Deepavali Lebih Bermakna Bersama Ayah Dan Ibu Baharu


Berkongsi kasih biarpun tiada pertalian darah, tidak membataskan hubungan buat pasangan India, L. Linda Kasturi dan suaminya, R. Karthik bersama ‘ayah’ dan ‘ibu’ baharu yang berlainan bangsa dan agama.
Bahkan, sambutan Hari Deepavali pada hari ini juga turut diraikan bersama keluarga baharu itu, iaitu Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan Rohayati Salleh, 46, yang sudah tinggal bersama mereka sejak enam bulan lepas, walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini.
Linda, 39, mengakui perayaan Pesta Cahaya kali ini ternyata berbeza seperti tahun sebelumnya, memandangkan kedua ibu bapa baharunya itu turut bersama meraikannya selain turut ‘melengkapkan’ lagi keluarganya, meskipun perayaan itu disambut secara sederhana.
“Jika ‘ayah dan ibu’ tidak tinggal bersama, mungkin saya tidak akan sambut Hari Deepavali pada hari ini berikutan rumah dilanda banjir baru-baru ini, sehingga menyebabkan saya hilang semangat untuk menyambutnya.
“Bagaimanapun, ia merupakan pengalaman pertama ibu dan ayah menyambut Deepavali, jadi saya tetap teruskannya juga supaya mereka dapat merasai pengalaman baharu ini,” katanya kepada Bernama.
Pada 10 November lepas, Bernama melaporkan mengenai Linda dan suaminya, R. Karthik, 35, telah mempelawa Mohamad Fakhrulzaman dan Rohayati yang mesra dipanggil ayah dan ibu untuk tinggal bersama sejak enam bulan lepas.
Kedua-dua mereka hanya dikenali ketika Linda dan suami yang menjalankan perniagaan perabot terpakai, ingin membeli sebuah peti ais yang dijual pasangan itu, ekoran kesempitan hidup berikutan diberhentikan kerja sebagai tukang masak susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.
Mengenai soal makanan, ibu kepada dua anak berusia 10 bulan dan 11 tahun itu berkata, dia turut dibantu ibunya dalam menyediakan juadah tradisional India, sebagai persiapan menyambut Hari Deepavali.
“Paling menarik, kami sekeluarga masak bersama-sama. Malam tadi, ibu dengan ibu kandung saya iaitu S. Kamala Devi sama-sama membuat kuih muruku. Pagi tadi pula, kami masak tosai dan idli untuk sarapan pagi dan sekejap lagi kami akan masak nasi briyani dan ayam sambal, yang merupakan makanan kegemaran ayah,” katanya.
Tambahnya, ia mampu merapatkan lagi hubungan mereka, selain turut berharap akan berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri dan berpuasa pada Ramadan kelak, bersama keluarga baharunya itu.
Dalam pada itu, Mohamad Fakhrulzaman berkata, tidak ada istilah janggal baginya bersama ahli keluarga lain, untuk menyambut Hari Deepavali kerana mereka sudah dianggap seperti keluarga sebenar.
Berkongsi pengalamannya, Mohamad Fakhrulzaman mengakui rasa teruja kali pertama menyambut perayaan itu, selain turut dapat memahami budaya dan perayaan kaum lain.
“Dari segi tradisi, makan kuih tradisional dan juadah bersama keluarga serta memberi duit raya, ia sama seperti kaum Melayu meraikan Hari Raya Aidilfitri.
“Kasih sayang yang tulus sesama keluarga itu lebih penting meskipun berlainan agama dan bangsa. Ia tidak menjadi masalah kerana kami menghormati kepercayaan dan agama masing-masing,” katanya. – BERNAMA
(VIDEO] Deepavali punya pasal, sanggup pandu lawan arus di Lebuhraya PLUS

The post Deepavali lebih bermakna bersama ‘ayah’ dan ‘ibu’ baharu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/14/deepavali-lebih-bermakna-bersama-ayah-dan-ibu-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Pasir Mainan Guna Bijirin Lebih Selamat Kalau Bayi Termakan Ibu Ini Kongsi Baby Hack

Buat Pasir Mainan Guna Bijirin Lebih Selamat Kalau Bayi Termakan Ibu Ini Kongsi Baby Hack

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 560 hits
Lebih banyak aktivti sensori boleh dilakukan bila bayi sudah boleh duduk Rangsangan motor halus ini boleh jadikan bayi anda bijak Mama dan papa boleh sediakan bahan bahan mainan ini bukan susah mana pun kerana ia adalah barangan asas yang s...
Boleh Jadi Anak Yang Kita Geram Marah Masa Kecil Bila Besar Kebanggaan Ibu Ayah

Boleh Jadi Anak Yang Kita Geram Marah Masa Kecil Bila Besar Kebanggaan Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 342 hits
Setiap kelahiran anak tak kiralah anak lelaki atau perempuan mereka sememangnya mempunyai kelebihan Cumanya ia belum terserlah sewaktu usianya masih kecil Jika kita rasa penat dengan pelbagai cabaran sepanjang mereka nak membesar ingatlah i...
Jumlah Perniagaan Baharu Didaftar Lebih Tinggi Daripada Yang Ditutup

Jumlah Perniagaan Baharu Didaftar Lebih Tinggi Daripada Yang Ditutup

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 207 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Jumlah perniagaan baharu didaftarkan pada bulan Mac sehingga Oktober tahun ini melebihi jumlah perniagaan yang ditutup pada tempoh sama Menurut data Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebanyak 281 781 perniagaan baharu...
Umur 3 Tahun Boleh Mula Asingkan Tempat Tidur Penting Untuk Jaga Aurat Ibu Ayah

Umur 3 Tahun Boleh Mula Asingkan Tempat Tidur Penting Untuk Jaga Aurat Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 515 hits
Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting ya Berapa banyak kes kes yang tidak kita jangka berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak anak tidak diasingkan Menurut Penulis Ilmu Keibubapaan Puan anak melihat apa yang b...
Ibu Berpantang Jemu Makan Roti Biskut Cuba Resipi Ni Lebih Kenyang Badan Cergas

Ibu Berpantang Jemu Makan Roti Biskut Cuba Resipi Ni Lebih Kenyang Badan Cergas

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 595 hits
Dalam pantang menu nak makan agak terhad sikit Kebanyakan ibu risau takut tempat luka gatal angin dan macam macam lagi kan Jadinya rata rata selesa ambil langkah selamat Mungkin untuk menu makan tengah hari dan makan malam bolehlah gilir gi...
Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 562 hits
Bila di rumah dialah paling nakal paling kuat menyakat tapi bila dikalangan kawan kawan guru dan orang luar anak jadi pendiam menyendiri dan takut untuk bersuara Apakah ada antara anak anak kita yang bersikap begini Apa yang dinyatakan di a...
Covid 19 900 Sembuh Lebih Tinggi Daripada Kes Baharu

Covid 19 900 Sembuh Lebih Tinggi Daripada Kes Baharu

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM 2 NOV Sebanyak 900 kes Covid 19 disahkan sembuh hari ini lebih tinggi daripada 834 bilangan kes baharu Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan itu menjadikan keseluruhan kes pulih dan dibenarkan keluar hospital ialah 23 120 k...
Punca Anak Tak Takut Bila Ibu Ayah Marah Sebab 7 Kesilapan Ni Jangan Kita Menyesal

Punca Anak Tak Takut Bila Ibu Ayah Marah Sebab 7 Kesilapan Ni Jangan Kita Menyesal

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 330 hits
Sebagai ibu bapa kita pun ada kesilapan dalam mendidik anak Cuma kita tak sedar dan asyik nampak hanya kesilapan anak sahaja Ingat didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan Anak anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yan...
Muruku Cheese Buat Deepavali Lebih Istimewa

Muruku Cheese Buat Deepavali Lebih Istimewa

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 365 hits
Muruku dan Deepavali sangatlah sinonim Sama jugalah dengan hari raya dengan lemang Senang cakap kena ada Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah sepanjang Deepavali nanti Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih sedap ...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Gugur Air Mata Tracie Sinidol Cerita Kepayahan Jadi Anak Perantau Berita Kehilangan Nenek Paling Menyakitkan

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang