Dap Pening Atau Yb Pengkalan Batu Pening


Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiada hak untuk menghalangnya bertanding di bawah Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada hujung bulan depan

Malah, menurut bekas Adun DAP itu, dia menerima pelbagai tawaran kerjasama daripada pelbagai parti untuk PRN tersebut pada 20 November ini

“Saya masuk DAP ke? Siapa DAP nak menghalang saya? Saya tidak kata nak kembali ke DAP, kalau saya masuk PKR, apa kena-mengena dengan Lim Guan Eng? Kalau saya masuk Amanah, apa ada kena mengena dengan Guan Eng? Kalau saya masuk Pejuang, apa kena mengena dengan Guan Eng? Dia orang DAP, jaga sajalah orang DAP

“Kecuali saya ini orang DAP, saya bukan ahli DAP lagi. Awak pun tahu, rakyat tolak parti Cina ini,” katanya lapor portal Free Malaysia Today hari ini

Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Lim baru-baru ini yang menegaskan bahawa DAP tidak akan menerima jika Norhizam  dinamakan semula sebagai calon untuk PH dalam PRN Melaka

"Saya nak tegaskan bahawa DAP tolak sama sekali YB Pengkalan Batu (Norhizam) sebagai calon dalam PRN ini. Itu sahaja," kata Lim

Sementara itu, Norhizam berkata dia menerima tawaran daripada "banyak" parti

“Setakat ini banyak parti yang dah ‘offer’ saya, parti mana, kita akan tengok nanti,” katanya

Norhizam pada PRU ke-14 lalu dicalonkan oleh DAP untuk mewakili PH dan memenangi kerusinya itu sebelum dilantik menjadi salah seorang exco kerajaan negeri

Bagaimanapun dia berpaling tadah dengan meninggalkan PH dan menjadi penyokong BN-Perikatan Nasional sehingga gabungan itu kemudian membentuk kerajaan baru

Baru-baru ini dia bersama tiga Adun lain - termasuk bekas ketua menteri Idris Haron - menarik semula sokongan yang diberi kepada kerajaan negeri pimpinan BN itu sehingga menyebabkan ketua menteri Sulaiman Md Ali kehilangan majoriti dan membawa kepada terbubarnya DUN Melaka

Mengulas mengenai tindakan menarik semula sokongan tersebut, Norhizam berkata dia tidak akan sesekali bersekongkol dengan kemungkaran dan kebatilan yang berlaku secara terang-terangan di depan matanya

“Saya berjuang kerana mempertahankan maruah kerana kejahilan, kebatilan dan kemungkaran itu berlaku di depan mata saya. Saya tolak, saya tak nak, saya ada prinsip, kalau tak betul, tetap tak betul, betul kita kata betul.
“Prinsip saya, (dalam) saya nak membantu rakyat negeri Melaka, saya (sanggup) gadaikan maruah, masa depan, politik, kedudukan, gaji saya, kereta saya, sedangkan saya boleh tutup mata duduk diam-diam. Kita (orang) bermaruah,” katanya.
Terbaru, keempat-empat Adun itu dilaporkan diberi sambutan sebagai wira dalam satu majlis anjuran PH malam semalam sehingga mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pemimpin DAP serta PKR

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/10/dap-pening-atau-yb-pengkalan-batu-pening.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dap Setuju Mungkin Kehilangan Pulau Batu Puteh Kerana Mahathir

Pemimpin Dap Setuju Mungkin Kehilangan Pulau Batu Puteh Kerana Mahathir

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 167 hits
Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir Kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura mungkin ada benarnya kata Timb...
Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 197 hits
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh pada 2018 atas alasan ia tidak boleh dimenangi PETALING JAYA Kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungj...
Blog Lambat Loading Internet Problem Atau Blog Yang Problem

Blog Lambat Loading Internet Problem Atau Blog Yang Problem

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 284 hits
Baru baru ni ramai blog yang mengalami masalah blog lambat loading blog loading slow lain macam Lama betul loading sampai kena refresh sekali barulah dia loading macam biasa Blog saya pun terkesan sama Ada rakan blogger bagitahu blog saya l...
Hiburan Pelakon Tak Perlu Merungut Atau Cerita Di Media Sosial Dibayar Murah Faizal Hussein

Hiburan Pelakon Tak Perlu Merungut Atau Cerita Di Media Sosial Dibayar Murah Faizal Hussein

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 244 hits
Pelakon Faizal Hussein mengutarakan pendapatnya mengenai seseorang pelakon tidak seharusnya bercerita atau merungut di media sosial apabila dibayar murah ataupun disenarai hitam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut pelakon yang pernah men...
Idris Haron Trouble Maker Atau Trojan Horse

Idris Haron Trouble Maker Atau Trojan Horse

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 165 hits
Oleh Nurul Aisyah RAKYAT sedang melihat tindak tanduk rakus ahli politik yang semborono melompat ke sana dan sini semata mata demi memenuhi nafsu serakah dalam perebutan kuasa Ekonomi sedang tenat Rakyat menderita tapi fokus diberi pada kon...
Isteri Mengidam Nak Bau Tar Atau Cat Suami Sanggup Berhenti Tepi Jalan Baru Turap

Isteri Mengidam Nak Bau Tar Atau Cat Suami Sanggup Berhenti Tepi Jalan Baru Turap

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 332 hits
Bila sebut isteri mengidam si suami dah mula susah hati Apa yang selalu suami cakap janganlah minta yang pelik pelik dan diluar kemampuan Sebabnya hormon orang mengandung ni tak boleh nak jangka Jika isteri kata nak tapi tak dapat memang bo...
Guna App Maps Senang Nak Tahu Lokasi Pasangan Atau Anak Bila Keluar Rumah

Guna App Maps Senang Nak Tahu Lokasi Pasangan Atau Anak Bila Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 353 hits
Teknologi sekarang sebenarnya banyak membantu jika digunakan dengan betul Begitu juga dalam hal melibatkan pengesanan ahli keluarga yang tidak ada bersama dengan kita Ada beberapa aplikasi yang boleh digunakan dan salah satunya teknik track...
Bubar Dun Melaka Betul Atau Gopoh

Bubar Dun Melaka Betul Atau Gopoh

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 311 hits
Pihak CEC tidak bersetuju bahawa pilihan raya negeri wajar diadakan Malaysia sedang beransur pulih daripada krisis COVID 19 dan pilihan raya akan menjejaskan proses pemulihan tersebut Kita tidak harus mengulangi kesilapan seperti pilihan ra...
Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan membuat keputusan sama ada akan bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri Melaka pada 14 Oktober ini kata Setiausaha Agungnya Datuk Ahmad Maslan Katanya perkara it...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi