Dari Jo Jungsuk Ke Kim Seonho Penonton Damba Watak Lelaki Baik Bukan Lelaki Jahat Kini
Popular suatu ketika dahulu dalam drama, namun ianya semakin ‘mati’ dalam naskhah kini. Setuju tak kalau kita katakan bahawa ramai yang lebih sukakan lelaki yang lembut berbanding lelaki kasar dalam K-Drama sekarang?
Babak lelaki menarik wanita tanpa rela dalam dakapan mahupun penggunaan kata-kata kasar mungkin menjadi kegilaan pada awal 2000 hingga ke pertengahan 2010, namun tidak lagi kini. Bahkan sekiranya ada babak sedemikian dalam drama sekarang ini, sudah pasti ianya akan menimbulkan kontroversi dan dituduh sebagai menggalakkan kekasaran dalam hubungan romantik.
Lelaki baik ‘trend’ kini
Paling popular ialah empat doktor di dalam drama “Hospital Playlist” di mana mereka semua lembut dan baik terhadap semua orang termasuk wanita kesayangan. Rata-rata wanita mula mendambakan lelaki yang baik selepas menonton keprihatinan Lee Ik-jun (Jo Jung-suk) terhadap Chae Song-hwa (Jeon Mi-do), personaliti manja Ahn Jeong-won (Yoo Yeon-seok) apabila bersama kanak-kanak, ibu dan kekasihnya, Yang Seok-hyung (Kim Dae-myung) yang tidak terburu-buru dan kekok semasa bercinta termasuklah Kim Jun-wan (Jung Kyung-ho) yang menghormati Lee Ik-sun (Kwak Sun-young) dan menunggunya meskipun mereka berpisah tanpa alasan yang pasti.
Watak Hong Du-shik (Kim Seon-ho) dalam “Hometown Cha Cha Cha” juga menjadi sebutan ramai kerana personalitinya yang baik dengan semua orang. Langsung tak lokek bantuan, sikapnya yang sabar melayan karenah Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) membuatkan ramai yang jatuh cinta dan mengharapkan kualiti seperti itu dalam mencari pasangan mereka.
Lelaki jahat dicaci
Lain pula cerita dengan watak Park Jae-uhn (Song Kang) dalam “Nevertheless”. Daripada awal ke sudah, penonton menyelar watak ‘buaya’nya selain mengkritik Yoo Na-bi (Han So-hee) yang memilih lelaki jahat berbanding yang baik. Malah ianya mungkin menjadi sebab mengapa ia gagal untuk meraih rating yang tinggi semasa tayangannya dan hanya mampu berpuas hati dengan catatan 1% sahaja.
Melihatkan trend ini, dapat disimpulkan bahawa penonton lebih tertarik dengan lelaki yang menghormati wanita dan bukannya meletakkan kaum hawa di bawah telunjuk mereka. Dengan plot terbaru ini, wanita dilihat mula menyedari bahawa ada lelaki baik di luar sana dan lelaki jahat sudah hilang personanya kini.
Menarik perubahan yang ditunjukkan dalam K-Drama ini kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dari-jo-jungsuk-ke-kim-seonho-penonton-mahu-watak-lelaki-baik-bukan-lelaki-jahat-kini/