Dari Birmingham Ke Shah Alam Pengalaman Melawat Kilang Cadbury Dairy Milk Malaysia Yang Amat Bermakna


Asalammualaikum dan hai semua! Hari ini Ruby nak kongsikan dengan anda semua pengalaman manis dan penuh coklat! yang pasti Ruby kenang sepanjang hayat iaitu lawatan eksklusif ke Kilang Cadbury Dairy Milk Malaysia di Shah Alam! Kalau korang peminat coklat Cadbury, baca sampai habis sebab banyak yang menarik Ruby nak cerita. 
26 Jun 2025, Ruby diberi peluang untuk melawat kilang Cadbury Malaysia yang terletak di 8, Persiaran Raja Muda, Seksyen 15, Shah Alam. Lawatan ini bukan terbuka untuk orang awam, jadi Ruby rasa sangat bertuah sebab ini betul-betul peluang sekali seumur hidup! Ruby hadir untuk sesi petang jam 2:00 petang, dan Ruby tiba seawal jam 12:30 tengah hari. Nampak tak keterujaan Ruby? 
DARI BIRMINGHAM KE SHAH ALAM: PENGALAMAN MELAWAT KILANG CADBURY DAIRY MILK MALAYSIA YANG AMAT BERMAKNA

Kisah Cadbury bermula sejak tahun 1824 apabila seorang lelaki bernama John Cadbury membuka sebuah kedai kecil di Birmingham, England untuk menjual teh, kopi dan minuman coklat. Dengan semangat suka memberi yang tinggi, falsafah Cadbury berkembang menjadi lebih daripada sekadar perniagaan. Mereka percaya “There’s a glass & a half in everyone” – maksudnya, dalam setiap daripada kita ada nilai untuk berkongsi dan membuat kebaikan.

Cadbury mula masuk ke Malaysia pada tahun 1950, dan membuka kilang rasmi mereka di Shah Alam pada tahun 1974. Sejak itu, ia menjadi jenama coklat yang dipercayai rakyat Malaysia selama 75 tahun (tahun 2025) dan telah menerima pelbagai anugerah atas kualiti dan usaha tanggungjawab sosial mereka.

Menarik kisah Cadbury ini, siapa sangka dari keberanian pengasas. Ia menjadi legasi sehingga hari ini. Di kilang Cadbury Malaysia, faktor keselematan sangat ketat. Mereka ingin kita masuk selamat, pulang pun selamat. Setiap laluan, bukan untuk suka-suka kita masuk. Perlu patuhi setiap peraturan. Keselamatan adalah keutamaan Cadbury. Sebab itu, kilang Cadbury Malaysia bukan untuk lawatan orang awam atau lawatan sekolah. 
Mungkin pada masa akan datang pihak Cadbury akan usahakan membina Muzium Cadbury di Malaysia. Sebab pencinta coklat Cadbury Dairy Milk bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Pada pendapat Ruby, Muzium Cadbury harus di bina di kawasan lapang. Mempunyai laluan kenderaan pelawat seperti bas, van dan kereta yang banyak. Trafik yang bagus untuk masuk dan keluar. Di dalam Muzium Cadbury pula kita boleh melihat pekerja melakukan 10 langkah penyediaan coklat Cadbury Dairy Milk. Pengunjung boleh menyertai deko coklat dari pilihan bahan-bahan snek kegemaran. Kita belajar food pairing dengan coklat Cadbury Dairy Milk. Boleh minum dan makan di kafe Cadbury. 
Di Muzium Cadbury kita boleh buat minuman, kuih raya, kek batik dan lain-lain. Lepas buat aktiviti, kita boleh bawa balik hasil masakan kita tu. Lagi best ada ruang membeli belah pelbagai perisa Cadbury Dairy Milk dan ada jualan merchandise jenama Cadbury. Wahhh jauh cita-cita dan impian Ruby. Semoga jadi kenyataan. Hehehe. 
Selepas daftar masuk dan berjalan-jalan di kawasan luar kilang. Ruby dapat lihat kilang dua tingkat ini sangat besar dan luas. Terfikir apa yang ada di sini. Dari kafeteria, bilik persalinan pekerja, nursing room dan toilet semua dalam keadaan bersih dan ada dijaga rapi. Ruby baru sedar, apabila kita menjejaki kaki ke dalam kawasan kilang Cadbury Shah Alam, ia dipanggil Plantation. 

Semasa sesi taklimat keselematan, Ruby perhatikan banyak yang dititikberatkan oleh Cadbury. Walaupun kita berasa perkara itu biasa. Namun, normal pada kita, tapi tidak apabila ia melibatkan tempat kita bekerja. Ia akan beri impak kepada kualiti kerja. Wujudnya peraturan untuk membantu kita lebih tenang dan fokus di dalam persekitaran kilang Cadbury. 
DEKORASI CADBURY DAIRY MILK KEGEMARAN
Ruby kalau beli coklat Cadbury, mesti pilih yang ada kacang. Tidak kisah sama ada almond, hazelnut atau campur. Tapi, ketika diberi peluang untuk membuat coklat Cadbury kegemaran dengan pelbagai snek kegemaran. Ruby jadi teruja sangat! Ehhh boleh ehhhhhhhh nak cornflakes, whip cream, jelly atau gummy bear? Seriuslah! 
Food pairing yang tak pernah Ruby buat. Sebab kebiasaannya Ruby makan coklat hisap sampai tinggal kacang. Lepas tu baru kunyah. Nikmat Cadbury Dairy Milk bila makan macam tu. Tak pernah kunyah coklat, sebab risau gigi rosak. Hahahaa. Hakikatnya coklat masuk mulut memang akan mencair dan tak melekat celah gigi pun. 
Ruby mengambil bahagian dalam sesi menghias bar coklat dengan campuran snek kegemaran seperti purple whip cream, kacang hazelnut, almond, cornflakes, jelly, marshmallow, rainbow sprinkles, sour patch, gummy bear dan kismis.
Selepas siap dekorasi dan tambah perasa extra, coklat Ruby disejukkan dan kami mula untuk masuk dalam kawasan penyediaan coklat Cadbury Dairy Milk! Aaaa teruja sangat! 
SELAMAT DATANG KE PURPLE ROOM! Saat masuk ke Purple Room, kami disambut ceria oleh semua team Cadbury. Mereka teruja nak berkongsi info menarik dari kisah kilang Shah Alam dan bagaimana dari buah koko ke bar coklah Cadbury Dairy Milk! Sebenarnya, Ruby lagi excited! Hahaha

Ruby bergambar bersama pasukan Cadbury dan rakan-rakan media

Sebelum itu, korang nak tahu tak? Ruby dapat masuk bilik persalinan pekerja! Langkah ini yang paling teruja! Ruby jadi pekerja Cadbury Shah Alam! Yayy! Berpeluang untuk tukar kasut putih, menyarungkan pakaian pakai buang bewarna putih, kemudian duduk dan pusing ke sinki untuk basuh tangan dengan sabun dan keringkan. Oleh kerana Ruby bertudung dan tidak bermisai janggut, penutup kepala dan topeng muka tidak perlu pakai. 
Di sini, team Cadbury mempamerkan bagaimana kilang Cadbury Shah Alam beroperasi. Sangat menakjubkan tau! Rasa bangga sebab tak sangka banyak ye pengeluaran dari kilang ini


Fakta Menarik Kilang Cadbury Dairy Milk Malaysia. 
Dibuka sejak tahun 1974Seluas 20,000 kaki persegi – bersamaan 5 gelanggang bola keranjangLebih 14,000 tan coklat dihasilkan setiap tahun9 barisan pengeluaran, menghasilkan lebih 130 jenis produk coklat250 orang pekerja, dengan 60% daripadanya berkhidmat kurang dari 10 tahunSatu-satunya hab pengeluaran Cadbury untuk Asia TenggaraDisahkan Halal oleh JAKIM sejak 1994Pematuhan kepada Mondelez Global Golden Safety StandardBagaimana Koko Bertukar Menjadi Coklat Cadbury? Proses pembuatan coklat Cadbury dari ladang koko hingga ke bar coklat diterangkan dengan terperinci. 

Di kilang Shah Alam, Ruby belajar tentang proses pembuatan coklat yang sangat teliti dan teknikal. Proses ini mengambil masa dan kepakaran pasukan Cadbury. Lihatlah hasilnya, memang berbaloi. Jadi kegemaran kita semua!
Harvesting – Buah koko dituai (setiap pod ada 30–50 biji)Fermenting – Biji koko diperam Drying – Dijemur selama 2 minggu Roasting – Dipanggang untuk hasilkan aroma Winnowing – Nibs dipisahkan dari kulit Grinding – Nibs dikisar jadi pes Conching – Pes dikacau lama untuk tekstur halusTempering – Disejuk & dipanaskan supaya stabil Moulding – Masuk ke dalam acuan Wrapping – Dibungkus dan siap untuk dijual! 
Bahan rahsia rasa Cadbury yang kaya dan berkrim:
Cocoa Mass Cocoa Butter Gula Susu Vanila DARI KOKO HINGGA KE RAK PASARAYASeterusnya kami di bawa ke Green Zone! Dimana, ini adalah kawasan sebenar proses pembuatan coklat Cadbury Dairy Milk! Korang! Korang tahu tak? Masuk je ke kawasan ini terus bau semerbak coklat! Ya Allah wanginya! Inilah namanya kalau tak dapat makan Cadbury, bau pun jadi lah ye! Hahaha! Tapi serius Ruby cakap, memang semerbak harum bau Cadbury selepas menjejakkan kaki ke dalam kawasan ini. 
Tengok mesin pembuatan dan penghawa dingin beroperasi 24 jam tanpa henti pun dah teruja! Ada juga mesin lebih berusia dari usia pekerja yang ada di Cadbury. Malah ada mesin yang di import dari Itali untuk memudahkan lagi kualiti penyediaan coklat Cadbury. Bunyi mesin yang bergerak pantas membuatkan Ruby terpegun. Nampak semua coklat Cadbury beratur mendengar arahan! Lepas tu dibungkus pula dengan Golden Aluminum Foil. Memang mewah! 
Seronoknya ke kilang coklat utama kan? Boleh lihat semua coklat ini dihasilkan dengan mengikut SOP dan kebersihannya. Kami pakai alat komunikasi khas untuk mendengar semua cerita penghasilan coklat dari pasukan Cadbury yang sangat arif dengan bahagian-bahagian tertentu dalam Plantation. 






PELANCARAN RESEPI BAHARU CADBURY DAIRY MILKRuby juga berpeluang mencuba resipi baharu Cadbury Dairy Milk yang kini lebih kaya dan lebih coklaty daripada sebelum ini. Selain resipi yang ditambah baik, Cadbury turut memperkenalkan:

Bar King Size 200gReka bentuk potongan coklat baharu – lebih puas kunyah!
Dari kiri ke kanan: See Mei Sin, Ketua Pemasaran Mondelēz International (Malaysia & Singapura), Abdallah Habib, Pengarah Pembuatan, Mondelēz International (Malaysia) dan Raja Zalina Raja Safran, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan, Mondelēz International (Malaysia & Singapura), memperkenalkan bar Cadbury King Size 200g yang menampilkan resipi Cadbury Dairy Milk klasik yang lebih kaya, berkrim dan lebih memanjakan.
Dari kiri ke kanan, Abdallah Habib, Pengarah Pembuatan, Mondelēz International (Malaysia), Raja Zalina Raja Safran, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan, Mondelēz International (Malaysia & Singapura) dan See Mei Sin, Ketua Pemasaran Mondelēz International (Malaysia & Singapura).
KOMITMEN CADBURY TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Ruby sangat terinspirasi melihat bagaimana kilang ini bukan sahaja fokus kepada pengeluaran, tapi juga serius menjaga bumi:

Sustainability Footprint mereka:
Certified Zero Waste to Landfill100% Minyak Sawit Lestari (RSPO Certified)96% pembungkusan di Asia Tenggara boleh dikitar semula100% Koko diperoleh secara mampanUsaha Kurangkan Jejak Karbon:
50% tenaga dari solar & program GETLebih 50% pengurangan pembaziran buah25% pengurangan penggunaan minyakSemua ini disokong oleh inisiatif global Cocoa Life, yang bantu pekebun koko tingkatkan kehidupan, lindungi hutan dan jaga komuniti. Nak tahu lebih? Lawati www.cocoalife.org

CADBURY “DARI HATI” KEBAIKAN DALAM SETIAP GIGITAN
Cadbury bukan sekadar jenama coklat, mereka juga aktif membantu komuniti melalui pelbagai program. Salah satunya ialah “Kuih Raya Dari Hati”, yang melibatkan wanita dari golongan B40 membuat kuih raya dari coklat Cadbury untuk dijual dan disumbangkan. Tahun 2024, program ini berjaya mencatat Malaysia Book of Records dengan 150,000 tart coklat disumbangkan ke rumah kebajikan! Ruby rasa sangat tersentuh dengan usaha ini



JELAJAH PURPLE TRUCK KE SELURUH MALAYSIA 
Jangan lupa ya, Cadbury Purple Truck akan menjelajah seluruh Malaysia dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025! Pelbagai aktiviti menarik tersedia untuk anda sertai! Ada sesi merasa coklat Cadbury Dairy Milk dengan resepi yang diperbaharui. Anda juga boleh mengetahui sejarah Cadbury. Dari sejarah pengasas hingga ke tahun 2025. 
Selain itu, anda berpeluang bergambar bersama KPOP Idol dari kumpulan ENHYPEN! Gambar anda akan di cetak sebagai sticker! Kemudian anda boleh tampal dekat coklat Cadbury Dairy Milk 135g yang diberikan secara PERCUMA! Best betul! Malah, anda akan dapat sticker kejutan sebanyak 4 keping dan di dalamnya ada sticker ahli kumpulan ENHYPEN! Mesti seronok dapat kumpul semua ahli kan? 

Ikuti Facebook Cadbury Malaysia untuk lokasi dan jadual penuh.

Ruby balik dari kilang ni bukan saja dengan ilmu baru dan beg penuh coklat, tetapi pulang dengan rasa bangga. Bangga kerana jenama yang kita nikmati selama ini sebenarnya begitu serius tentang kualiti, kebaikan dan kelestarian. 

Terima kasih Cadbury Malaysia & Mondelez International kerana menjemput Ruby menjadi sebahagian dari perjalanan ini. Semoga semakin ramai rakyat Malaysia terus menyokong jenama tempatan yang bukan sekadar sedap tetapi juga bertanggungjawab.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/06/dari-birmingham-ke-shah-alam-pengalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Turun Anwar Rally Hits The Streets In Shah Alam

Turun Anwar Rally Hits The Streets In Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 509 hits
Around 100 participants of the Turun Anwar rally gathered at a hotel parking lot in Shah Alam Selangor today to protest against Prime Minister Anwar Ibrahim s leadership The rally behind the Concorde Hotel in Section 9 organised by the Turu...
Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 525 hits
Kebanyakan penghuni rumah sering mencari khidmat tukang rumah yang profesional di Kuala Lumpur untuk kerja membaiki kediaman dan mengubahsuai rumah Memilih tukang rumah yang bereputasi bukan sahaja menjimatkan masa dan kos malah memastikan ...
Shah Alam Banjir Lagi Hujan Baru 4 Jam Sudah Naik Air Paras Lutut

Shah Alam Banjir Lagi Hujan Baru 4 Jam Sudah Naik Air Paras Lutut

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 292 hits
MOHD FAHMI ISMAILTangkap layar kejadian banjir kilat di sekitar Plaza Tol Kemuning Shah Alam hari ini PETALING JAYA Hujan lebat sekitar pukul 4 pagi tadi mengakibatkan banjir kilat di Seksyen 32 Bukit Kemuning Shah Alam apabila paras air na...
Menginap Satu Malam Di Concorde Hotel Shah Alam

Menginap Satu Malam Di Concorde Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum WBT TAK habis habis lagi memblog kisah jjcm ke utara pertengahan bulan Jun lepas Kisahnya lepas tu kami nak masuk semula lebuhraya utara selatan melalui Plaza Tol Changkat Jering PI ada jugak bunyi bunyi nak ikut lebuhraya t...
Vivo Pizza Kini Di Temu Elmina Elmina Shah Alam

Vivo Pizza Kini Di Temu Elmina Elmina Shah Alam

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 679 hits
nbsp Kak ana ada menerima jemputan untuk mempromosikan pembukaan baru outlet Vivo Pizza di Elmina Shah Alam Ingatkan lokasi nya di Elmina Lakeside rupanya bukan ia terletak di Temu Elmina kira bersebelahan jalan utama dengan kompleks Elmina...
Saya Tanya Chatgpt Tentang Keadaan Ekonomi Malaysia

Saya Tanya Chatgpt Tentang Keadaan Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 182 hits
Mohd Arip Kasmo Katakanlah yang benar walaupun ia pahit Kepada kawan kawan yang mengaku beriman dan telah melalui madrasah tarbiyah ingat hadith Rasulullah di atasAllah swt berfirman Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendor...
Waste Management Company In Malaysia To Safer Industrial Practices

Waste Management Company In Malaysia To Safer Industrial Practices

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 360 hits
As Malaysia s industrial and commercial grow so does the volume of waste generated Proper waste disposal is no longer optional it is a regulatory and ethical necessity Engaging a reliable ensures that waste is handled safely legally and sus...
Raise The Star Malaysia

Raise The Star Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 523 hits
Program realiti nyanyian terbaharu Astro Raise The Star Malaysia bakal menyaksikan lima komposer terkenal bergabung dalam mencari lima pelapis baharu untuk mempersembahkan lagu baru hasil gubahan mereka di pentas akhir Raise The Star Malays...
Fdm 3d Printing In Malaysia A Cost Effective Solution For Prototyping And Production

Fdm 3d Printing In Malaysia A Cost Effective Solution For Prototyping And Production

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 402 hits
3D printing has transformed the way businesses in Malaysia develop test and manufacture products In engineering education the technology has gained traction across industries due to its versatility and cost efficiency Among the various meth...
Blood Stained Journal Among Exhibits In Inquest Into Zara Qairina S Death

Tunku Azizah Has Never Offered Assistance Via Tiktok Pahang Palace

Federal Court Maintains Oct 29 Hearing Date For Appeal Against Isa Samad S Acquittal

Kelantan Syariah Court Launches Online Courtroom To Speed Up Non Criminal Cases

Lirik Lagu Rasa Takdir Nyanyian Amira Othman Dan Irfan Haris

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Tuntutan Palsu Projek Lebuh Raya Mex Ii Abu Sahid Yap Akan Didakwa Lagi

Istana Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Tengku Ampuan Pernah Tawar Sebarang Bentuk Bantuan Di Tiktok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rendang Nyet Berapi Khairul Aming

Kunafa Aiwahhh Mangga 5

Masak Asam Pedas Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi

Drama Me N U

Rasa Layan Curry Fiesta 2025 Pesta Kari Terbesar Paling Meriah Di Malaysia

Dolar Menjadi Pemerhati