Dap Merasai Racun Sendiri


Oleh AB JALIL BACKER
SEJAK sedekad yang lalu, integrasi nasional antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung semakin terhakis kerana permainan politik pihak yang terdesak untuk mendapat kuasa.
Penduduk Sabah dan Sarawak dihasut menjadi anti-Persekutuan bagi tujuan menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) antara dua parti politik yang paling kuat berkempen di Sarawak untuk mendapatkan semula apa yang mereka kata sebagai hak dan kuasa autonomi Sarawak.
Di Sabah pula muncul gerakan Sabah for Sabahan yang dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang kelihatan dibayangi DAP. Gerakan ini menjadi kuat apabila bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menubuhkan parti Warisan.
Polemik ini berterusan apabila usaha Pakatan Harapan (PH) untuk meminda Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Malaysia telah gagal mendapat sokongan majoriti 2/3 di Parlimen. PH dengan pantas mengambil kesempatan menyalahkan ahli Parlimen pembangkang dari Sabah dan Sarawak termasuk UMNO.
Mereka dituduh menggagalkan usaha mengembalikan kedudukan dan kuasa autonomi Sabah dan Sarawak.
Ini tidak benar sama sekali. Apa yang berlaku ialah ahli Parlimen pembangkang dari Sabah dan Sarawak melihat pindaan ini tidak memenuhi kehendak penduduk Sabah dan Sarawak yang telah termakan hasutan DAP dan PKR sejak beberapa lama lalu.
Menurut Ahli Parlimen Batang Lupar (Sarawak), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mereka menolak cadangan pindaan yang dibentangkan PH kerana ia tidak membetulkan kesilapan asal.
Pada 1976, Perkara 1(2) dipinda untuk semua negeri mempunyai kedudukan sama rata dalam persekutuan. Menurut fasal itu: “Negeri-negeri Persekutuan ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.”
Pindaan yang ditolak mahu meminda fasal itu kepada: “Negeri-negeri persekutuan sepatutnya – (a) Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan (b) Sabah serta Sarawak.
Menurut Wan Junaidi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah mencadangkan pindaan mereka untuk menyatakan MA63 secara jelas dalam Perkara 1(2).
Cadangan pindaan itu berbunyi: “Negeri dalam persekutuan sepatutnya, menurut Perjanjian Malaysia 1963, (a) Malaya (Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, dan Terengganu); serta (b) negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak.”
Pindaan yang dicadangkan kerajaan tidak membawa apa-apa perubahan kepentingan dan hak kepada Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan pun kecuali hanya perubahan kosmetik dalam perlembagaan.
Justeru, tidak hairanlah ahli Parlimen GPS dan BN Sabah menolak dan menuntut pindaan yang lebih konkrit. Ucapan Lim Guan Eng dalam Kovensyen DAP Sarawak 2016 di Sibu antara lain ‘mengejek’ bahawa hak dan kepentingan Sarawak dan Sabah telah dihakis dan direndahkan oleh kerajaan persekutuan pentadbiran BN.
Menurut laporan Borneo Post, ucapan Guan Eng yang dibaca oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen antara lain berjanji untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai gabungan setaraf dengan Malaya dalam Persekutuan Malaysia.
Menurut Guan Eng, pindaan kepada artikel 1(2) oleh Parlimen pada 1976 telah merendahkan Sabah dan Sarawak kepada negeri ke-12 dan ke-13 Persekutuan Malaysia. Justeru, adakah salah ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menolak pindaan yang tidak mencerminkan janji PH selama ini?
DAP juga telah berubah nada sebaik menang di peringkat persekutuan. Jika dulu mereka mengapi-apikan perpecahan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung kini mereka pula yang mahu memadam api tersebut.
Beberapa bulan lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Hanna Yeoh menyarankan supaya ‘melupakan’ gerakan Sarawak for Sarawakian kerana ia menjejaskan integrasi nasional.
Walaupun saranan Yeoh sangat rasional baik namun beliau dikecam oleh sebahagian NGO di Sarawak. Ini kerana selama ini parti DAP yang dianggotai oleh beliaulah yang menghasut dan menyuburkan kempen ini. Mengapa berubah nada selepas menang?
Ini kerana mereka tahu mentadbir negara tidak semudah seperti membakar api kebencian dan perpecahan. Nasib DAP seperti peribahasa Melayu, “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.
* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/05/13/dap-merasai-racun-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Src International Najib Tangguh Sebentar Shafee Terpaksa Ke Sebutan Kes Sendiri

Bicara Src International Najib Tangguh Sebentar Shafee Terpaksa Ke Sebutan Kes Sendiri

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 372 hits
Muhammad Shafee Abdullah Foto oleh Astro AwaniBersut hitam dengan tali leher biru bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk di barisan depan galeri awam Bagaimanapun ketua pasukan pembelaannya Muhammad Shafee Abdullah pe...
Sarat 8 Bulan Anzalna Puasa Ikut Kemampuan Tetap Hidang Air Tangan Sendiri Untuk Suami

Sarat 8 Bulan Anzalna Puasa Ikut Kemampuan Tetap Hidang Air Tangan Sendiri Untuk Suami

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 827 hits
Aktres Anzalna Nasir tetap menunaikan puasa di bulan Ramadan walau pun dalam keadaan diri sedang sarat hamil Pelakon Memori Cinta Suraya ini mengakui dirinya masih aktif walau pun melewati trimester ketiga kehamilan anak sulung dan bersyuku...
Buat Jer Empangan Elektrik Sendiri Datuk Aliff Syukri Minta Tips Jimatkan Elektrik Netizen Komen Pedas

Buat Jer Empangan Elektrik Sendiri Datuk Aliff Syukri Minta Tips Jimatkan Elektrik Netizen Komen Pedas

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 375 hits
Sebentar tadi Datuk Aliff Syukri telah memuat naik gambar sekeping cek dengan jumlah RM8 142 90 hanya untuk membayar bil rumahnya yang gah seperti istana itu di laman Instagram dan di BACA Gambar sekeping cek itu dimuat naik bersama dengan ...
Syukur Kartel Dedak Meluncur Dari Mulut Pas Sendiri

Syukur Kartel Dedak Meluncur Dari Mulut Pas Sendiri

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 375 hits
Syukur kartel dedak meluncur dari mulut Pas sendiriPosted By on May 14 2019Timbalan Presiden AMANAH Datuk Salahuddin Ayub melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT akhirnya kebenaran kartel dedak yang pernah disyaki sepuluh tahun yang lalu da...
Arwah Bayar Bil Masjid Guna Duit Sendiri Kebaikan Pak Cik Ini Selepas Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak

Arwah Bayar Bil Masjid Guna Duit Sendiri Kebaikan Pak Cik Ini Selepas Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 401 hits
Arwah bayar bil masjid guna duit sendiri Kebaikan pak cik ini selepas meninggal dunia buat ramai sebak Setiap insan bergelar Muslim mesti mengimpikan pengakhiran hidup dengan cara yang dimuliakan oleh Allah iaitu dipanggil sebagai khusnul k...
Perampokan Minimarket Di Tangerang Didalangi Pegawainya Sendiri

Perampokan Minimarket Di Tangerang Didalangi Pegawainya Sendiri

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 237 hits
Satuan reskrim Polres Kota Tangerang Kabupaten membongkar kasus pencurian minimarket di kawasan Desa Cengkudu Kecamatan Balaraja Kabupaten Tangerang beberapa waktu lalu Polisi meringkus empat pelaku FR AME MRF dan AM
Saya Sudah Memaafkan Mereka Yang Dianggap Seperti Cucu Sendiri Tiada Dendam

Saya Sudah Memaafkan Mereka Yang Dianggap Seperti Cucu Sendiri Tiada Dendam

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 252 hits
Mohd Mudakir Abdul Wahid 59 yang menjadi mangsa buli sekumpulan remaja lelaki di Batu 7 Kampung Sijangkang Banting sudah memaafkan kesemua remaja terbabit dan enggan memanjangkan lagi perkara itu lapor Harian Metro nbsp Saya sudah memaafkan...
Buat Sendiri Air Khatira Johor Selain Sedap Ianya Berbaloi

Buat Sendiri Air Khatira Johor Selain Sedap Ianya Berbaloi

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 417 hits
Buat Sendiri Air Khatira Johor Selain Sedap Ianya BerbaloiBulan Puasa ni tak sah kalau takde air kathira bagi orang johor kan
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tangan Dan Kaki Kebas

Patong Bay Residence Phuket