De5 Homestay


Hari ini Tedi nak promosi sebuah homestay Wakaf Bharu juga homestay Tumpat kepada mereka yang mahu menginap di Negeri Kelantan Darul Naim.
Karangan mengenai De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat ini dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti Harga, Pengenalan, Tempat menarik,Nombor telefon De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat, Lokasi De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat, De5 Homestay penuh?, Masalah dengan De5 Homestay?, dan Penafian.
 
Harga sewa De5 Homestay Wakaf BharuHarga semalaman: MYR 140.00 sahaja.

Hubungi:
  012-929 2102 (Cikgu Ismail - telefon dan Whatsapp)Selain kadar semalaman (boleh bincang), De5 Homestay yang turut terletak dalam jajahan Tumpat juga terima sewaan sehingga sebulan terutamanya orang luar yang punyai kerja di sekitar Kota Bharu dengan harga yang lebih berpatutan.
Harga ini adalah harga baru semenjak Oktober 2019 sebab De5 homestay telah dipasang penghawa dingin.
Tuan homestay telah mendapati unit ini diiklankan dalam Booking.com dengan harga RM 176 semalaman, ternyata itu adalah satu penipuan. 
PengenalanDe5 Homestay (dibaca Delima Homestay atau The Lima Home Stay) adalah sebuah inap desa (homestay) di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Kelantan di Jalan Bunut Susu - Kubang Batang. Homestay ini terletak di jajahan Tumpat, berhadapan jalan Bunut Susu menjadikannya salah sebuah homestay Wakaf Bharu atau homestay Tumpat.
Homestay Kampung Delima ini terletak berhadapan (seberang jalan) Masjid Mukim Delima. Di sekitarnya terdapat Homestay Kita, kedai menjual kuih-muih, kedai menjual nasi berlauk dalam jarak berjalan kaki. Jika anda rajin berjoging anda boleh menyaksikan pemandangan sawah padi dan tali air. Di sawah padi ada burung dan jika bernasib baik pada musim menuai anda boleh bergambar dengan mesin padi.
De5 Homestay Wakaf Bharu adalah sebuah rumah dengan:
2 bilik dengan penyaman udara dan katil bersaiz queen,1 tandas,1 bilik air,ruang tamu,dapur dengan meja makan dan peralatan memasak,halaman yang boleh memuatkan hingga 3 buah kereta.Setiap bilik dan ruang tamu punyai kipas siling. De5 Homestay juga telah dipasang penyaman udara semenjak September 2018 berdasarkan komen tetamu.

 
Tempat menarikBerikut adalah beberapa tempat menarik yang menjadi destinasi kepada para penyewa De5 Homsetay Wakaf Bharu ini:
Masjid Mukim Delima / Masjid Kampung Delima (30 meter)Klinik Delima (200 meter)Masjid Mukim Teliar, Bunut Susu (1.4 kilometer)Masjid Kubang Batang (menjadi tumpuan bergambar)Kedai Dobi Layan Diri 24 jam De' Salju Laundry (2.5 kilometer) - boleh basuh baju layan diri guna token dan syiling 50 sen baru, sabun dan pelembut percuma, ada khidmat angkatkan cucian yang telah selesai.Pekan Wakaf Bharu (3 km)Stesen Keretapi KTMB Wakaf Bharu (4.8 km)Masjid Diraja al-Ismaili Pasir Pekan (7.2 km)Kolej Komuniti Pasir Pekan (7 km)Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pasir Pekan (8.5 km)TESCO Kota Bharu (10.1 km)Wakaf Che Yeh (10 km)Hospital Tumpat (10.5 km)Stadium Sultan Muhammad IV (10.5 km) - stadium rasmi The Red Warrior, this is Kota Bharu.Pasar Siti Khadijah (10.8 km)Bazar Tok Guru (11.3 km) - beli tudung, baju, barang kosmetik, batik sama ada kain atau baju batik, periuk kuali.Hospital Raja Perempuan Zainab 2 / Hospital Kota Bharu (13.7 km)Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor (17 km)Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa (18.9 km)Pantai Cahaya Bulan (19.9 km)MRSM Tumpat (20 km)Pantai Sri Tujuh dan Pantai Geting (20 km)Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang (30 km)Anda boleh juga meminta nasihat perjalanan kerana Kota Bharu juga ada kesesakan lalu lintas.
Selain itu oleh kerana Negeri Kelantan terkenal dengan juadah pelbagai jenis nasi berlauk, nasi air, nasi air dingin, nasi kerabu, nasi dagang dan macam-macam jenis nasi lagi, anda boleh bertanya kepada Cikgu Ismail di mana destinasi untuk makan-makan.
Hubungi:
 012-929 2102 (Cikgu Ismail - telefon dan Whatsapp) 
Kelengkapan yang disediakanDisediakan pinggan mangkuk, dapur gas, dan peti ais mini... sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan tak perlulah bawa pinggan mangkuk sendiri.

Bilik di De5 Homestay ni cuma ada 2 buah sahaja. Gambar di atas adalah gambar bilik pertama yang disediakan juga sejadah dan bantal lebih. Ada katil dan juga ruang yang agak lapang untuk penginap bentangkan toto atau tikar untuk tidur di bawah.
De5 Homestay menyediakan toto dan bantal lebih untuk para penyewa sesuai dengan konsepnya mesra keluarga.
Untuk tempahan di musim perayaan, kena awal-awal sikitlah ya, sebab di Kelantan ni hotel dan homestay macam durian panas baru gugur. Selalunya penyewa terdiri daripada mereka yang balik kampung semasa musim perayaan, rombongan kahwin, para pelancong, dan mereka yang ada kerja sementara di Kota Bharu. 
Nombor telefonHubungi:
 012-929 2102 (Cikgu Ismail - telefon dan Whatsapp)Itu sahajalah, kalau nak tau lebih lanjut boleh bertanya terus kepada tokay homestay, Cikgu Ismail di nombor telefon 012-929 2102. 
 
Peta Lokasi De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat:Peta lokasi De5 Homestay. Sila set Waze elakkan jalan kampung kerana anda mungkin akan dibawa melalui jalan tali air yang hanya boleh muat sebuah kereta.
De5 Homestay terletak di sebelah Jalan Bunut Susu - Kubang Batang. Oleh itu jika anda dibawa melalui jalan kecil, boleh keluar semula ke jalan besar dan teruskan perjalanan. Perhatikan papan tanda ke Kampung Delima.

Ini pula gambaran melalui Google Street View tetapi gambar ni semasa De5 Homestay masih dalam pembinaan.

De5 Homestay penuh?Jika De5 Homestay Wakaf Bharu sudah penuh, anda boleh sahaja bertanya kepada Cikgu Ismail jika ada homestay lain yang berdekatan.
Cikgu Ismail yang Tedi kenali tidak keberatan membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Masalah dengan De5 Homestay?Jika anda ada sebarang masalah berkenaan De5 Homestay, boleh maklumkan kepada Cikgu Ismail untuk diperbaiki pada masa akan datang.
PenafianDe5 Homestay didapati telah disewakan melalui Booking.com oleh individu tidak dikenali dengan bayaran RM 176 semalam. De5 Homestay tidak bertanggungjawab dengan tempahan melalui laman web Booking.com tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2016/07/de5-homestay-kampung-delima-wakaf-bharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
36 Senarai Homestay Resort Chalet Pengkalan Balak Melaka Beserta Contact Number

36 Senarai Homestay Resort Chalet Pengkalan Balak Melaka Beserta Contact Number

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 554 hits
36 Senarai Homestay Resort Chalet Pengkalan Balak Melaka Beserta Contact Number Pengkalan Balak Melaka adalah satu satu pantai yang menjadi ramai pilihan untuk bermandi manda atau berkelah bagi yang tinggal di Selatan Semenanjung Bagi mama ...
Cameron Highland Homestay Muslim

Cameron Highland Homestay Muslim

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 496 hits
PENGINAPAN MUSLIM DI CAMERON HIGHLAND CUTI CUTI CAMERON HIGHLAND MUSIM PANDEMIK 2021CAMERON HIGHLAND SESAK YAK MAT UIIII Mohon bertabahlah ye kalau naik atas sinun Berderet deret Sepanjang jalan lampu merah Ciksu sampai tak tau rasa apa dah...
Homestay Di Rantau Panjang Kelantan

Homestay Di Rantau Panjang Kelantan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 515 hits
Sekarang ni cuti raya cina Mesti u ols gi jejalan kan Kalau di Kelantan tak kira cuti apa pon mesti penuh dalam bandar Kota Bharu Rantau Panjang Pengkalan Kubor Wakaf Che Yeh Tu antara tempat yang mesti u ols pergi kalau ke Kelantan Dah ke ...
Bina Homestay Chalet Kontena

Bina Homestay Chalet Kontena

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 142 hits
Sudah agak lama I memasang impian dan cita cita untuk nak bina Homestay atau Chalet Kontena ni memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi oleh mak dan sebahagian lagi yang I beli hanya selang 1 tuan jer dari tanah yang mak bagi tu...
7 Cara Terbaik Meningkatkan Tempahan Homestay Anda

7 Cara Terbaik Meningkatkan Tempahan Homestay Anda

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 194 hits
Homestay merupakan satu peluang yang baik untuk menambahkan pendapatan Konsep homestay yang sesuai merupakan aset berguna kepada ownernya untuk menjana pendapatan Namun begitu salah faham tentang homestay menyebabkan homestay kita terbiar t...
Senarai Hotel Chalet Homestay Pantai Batu Hitam Kuantan Pahang

Senarai Hotel Chalet Homestay Pantai Batu Hitam Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 432 hits
Berikut merupakan senarai chalet hotel tempat penginapan di pantai batu hitam kuantan 1 Black Stone Resort Lot 1457 Km 10 Jalan Kuantan Kemaman Pantai Batu Hitam 26100 Kuantan Pahang 544 7822 2 Izmah Homestay Dekat P Batu Hitam 217 Jalan Su...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation