Datuk Bandar Iskandar Puteri Didakwa Sabotaj Peniaga Tempatan


MALAYSIAKINI

   
Ramai usahawan tempatan kecewa selepas gagal untuk mendapatkan lesen perniagaan bazar Ramadan di Gelang Patah Johor

Beberapa Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mengadakan sidang akhbar hari ini mendakwa Datuk Bandar Iskandar Puteri Adib Azhari Daud telah mensabotaj peniaga tempatan kerana gagal mengeluarkan lesen kepada mereka sebagaimana yang dipersetujui pada mesyuarat jawatankuasa pelesenan bulan lalu.

"Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Bil 4/2019 iaitu pada 18 April 2019 yang dipengerusikan sendiri oleh Datuk Bandar MBIP telah bersetuju untuk memberikan kelulusan terhadap 100 petak berniaga bazar Ramadan di kawasan parkir kereta Jalan Nusaria 4/7 Taman Nusantara, Gelang Patah.

"Kawasan ini diberikan sebagai ganti kepada cadangan penganjuran bazar Ramadan di Jalan J/1 Taman Nusantara akibat daripada lokasinya yang mendapat bantahan daripada peniaga kedai berhampiran yang dikatakan menganggu waktu perniagaan sedia ada.

"Persetujuan dalam mesyuarat ini kemudiannya disahkan pada 28 April 2019," kata ahli majlis tempatan, Mohd Azam Mektar.

Menurutnya, selepas perbincangan lanjut, datuk bandar bersetuju mengeluarkan 30 lesen kepada peniaga walaupun mesyuarat awal memutuskan untuk memberi 100 lesen.

Bagaimanapun, katanya lagi, jawatankuasa pelesenan MBIP hanya memaklumkan kepada penganjur tapak bazar Ramadan sehari sebelum bulan puasa bahawa cuma 30 lesen sahaja yang diluluskan.

Datuk bandar dolak-dalik
"Penganjur Bazar Ramadan berkenaan iaitu Persatuan Peniaga Iskandar Puteri bagaimanapun hanya dimaklumkan secara rasmi mengenai kelulusan tersebut pada 5 Mei 2019 iaitu sehari sebelum umat Islam berpuasa.

"Tindakan melewat-lewatkan pemakluman keputusan tersebut telah mengakibatkan kesukaran kepada para peniaga membuat persediaan berniaga dan hilang kepercayaan terhadap Ahli Majlis MBIP," ujarnya.

Jelasnya, majlis bandaraya itu menerima laporan daripada orang ramai bahawa terdapat juga bazar Ramadan yang beroperasi tanpa lesen di Jalan J/1 Taman Nusantara.

Mohd Azam berkata sikap berdolak-dalik datuk bandar mengenai perkara itu walaupun selepas mesyuarat awal memutuskan sebaliknya dapat ditanggapi sebagai penyalahgunaan kuasa dan merupakan suatu sabotaj terhadap ahli majlis tempatan serta kerajaan negeri di bawah PH.

"Tindakan Datuk Bandar MBIP yang berdolak dalik dan mengubah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dianggap sebagai salahguna kuasa dan sabotaj terhadap Ahli majlis dan serta kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan secara keseluruhnya.

"Malah tindakan Datuk Bandar MBIP juga dilihat mengkhianati hak peniaga Melayu di kawasan Gelang Patah untuk mencari pendapatan tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," jelasnya lagi.

Selain Azam, ahli-ahli MBIP yang turut hadir sidang akhbar hari ini iaitu Hafizee Adha Norzamri, Choong Thong Yuen dan Ng SIam Luang menggesa datuk bandar untuk tampil membuat penjelasan.

Sementara itu, pejabat Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam
Sekitar, Tan Chen Choon dalam suatu kenyataan berkata sedang meneliti laporan daripada MBIP.

"Berkaitan peristiwa ini, pihak kami akan mendapat laporan daripada Majlis Perbandaran Iskandar Puteri.

"Segala komen akan disampaikan selepas laporan tersebut diteliti," kata kenyataan itu.

Malaysiakini sedang menghubungi Adib Azhari bagi mendapatkan ulasan beliau.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/datuk-bandar-iskandar-puteri-didakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iskandar Puteri Councillors Turn On Mayor Ask Him To Explain Alleged Abuse Of Power

Iskandar Puteri Councillors Turn On Mayor Ask Him To Explain Alleged Abuse Of Power

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 210 hits
Iskandar Puteri city councillors showing their discontent over the Taman Nusantara Ramadan bazaar issue JOHOR BAHRU In an unusual development councillors from the Iskandar Puteri City Council are giving Mayor Adib Azhari Daud until this Har...
Sajat Didakwa Miliki Produk Kosmetik Tanpa Kelulusan Kkm

Sajat Didakwa Miliki Produk Kosmetik Tanpa Kelulusan Kkm

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 433 hits
Usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam atas pertuduhan memiliki 19 The post appeared first on
Nur Sajat Didakwa Miliki 19 Produk Kosmetik Tidak Berdaftar

Nur Sajat Didakwa Miliki 19 Produk Kosmetik Tidak Berdaftar

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 353 hits
JOHOR BAHRU Usahawan kosmetik terkemuka Muhammad Sajjad Kamaruzzaman 34 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia Nur Sajat Didakwa Miliki 19...
Minta Maaf Bagai Ni Apa Didakwa Check In Hotel Gambar Tidur Aliff Aziz Wanita Tersebar

Minta Maaf Bagai Ni Apa Didakwa Check In Hotel Gambar Tidur Aliff Aziz Wanita Tersebar

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 1431 hits
Minta maaf bagai ni apa Didakwa check in hotel gambar tidur Aliff Aziz Wanita tersebar Tidak cukup dengan gambar yang dipercayai mirip Aliff Aziz tanpa memakai baju bersama seorang remaja perempuan tiba tiba sekeping lagi gambar menjadi tul...
3 Beranak Didakwa Bunuh Remaja Hamil Curi Bayi Dalam Kandungan

3 Beranak Didakwa Bunuh Remaja Hamil Curi Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 506 hits
3 beranak didakwa bunuh remaja hamil curi bayi dalam kandungan Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 May 2019
Dbkl Nafi Buang Air Peniaga Dakwa Video Lama Kini Viral Pula Video Baru

Dbkl Nafi Buang Air Peniaga Dakwa Video Lama Kini Viral Pula Video Baru

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 471 hits
Tular satu rakaman video yang mendakwa anggota DBKL telah merampas dan membuang air peniaga ketika azan berkumandang Menurut DBKL video tersebut adalah video lama yang disebarkan semula DBKL juga menafikan terlibat dalam insiden berkenaan D...
Wartawan Didakwa Dicekik Pak Guard Hospital

Wartawan Didakwa Dicekik Pak Guard Hospital

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 391 hits
Astro Awani Kejadian berlaku susulan perselisihan faham berhubung satu liputan berita kawasan forensik hospital terbabit Astro AWANIALOR SETAR Dua orang wartawan berdepan detik cemas apabila didakwa diserang dan dicekik pengawal keselamatan...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi