Dari Perspektif Pesalah Juvana Pula Pengarah Juvenile Justice Kongsi Plot Musim Kedua
Penuh turun dan naik sepanjang 10 episod, sudah pasti ramai yang mahu melihat sambungan “Juvenile Justice”.
ARTIKEL BERKAITAN
"Saya Terdengar Mengenainya.."- Kim Hyesoo Respon Kemungkinan Musim Kedua 'Juvenile Justice'
Terbaru, pengarah siri ini iaitu Hong Jong-chan telah berkongsi harapan untuk sambungan musim kedua dalam sebuah temubual bersama media,
Saya berasa gembira sekiranya musim kedua boleh dihasilkan. Kes juvenil terdapat kadar berlaku semula yang tinggi. Kalau ada sambungan, saya mahu menceritakan kisah yang menyebabkan pesalah bawah umur ini tiada pilihan lain selain mengulangi perbuatan jenayah itu. Saya mahu menggarap cerita mengenai pesalah bawah umur yang dihukum selepas dimasukkan ke pusat tahanan juvenil namun tidak mampu dirawat dan memilih untuk melakukan jenayah lagi.
Tambahnya lagi,
Kalau mahkamah juvenil, hakim dan perbicaraan merupakan fokus utama musim pertama, saya merasakan lebih baik untuk menghasilkan cerita daripada pandangan pesalah juvenil mengenai persekitaran, kisah mereka dan sistem sosial yang menyebabkan kadar kes juvenil kian meningkat.
Apabila ditanya pelakon mana yang mahu dijemput sebagai watak khas sekiranya musim kedua dihasilkan, ini jawapan pengarah Hong Jong-chan,
Kalau Jo Seung-woo muncul sebagai kameo, saya rasa saya boleh bina pertembungan antara Shim Eun-seok (Kim Hye-su) dan Hwang Shi-mok. Saya akan cuba meminta Jo Seung-woo untuk membuat kemunculan khas untuk musim kedua dan mereka babak di mana pendakwaraya Hwang Shi-mok dari ‘Stranger’ dan hakim Shim Eun-seok dari ‘Juvenile Justice’ bertemu di mahkamah.
Jikalau anda tahu, Hwang Shi-mok (Jo Seung-woo) merupakan pendakwa raya tegas dan hanya mengejar keadilan dalam musim pertama dan kedua “Stranger”. Malah pengarah itu dan Jo Seung-woo pernah bekerjasama dalam drama “Life”.
Sekiranya musim kedua menjadi, sudah pasti babak yang dibayangkan ini akan membuatkan penonton teruja.
Mohon jadilah musim kedua “Juvenile Justice”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dari-perspektif-pesalah-juvenil-pula-pengarah-juvenile-justice-kongsi-plot-musim-kedua/