Dap Mohon Maaf Hina Sultan Johor Begitu Mudah Kah Sultan Maafkan



DAP Johor hari ini (semalam) merafak sembah dan memohon keampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar atas kenyataan tidak sopan seorang anggotanya yang juga Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohamad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah terhadap institusi Raja Berperlembagaan di laman Facebook, dua hari lepas.Setiausahanya Tan Hong Pin berkata parti itu memandang berat terhadap kenyataan tidak sopan yang disampaikan tersebut.“Kenyataan yang dimuat naik oleh saudara Mohamad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah menerusi akaun peribadi Facebooknya tersebut diungkapkan dengan bahasa yang tidak sopan dan tidak menggambarkan sifat seorang rakyat yang menghormati institusi diraja.“Sebagai ahli parti dan Ahli Majlis, beliau seharusnya mengutamakan budi bahasa dan bersikap sopan santun serta perlu menjaga tata tertib berbahasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.Tan berkata sungguhpun DAP teguh atas prinsip keluhuran Perlembagaan yang sekali gus memperjuangkan kebebasan bersuara, namun prinsip dan perjuangan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk melahirkan kenyataan tanpa rasa tanggungjawab.Beliau berkata sebarang kenyataan yang dilahirkan harus mengikut etika diplomasi yang tinggi dan berintegriti.“Semalam, DAP Negeri Johor telah dimaklumkan bahawa Ahli Majlis berkenaan (Mohamad Kamarul Ariffin) telahpun memohon maaf di laman media sosial beliau dan memadamkan kenyataan yang tidak sopan tersebut.“Sehubungan dengan itu, DAP Johor merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor khususnya dan seluruh rakyat amnya atas sikap tidak bertanggungjawab ahli kami yang berkelakuan tidak sopan terhadap institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.Tan menambah sebagai sebuah parti yang menjadi anggota kerajaan, DAP sentiasa memantau tahap disiplin ahli-ahli dan wakil-wakil pimpinan di peringkat akar umbi semasa menjalankan khidmat mereka.DAP mengulangi pendirian untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan institusi Raja Berperlembagaan di samping memelihara keharmonian masyarakat demi mensejahterakan rakyat secara keseluruhannya, katanya.Terdahulu, Mohamad Kamarul Ariffin memuat naik kenyataan memperlekeh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Facebook miliknya, Jumaat lepas, sebelum dipadamkan.Beliau kemudian memohon maaf kepada seluruh kerabat Diraja Johor menerusi laman sama semalam atas kenyataan yang dibuatnya."Patik mengaku bahawa kenyataan tersebut menggunakan susunan bahasa yang tidak sesuai dan melanggar norma Bangsa Johor yang terkenal dengan sikap sopan santunnya.
Untuk makluman Ke Bawah Duli DYAM Tunku, sebenarnya niat patik menulis kenyataan tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menarik perhatian Ke Bawah Duli DYAM Tunku sendiri mengenai isu pertukaran status pemilikan Pulau Kukup, Pontian kepada status Tanah Kesultanan.Tidak ada sekelumit pun niat di hati patik ingin menyinggung perasaan apatah lagi ingin menderhaka kepada Ke Bawah Duli DYAM Tunku serta seluruh kerabat Diraja Johor, yang amat disayangi rakyat jelata," katanya menerusi laman Facebook berkenaan.-BernamaBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/dap-mohon-maaf-hina-sultan-johor-begitu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Dap Apologise To Sultan Over Insulting Online Post

Johor Dap Apologise To Sultan Over Insulting Online Post

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 346 hits
Johor DAP has issued an official apology to the Sultan of Johor over an online posting made by one of its members with an insulting tone towards Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim on Facebook State DAP secretary Tan Hong P...
Sultan Johor Zahir Tahniah Kepada Tengku Abdullah

Sultan Johor Zahir Tahniah Kepada Tengku Abdullah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 322 hits
12 Januari 2019 8 57 PM JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pah
Tiga Individu Hina Sultan Muhammad V Ditahan Kpn

Tiga Individu Hina Sultan Muhammad V Ditahan Kpn

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 459 hits
AKMAL AZIZ 09 Januari 2019 3 32 PM KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia telah menahan tiga individu semalam bagi membantu siasatan mengenai dakwaan mengeluarka
Video Sultan Johor Drive Proton Lama Hantar Tun M Pulang

Video Sultan Johor Drive Proton Lama Hantar Tun M Pulang

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 660 hits
3264 SHARES Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan menghantar Perdana Menteri Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai lapor Malaysiakini Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru dengan...
Mahathir S Audience With The Sultan Of Johor

Mahathir S Audience With The Sultan Of Johor

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 412 hits
On 10th January 2019 Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had an audience with His Majesty the Sultan of Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj after which the Sultan personally drove Mahathir to the Senai Intern...
Sultan Johor Pandu Proton Lama Hantar Dr M Pulang

Sultan Johor Pandu Proton Lama Hantar Dr M Pulang

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1492 hits
Diterbitkan Hari ini 5 49 petangSultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan menghantar Perdana Menteri Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru denga...
Komen Menghina Sultan Eric Liew Mohon Maaf

Komen Menghina Sultan Eric Liew Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 749 hits
KUALA LUMPUR 7 Jan Individu yang menggunakan akaun Facebook Eric Liew memohon maaf terhadap komen jelek yang dilakukan beliau terhadap bekas Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V Dalam satu hantaran Eric Liew berkata beliau telah membuat ...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan