Datuk Panglima Datin Dan Datuk Palsu Ditahan




MELAKA: Polis menahan tiga ahli perniagaan, termasuk sepasang suami isteri, disyaki menjadi dalang gerakan kumpulan menggunakan gelaran 'Datuk' palsu di negara ini

Individu berusia 43 hingga 57 tahun itu yang ditahan di Bangi, Selangor, 30 Januari lalu, disyaki menjadi pengasas, pegawai seranta dan sekretariat kumpulan dikenali sebagai Gabungan Dato'-Dato' Malaysia (GDDM) dipercayai aktif sejak dua tahun lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata penangkapan mereka adalah yang pertama mengikut Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 (Akta 787).
Beliau berkata, gerakan kumpulan dikatakan menerima penganugerahan darjah kebesaran dari negara jiran oleh `Soltan Keradjaan Indragiri' itu dikesan sejak Ogos lalu selepas mengadakan majlis makan malam beradat di sebuah hotel di negeri ini.
Katanya, hasil siasatan mendapati kira-kira 120 individu menghadiri majlis anjuran GDDM bersama sebuah pertubuhan itu dengan memakai pakaian istiadat dan darjah kebesaran tersendiri.
Beliau berkata, ia diketuai suspek berusia 43 tahun dengan menggunakan gelaran 'Datuk Panglima' yang palsu.
"Hasil risikan, polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek dan merampas pelbagai barangan, termasuk sijil watikah, titah penganugerahan darjah kebesaran, surat 'Kesoltanan Keradjaan Indragiri', kain selempang serta pelbagai barangan berkaitan istiadat palsu itu.
"Polis Kontinjen Melaka adalah yang pertama di negara ini menggunakan Akta 787 untuk mengambil tindakan ke atas individu disyaki mempunyai gelaran darjah kebesaran palsu serta tidak diiktiraf, termasuk dari negara jiran," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Abdul Majid memaklumkan hasil semakan dengan kerjasama Bahagian Istiadat dan Urus Setia Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, ketiga-tiga suspek didapati tidak pernah ada rekod sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) serta Darjah Kebesaran Bergelar Negeri (DKBPN).
Beliau berkata, kumpulan terbabit dipercayai menggunakan gelaran 'Datuk' palsu untuk tujuan perniagaan, penipuan dan pengaruh, selain mengaburi mata pihak berkuasa.
"Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Melaka dan arahan pertuduhan ke atas ketiga-tiganya sudah diperoleh.
"Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenang mempercayai sebarang tawaran memiliki gelaran 'Datuk', dan perlu menyemak terlebih dahulu dengan agensi berwajib," katanya

Sumber: BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/03/datuk-panglima-datin-dan-datuk-palsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Ditahan Guna Gelaran Datuk Datin Palsu

Tiga Ditahan Guna Gelaran Datuk Datin Palsu

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 281 hits
161 total views 161 views today MELAKA 4 Mac Tiga orang termasuk sepasang suami isteri menjadi individu pertama di negara ini ditahan menurut Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 selepas dipercayai menggunakan gelaran Datuk da...
Datuk Seri Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis

Datuk Seri Ditahan Kerana Ugut Inspektor Polis

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 288 hits
JOHOR BAHRU Seorang lelaki mengaku Datuk Seri ditahan selepas mengugut dua mangsa termasuk seorang anggota polis berpangkat Inspektor Khamis lalu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Datuk Seri berusia 56 tahun itu ditaha...
Kong Mou Scammer Vaksin Palsu China Ditahan Selepas Meraih Rm11 51 Juta

Kong Mou Scammer Vaksin Palsu China Ditahan Selepas Meraih Rm11 51 Juta

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 254 hits
Pihak berkuasa China memberkas seorang dalang sindiket vaksin palsu di China yang meraih sekiar 2 8 juta ataupun sekitar RM11 51 juta Lelaki tersebut bernama Kong Mou telah menjual vaksin C0 VID palsu Di mana ianya hanyalah saline solution ...
Ubah Suai Kenderaan Pengubah Suai Kelajuan Bunyi Motosikal Ditahan

Ubah Suai Kenderaan Pengubah Suai Kelajuan Bunyi Motosikal Ditahan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 398 hits
Kelicikan seorang mekanik muda mereka cipta perisian dan aplikasi haram bagi meningkatkan keupayaan kelajuan serta mod bunyi motosikal membawa padah apabila berjaya dikesan pihak polis Ia selepas motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau Ysuku mili...
Kakak 12 Tahun Terpaksa Jaga 5 Adik Ayah Ditahan Polis Ibu Pula Tak Mahu Jaga

Kakak 12 Tahun Terpaksa Jaga 5 Adik Ayah Ditahan Polis Ibu Pula Tak Mahu Jaga

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 553 hits
Besarnya dugaan mu dik Sepatutnya dalam usia ini tengah seronok belajar dan menimba ilmu di sekolah namun atas kekangan dan masalah keluarga niat itu terpaksa dipendam oleh seorang kakak demi menjaga adik adik yang masih kecil Tanpa kasih s...
Pelajar Tingkatan 5 Antara 6 Ditahan Polis Rampas Dadah Rm118 565

Pelajar Tingkatan 5 Antara 6 Ditahan Polis Rampas Dadah Rm118 565

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 270 hits
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata siasatan mendapati sindiket itu menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lalu dan semua dadah seberat 3 228 4g tersebut untuk pasaran di sekitar negeri ini ...
205 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Imigresen Di Pudu

205 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Imigresen Di Pudu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 374 hits
Dalam operasi Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di sebuah pangsapuri di Pudu malam tadi kebanyakan warga asing yang ditahan adalah atas kesalahan tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan atau pekerjaan KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Kua...
6 Lelaki Ditahan Curi Elektrik Untuk Lombong Bitcoin

6 Lelaki Ditahan Curi Elektrik Untuk Lombong Bitcoin

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 387 hits
Polis dengan kerjasama TNB bongkar kegiatan melombong Bitcoin secara haram di sekitar Bukit Mertajam SEBERANG PERAI Enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong wang kripto...
Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Klia Airspace To Close August 26 31 For Merdeka Malaysia Airlines Retimes Flights Urges Passengers To Arrive Early

Easy Beef Jerky Ramen Noodles Recipe

Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly