharamkan, perkhidmatan teksi motosikal pertama di Malaysia, Dego Ride kembali beroperasi hari ini dengan sasaran mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan, khususnya untuk belia dari golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Penunggang berdaftar dengan syarikat e-panggilan perkhidmatan pengangkutan menggunakan motosikal itu yang diharap dapat mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak, ditawarkan gaji antara RM1,500 hingga RM3,500 sebulan, lapor BH Online.
Dego Ride menjadi bualan orang ramai sebaik memulakan perkhidmatan teksi motosikal pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50, namun hanya terhad kepada perjalanan sejauh tiga kilometer di sekitar Lembah Klang.
Kewujudan perkhidmatan yang disifatkan sebagai ‘pengangkutan pengantara’ itu bagaimanapun diharamkan oleh kerajaan terdahulu dengan alasan boleh mendatangkan pelbagai risiko dan membahayakan pengguna serta menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pada Februari 2017, Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dilaporkan berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan kementerian berkenaan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride susulan faktor keselamatan.
Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj pada sidang media hari ini, berkata hanya individu berusia 18 tahun ke atas, memiliki lesen B dan perlindungan insurans dibenarkan mendaftar sebagai penunggang sepenuh masa atau sambilan dengan syarikat berkenaan.
Syarat lain, katanya, pemohon perlu memiliki motosikal berkuasa 150cc ke atas yang tidak diubah suai dan dibenarkan beroperasi serta-merta di sekitar Lembah Klang, Shah Alam serta Putrajaya sekiranya permohonan mereka diluluskan.
“Setakat ini, kami sudah luluskan 700 daripada lebih 4,000 permohonan untuk menjadi penunggang Dego Ride termasuk 50 daripada 100 pemohon wanita.
“Penunggang lelaki hanya dibenarkan membawa penumpang sama jantina dan begitu juga sebaliknya. Perjalanan dihadkan sejauh 10 kilometer,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis perasmian pejabat urusan Dego Ride oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sini.
Untuk penumpang, Nabil Feisal Beliau menegaskan, mereka akan dilindungi insurans disediakan Dego Ride sebagai jaminan keselamatan jika terbabit kemalangan.
“Kami menetapkan sasaran memperluaskan perkhidmatan ini ke negeri-negeri lain menjelang Mac depan,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Operasi Perniagaan Dego Ride, Syed Muhammed Abu Bakar, menjelaskan tambang RM3 ditetapkan bagi kilometer pertama, diikuti tambahan RM1 bagi setiap kilometer seterusnya.
“Bagaimanapun, kadar tambang lebih tinggi bagi operasi di luar waktu puncak, namun perinciannya belum boleh didedahkan kepada umum.
“Kami juga menyasar memperluaskan perkhidmatan ini menggunakan kereta, tetapi fokus utama ketika ini adalah perkhidmatan teksi motosikal,” katanya.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau berkata dahulu Dego Ride diharamkan tapi kini telah meneruskan operasi mereka semula.
“Dahulu diharamkan, Sekarang beroperasi dengan peluang pekerjaan bagi ~5000 anak muda yang majoriti dari kumpulan B40 bermotosikal, dengan gaji RM1500-RM3500. Alhamdulillah.
“Tahniah Saudara Nabil, pengasas Degoride.
Syed Saddiq turut meletakkan harapan dan doa agar Dego berkembang besar seperti GoJek dan GRAB suatu hari nanti.
“I hope & pray that one day you’ll grow as big as GoJek & GRAB.
“Mulai 1 Januari, Bike-hailing dibenarkan! Tahniah Nabil & Keluarga Degoride. Moga Allah berkati usaha saudara.” Katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/dego-ride-dahulu-diharamkan-sekarang-beroperasi-dengan-peluang-pekerjaan-bagi-5000-anak-muda-syed-saddiq/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suara Anak Muda Keramat Tun Setuju Tangguh Mansuh Elaun Kritikal Syed Saddiq

Suara Anak Muda Keramat Tun Setuju Tangguh Mansuh Elaun Kritikal Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 274 hits
Baru baru ini Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 dilapor telah memansuhkan sembilan elaun termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal melibatkan lantikan baharu berkuatkuasa 1 Januari 2020 P...
Elaun Kritikal Dimansuhkan Mana Syed Saddiq Pejuang Anak Muda

Elaun Kritikal Dimansuhkan Mana Syed Saddiq Pejuang Anak Muda

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 532 hits
Penjawat awam yang menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal sedia ada tidak akan terjejas dengan pemansuhan elaun itu kerana perlaksanaannya hanya melibatkan pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020 Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pe...
Dego Ride Kembali Beroperasi Setelah Mendapat Kelulusan Khas Kabinet

Dego Ride Kembali Beroperasi Setelah Mendapat Kelulusan Khas Kabinet

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR 1 Jan Perkhidmatan teksi motosikal tempatan Dego Ride kembali beroperasi hari ini setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perkhidmatan itu dijangka mampu me...
Perkhidmatan Dego Ride Kembali Beroperasi Hari Ini

Perkhidmatan Dego Ride Kembali Beroperasi Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 357 hits
https ift tt 359JyTj Masihkah anda ingat dengan perkhidmatan seru motor pada tahun 2017 Selepas lebih dua tahun diharamkan kerajaan atas sebab keselamatan ia kini beroperasi semula hari ini Menerusi perkhidmatan teksi motosikal ini pengguna...
Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 652 hits
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dilaporkan bakal dimansuhkan menjelang Januari 2020 Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam pemberian BIPK adalah berdasarkan kriteria khusus antaranya ciri ciri penawaran yang rendah serta sukar melakukan p...
Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 809 hits
Nampaknya Menteri Belia Dan Sukan kita Syed Saddiq telah bersuara gais Baru baru ini ada yang mengatakan bahawa bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang merupakan bayaran elaun kepada Doktor Pharmachist dan Nurse bakal dimansuhkan pada J...
7 Eleven Malaysia Mengambil Pegangan Pada Dego Ride Perkhidmatan Penghantaran Dan Teksi Motosikal

7 Eleven Malaysia Mengambil Pegangan Pada Dego Ride Perkhidmatan Penghantaran Dan Teksi Motosikal

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 405 hits
7 Eleven merupakan salah satu kedai yang sedia popular di Malaysia dengan penawaran cawangan meluas termasuk operasi selama 24 jam Terbaru melalui pemfailan Bursa Malaysia 7 Eleven mengumumkan yang mana mereka akan mengambil pegangan pada s...
Anak Sekarang Memang Tak Boleh Berpisah Dengan Gajet Mama Papa Kena Kreatif Alih Perhatian Si Kecil

Anak Sekarang Memang Tak Boleh Berpisah Dengan Gajet Mama Papa Kena Kreatif Alih Perhatian Si Kecil

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 296 hits
Inginkan anak yang lebih aktif kreatif dan juga lebih sihat Caranya mudah sahaja kurangkan waktu anak anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka Zaman sekarang kalau tak ada gajet tak tengok tv boleh jadi katak bawah tem...
Anak Asthma Dulu Kerap Neb Sekarang Tiada Lagi

Anak Asthma Dulu Kerap Neb Sekarang Tiada Lagi

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 354 hits
Maryam ada asthma Benda paling saya bersyukur Allah bukakan hati resign 6 tahun lepas adalah saya boleh jaga Maryam sendiri Dia sensitif pada suhu Tak boleh terlalu panas tak boleh terlalu sejuk Makan tak boleh sebarangan Kena yang organik ...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Perempuan Melawan Lara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Evolution Of Phones From Early Communication To Smart Technology

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope