Dap Tonjol Anwar Pm Tapi Mahu Ambil Alih Kepimpinan Presiden Pas




PRK Tg Piai: Menolak budaya ekstremPAS diserang paling hebat secara khusus oleh DAP yang mendominasi PH tanpa menghormati Perdana Menteri yang dilantik melalui PRU 14. Walaupun mereka menonjolkan ke hadapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi PM, tetapi sebenarnya merekalah yang mahu mengambil alih kepimpinan negara dan akhirnya melompat menjadi PM, walaupun pihak lain sangat rakus sehingga tidak sabar-sabar menunggu masa yang sesuai menjadi PM.Almarhum Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan yang memimpin Umno menerima jus soli dengan membanjirkan kerakyatan warga pendatang dalam pembentukan Malaysia. Selepas itu beliau bertindak mengeluarkan Singapura daripada Malaysia setelah tersentak dengan PAP yang menguasai Singapura, apabila PAP menubuhkan cabangnya di Semenanjung Tanah Melayu. Namun cita-cita PAP tetap diteruskan dengan ditukar nama kepada DAP.PAS tidak hairan apabila Tun Mahathir menjadi sasaran DAP kerana beliau seorang Melayu yang tidak lupa dengan sikapnya yang menentang jus soli dahulu. PAS juga tidak hairan mengapa menjadi sasaran serangan bertubi-tubi oleh DAP ketika PRK Tanjung Piai, walaupun PAS tidak bertanding tetapi MCA yang bertanding dan juga menjadi sasaran serangan DAP.PAN pula dipuja kerana ditubuhkan untuk menggantikan PAS yang menjadi penghalang cita-cita DAP dan sekutunya, sehingga ahli PAN paling ramai diumpan berada dalam kabinet, tidak sepadan dengan jumlah kerusi dan kemenangannya yang menumpang sokongan DAP.Mungkin ramai yang merasa hairan mengapa PAS mengerahkan jenteranya menolong calon MCA bersama Umno. Sebabnya adalah PAS tidak lupa sejarah, kerana MCA adalah parti kaum Cina yang berada di Parlimen sejak awal bersama PAS, yang dilihat bersama ketika Perlembagaan Persekutuan sedang dirundingkan.MCA tidak menyokong Komunis yang diharamkan. PAS juga menentang Komunis sehingga menyokong ISA demi keselamatan negara ketika dalam keadaan darurat walaupun PAS berada di kerusi pembangkang dan turut menjadi mangsa penyalahgunaan ISA. PAS turut menyaksikan bahawa mereka yang menentang ISA itu sebenarnya bagi menyelamatkan anasir Komunis yang diharamkan.Paling menarik terkini, apabila demografi Tanjung Piai yang majoriti pengundi Melayu, namun memenangkan calon MCA dengan sokongan Umno dan PAS yang dikatakan fanatik perkauman. Sehingga kedua-dua parti ini menubuhkan Muafakat Nasional yang dituduh sebagai gabungan perkauman yang digambarkan berwajah Taliban yang mengganas di Afghanistan.Walaupun PH menguasai kerajaan negeri dan pusat, sehingga menggunakan jentera kerajaan dan mengumumkan peruntukan kewangan di Tanjung Piai, tetapi pengundi menolak PH yang meletakkan calon Melayu daripada Parti Bersatu yang berketuakan PM sendiri.Saya tidak tahu kejujuran DAP, PKR dan PAN dalam kerjanya sama ada wujud udang di sebalik mi atau tidak, dan sikap sebenar mereka terhadap PM yang dianggap penghalang untuk cepat mengambil alih jawatan yang paling diidamkan itu, kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui niat dalam hati seseorang.Walaupun ada di kalangan pemimpin DAP telah membuat kenyataan seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan kekalahan itu kerana bukan DAP yang bertanding, tetapi ada pemimpin DAP yang membuat kenyataan bahawa keputusan PRK Tanjung Piai laksana gempa bumi terhadap PH.Inilah perasaan sebenar parti yang sangat rakus dengan kemenangan kali pertama yang tidak pernah merasai kemenangan seperti ini atau dianggap menjadi tanda yang menghalang cita-cita yang maha besar dan maha tinggi untuk merampas kuasa negara yang berpusat di Putrajaya yang menjadi idaman dan impian.Apa yang terpenting menerusi PRK Tanjung Piai adalah memberi keputusan yang sangat bermakna kepada landskap politik negara masyarakat majmuk, memperkenalkan siapa yang sebenarnya ekstrem, dan menolak fitnah terhadap Melayu yang berpegang dengan Islam yang sebenar bahawa boleh menerima bangsa yang mengenang budi dalam MCA.Ini juga menunjukkan masih ramai di kalangan bukan Islam mahu hidup secara harmoni dan menjaga perpaduan dalam masyarakat majmuk yang wajib diberi perhatian, serta menolak sekeras-kerasnya kumpulan yang menyimpan ciri-ciri ekstremisme walaupun bertopengkan dengan kenyataan yang manis dan indah.Adapun Melayu Islam hendaklah berpolitik matang dan sejahtera mengikut ajaran Islam bahawa Islam tetap memimpin dan menerima masyarakat majmuk berkonsepkan adil dan hak yang saksama.PAS pula tidak terkesan dengan serangan terhadapnya selagi beristiqamah bersama Islam, sehingga PAS tidak gelabah dengan berulang beberapa kali kalah dan jatuh kerajaan negeri di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Maka kalah pilihan raya kecil adalah sangat kecil.Walaupun dihujani fitnah, PAS tetap kebal bersama dasar dan matlamat perjuangannya, sehingga akhirnya pihak lawan yang kecundang laksana kata pepatah Arab:ضربني وبكى، ظلمني واشتكى.“Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu”.“Islam Memimpin Perpaduan”ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
Bertarikh: 22 Rabi’ul Awal 1441 / 19 November 2019 – HARAKAHDAILY 19/11/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/dap-tonjol-anwar-pm-tapi-mahu-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Di Aibkan Di Prk Tg Piai Tapi Tidak Untuk Dap Dan Anwar

Pakatan Di Aibkan Di Prk Tg Piai Tapi Tidak Untuk Dap Dan Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 499 hits
Apa pun alasan yang pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan cuba bagi hakikatnya kekalahan dengan majoriti lebih dari 15K adalah satu yang sangat sangat mengaibkan Tapi ibarat yang sering kita katakan pemimpin pemimpin Pakatan Harapan nie ib...
Pas Dakwa Di Fitnah Tapi Hadi Tarik Saman Sr

Pas Dakwa Di Fitnah Tapi Hadi Tarik Saman Sr

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 391 hits
Terbaek tulisan Ipoh Mali ni Pemimpin PAS kata dah terbukti mereka difitnah Sebab duit RM 90 juta tak masuk akaun PAS Cuma aku nak tanya Pemimpin dan Walaun PAS cari dalam artikel Sarawak Report Sarawak Report ada sebut ker RM 90 juta masuk...
Pan Akan Terkubur Presiden Pas

Pan Akan Terkubur Presiden Pas

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 294 hits
HARAKAHDAILYKUALA LUMPUR Parti Amanah Negara akan menerima nasib yang sama seperti parti parti serpihan sebelum ini yang terkubur satu demi satu kata Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Menurut beliau perkara tersebut dapat di...
Tahniah Calon Bn Kejayaan Muafakat Nasional Presiden Pas

Tahniah Calon Bn Kejayaan Muafakat Nasional Presiden Pas

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 387 hits
PAS mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN yang mewakili suara pembangkang di PRK Tanjung Piai dan menyifatkan keputusan ini sebagai kejayaan bersama Muafakat Nasional Kemenangan ini menunjukkan penerimaan rakyat bermasyarakat majmuk ...
Dap Tuntut Janji Untuk Komunis Tapi Membabikan Janji Untuk Rakyat

Dap Tuntut Janji Untuk Komunis Tapi Membabikan Janji Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 397 hits
oleh Ab Jalil Backer Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata kegagalan kerajaan mematuhi perjanjian antarbangsa dengan Komunis menyebabkan orang lain tidak akan mempercayai kewibawanaan integriti dan kejujuran Malaysia Kenyataa...
Pilihlah Presiden Baharu Kalau Berani Anwar

Pilihlah Presiden Baharu Kalau Berani Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 288 hits
MalaysiaGazette Anwar IbrahimKUALA LUMPUR Kemelut dalam Parti Keadilan Rakyat semakin membahang apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan mengadakan mesyuarat dengan puak puak yang berbeza Presiden PKR itu berkata beliau...
Time To Welcome Anwar As Pm8 Says Dap

Time To Welcome Anwar As Pm8 Says Dap

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 301 hits
New Malaysia has witnessed a shocking and depressing way of Rakyat telling the current government to take immediate action against the dissatisfaction among the people on the PH government s performance since 9th May 2018 Rakyat has spoken ...
Presiden Pks Kita Saksikan Ada Dalam Koalisi Tapi Diam Diaman

Presiden Pks Kita Saksikan Ada Dalam Koalisi Tapi Diam Diaman

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 215 hits
Presiden Partai Keadilan Sejahtera Sohibul Iman mengatakan rekonsiliasi antara partai oposisi dan partai pemerintah bukan hal yang mustahil Kata dia rekonsiliasi antara oposisi dan pemerintah lebih baik dari pada berkoalisi tetapi tidak sal...
Video Mahathir Lupa Kenyataan Rafizi Ramli Anwar Ibrahim Dan Lim Kit Siang Dap

Video Mahathir Lupa Kenyataan Rafizi Ramli Anwar Ibrahim Dan Lim Kit Siang Dap

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 363 hits
Rafizi Ramli Anwar Ibrahim Lim Kit Siang DAP dan seluruh ahli politik parti PH terpaksa telan air liur sendiri bila dengar pengakuan Dr Mahathir ini PH juga tentu mengharapkan rakyat sudah lupa dengan pelbagai kenyataan mereka sebelum ini m...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation