Dap Sudah Sayang Zahid Selepas Dilantik Jadi Tpm Kerajaan Ph Bn


agendaily.com21/02/2023
Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Jelutong daripada DAP, RSN Rayer kini mempertahankan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Jelutong daripada DAP, RSN Rayer, yang terkenal dengan teguran tidak berbelah-bahagi dan lantang di Dewan Rakyat khususnya terhadap wakil rakyat Barisan Nasional (BN), mengejutkan semua orang di dalam dewan hari ini (Selasa, 21 Februari 2023).

Ini berlaku selepas dia mempertahankan pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, dialah antara jaguh PH dan DAP dalam Dewan Rakyat yang mengkritik dan menyerang pentadbiran BN, khususnya UMNO.

Rayer mencelah ketika Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Perikatan Nasional-Kota Bharu), yang mempersoalkan keputusan perdana menteri melantik Zahid menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet walaupun menghadapi perbicaraan di mahkamah.

“Ahli Parlimen Tambun (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah melantik seseorang yang dituduh di mahkamah untuk menjadi sebahagian daripada anggota Kabinetnya. Ini sesuatu yang serius,” kata Takiyuddin.

Rayer kemudian bangun, memetik Peraturan Tetap Parlimen 36 (2) yang melarang wakil rakyat daripada membuat sebarang rujukan kepada mana-mana kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Kota Bharu, awak peguam. Bagan Datuk (Zahid) belum didapati bersalah.

“Seorang lelaki tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” katanya, dengan ramai ahli Parlimen melahirkan rasa terkejut dengan kenyataannya itu.

Takiyuddin meneruskan dan berkata pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri telah meletakkan pegawai undang-undang dan kehakiman dalam kedudukan yang sukar.

“Bagi pihak pembangkang, saya menggesa kerajaan mengambil pendirian.

“Adakah anda membenarkan seorang anggota pentadbiran anda, memegang jawatan kedua tertinggi, untuk bertugas apabila dia mempunyai kes mahkamah?” soal Takiyuddin menurut NST.

Zahid, 69, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mula dibicarakan pada 18 November 2019 terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 23 Januari lalu, Hakim Sequerah memerintahkan Zahid membela diri terhadap semua tuduhan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Menurut kenyataan Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang yang juga seorang peguam, Hassan Karim, kelmarin, “TPM1 (Zahid) sekarang berada di peringkat membela diri. Di akhir kes pendakwaan yang lalu, beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/dap-sudah-sayang-zahid-selepas-dilantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Firaun Jadi Kerajaan Pun Tak Dapat Reda Allah Tuan Ibrahim Jawab Zahid

Firaun Jadi Kerajaan Pun Tak Dapat Reda Allah Tuan Ibrahim Jawab Zahid

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 198 hits
Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatk...
Cuepacs Perlu Faham Kekangan Kewangan Kerajaan Kata Zahid

Cuepacs Perlu Faham Kekangan Kewangan Kerajaan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 198 hits
Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sentiasa berusaha memenuhi harapan dan permintaan penjawat awam di sebalik kekangan kewangan dialaminya PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi meminta Kongres Kesatuan Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam memaham...
Umno Sayang Dap Jangan Kecam Dap

Umno Sayang Dap Jangan Kecam Dap

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 190 hits
UMNO AKAN MENANG BESAR PRN DI PP SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN DENGAN SOKONGAN DAP Undi umno dapat dap Yang dokong dan undi umno perlu bersyukur dan terus sokong padu Hidup bosskuu Era Mahathir BERSATU seeing tidak sekata dengan DAP berpada ...
Orang Melayu Di Semenanjung Tak Puas Hati Dengan Kerajaan Menteri Dap Terbaik Kajian

Orang Melayu Di Semenanjung Tak Puas Hati Dengan Kerajaan Menteri Dap Terbaik Kajian

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 221 hits
agendaily com26 02 2023Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat Satu tinjauan mendapati sebanyak 71 peratus responden orang Melayu di Semenanjung tidak berpuas hati dengan kerajaan campuran dalam menunaikan janji manifesto Pili...
Zahid Enggan Ulas Kenyataan Ismail Sabri Isu Umno Dalam Kerajaan Ph

Zahid Enggan Ulas Kenyataan Ismail Sabri Isu Umno Dalam Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 313 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas kenyataan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 89SharesDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ya...
Pengeluaran Kwsp Kerajaan Perlu Pertimbangkan Pembenaran Ismail Sabri

Pengeluaran Kwsp Kerajaan Perlu Pertimbangkan Pembenaran Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 225 hits
Pengeluaran KWSP Kerajaan Perlu Pertimbangkan Pembenaran Ismail Sabri Makluman terkini isu semasa negara bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan kerajaan untuk mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlu...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Floating Market Pulau Suri Tumpat Kelantan Seronok Jalan Jalan Cari Makan Kat Sini

Juadah Pagi Hari Raya 2025

Ilham Decor Raya Selepas Balik Dari Kampung

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Iwan Fals Aku Bukan Pilihan Chord

Senarai Ipad Terbaru 2025 Dan Spesifikasi Lengkap Semua Model Ipad Latest