Dalam Ph Ada Bekas Banduan Perasuah Nak Sucikan Macam Mana



(Malaysiakini) – PAS menolak kemungkinan parti itu akan menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, kata presidennya, Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki yang secara sinis menyifatkan PAS akan ‘menyucikan’ parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dan pimpinannya sekiranya hal itu menjadi kenyataan.
“Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH), siapa dalam dia… nak suci macam mana?
“Banduan pun ada, bekas perasuah pun ada, kluster mahkamah pun ada… macam mana kami nak ikut?
“Kalau kita nak bersihkan najis, tak boleh masuk dalam tong najis,” kata Abdul Hadi pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam, hari ini.
‘Banduan’ yang disebut Abdul Hadi dipercayai merujuk kepada Anwar sendiri yang pernah dipenjarakan atas kesalahan liwat sebelum mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada 2018.
Manakala ‘kluster mahkamah’ dipercayai merujuk kepada sekumpulan pemimpin Umno yang didakwa di mahkamah atas dakwaan rasuah ketika PH dan Bersatu membentuk kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Semalam Asyraf berkata dakwaan bahawa Islam dan Melayu terancam tidak lagi boleh digunakan sekiranya PAS menyertai kerajaan perpaduan.
Asyraf secara sinis berkata, DAP sekali lagi akan “disucikan” dengan fatwa-fatwa baru sebagaimana ketika PAS bersama parti itu dalam menghadapi PRU tahun 1999, 2004 dan 2008 sekiranya parti itu menyertai kerajaan.
“Tiada lagi parti dalam kerajaan perpaduan terutamanya yang mempunyai orang Melayu Islam seperti Umno, Amanah dan PKR yang akan dilabel ‘barua DAP’, ‘penjilat DAP’ atau label-label ‘kafir’, ‘toghut’ dan sebagainya apabila PAS sertai kerajaan perpaduan.
“(Perdana Menteri) Anwar Ibrahim akan kembali dijulang PAS sebagai pemimpin Islam yang suci dan bersih sebagaimana waktu PRU ke-10, ke-11 dan ke-12 dahulu,” kata Asyraf.
Untuk rekod, PAS pernah menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat yang disertai PKR dan DAP selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008.
Bagaimanapun pada 2015, PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan muktamar parti itu ke-63 yang berlangsung di Alor Setar sebulat suara meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Perpecahan dalam Pakatan Rakyat juga mengheret perpecahan dalam PAS yang menyaksikan pembentukan parti Amanah.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/10/20/dalam-ph-ada-bekas-banduan-perasuah-nak-sucikan-macam-mana/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sertai Kerajaan Hadi Kata Macam Mana Nak Ikut Ada Bekas Banduan Dan Kluster Mahkamah

Sertai Kerajaan Hadi Kata Macam Mana Nak Ikut Ada Bekas Banduan Dan Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 207 hits
agendaiy com21 1o 2023Tan Sri Abdul Hadi Awang Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian tegas PAS tidak akan menyertai kerajaan campuran yang sedang berdepan pelbagai masalah dan gagal menguruskan negara walaupun ada tawaran dibuat kep...
Kalaulah Orang Normal Tahu Macam Mana Susahnya Jadi Oku Azmi Saat Respon Gurauan Nama Ayah Dibuat Jihan Muse

Kalaulah Orang Normal Tahu Macam Mana Susahnya Jadi Oku Azmi Saat Respon Gurauan Nama Ayah Dibuat Jihan Muse

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 176 hits
Baru baru ini pengacara All Stars Gegar Vaganza Jihan Muse menerima kecaman ramai selepas bergurau nama bapa vokalis kumpulan Caliph Busker Azmi Saat 2 days ago Dahla OKU Penglihatan Nama Bapak Pula Dibuat Main Jihan
Mengantuk Mengantuk Nak Tidur Mana

Mengantuk Mengantuk Nak Tidur Mana

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 121 hits
MENGANTUK MENGANTUK NAK TIDUR MANA Ha mesti korang tak baca macam biasa kan Automatik ternyanyi kan Mengaku je jangan malu malu Hikhik Alkisah mengantuk punya cerita Beberapa hari lepas Cik Rose macam nak selsema Bersin berkali kali Hidung ...
Kah Kah Kena Tarik Tauliah Macam Nak Kiamat Woiiii Banyak Tempat Lagi Nak Cari Duit Kah Kah Kah

Kah Kah Kena Tarik Tauliah Macam Nak Kiamat Woiiii Banyak Tempat Lagi Nak Cari Duit Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 143 hits
Bila tauliah kena tarik balik di Selangor sang ustaz merengek di media sosial Kenapa Di Malaysia kan ada 12 buah negeri yang lain Wilayah Persekutuan pun ada Pergilah berceramah di sana Masih juga boleh mengajar di YouTube TikTok pun boleh ...
Wahid Satay Ini Kisah Macam Mana Arwah Dapat Gelarannya

Wahid Satay Ini Kisah Macam Mana Arwah Dapat Gelarannya

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 217 hits
Pada tahun 1957 pengarah filem B N Rao mencari seorang pelawak untuk diberikan satu watak dalam filem berjudul Pontianak yang bakal beliau arahkan Filem terbitan Cathay Keris itu mengenai ketakutan penduduk sebuah kampung yang sering digang...
Macam Nak Cepat Habis Je Penonton Pilih 5 K Drama Ini Dengan Plot Twist Paling Teruk

Macam Nak Cepat Habis Je Penonton Pilih 5 K Drama Ini Dengan Plot Twist Paling Teruk

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 275 hits
Plot twist dalam K Drama boleh menjadikan naskhah itu lebih menarik atau membosankan ARTIKEL BERKAITAN Menerusi laman Reddit penonton telah berkongsi dan membincangkan antara K Drama dengan plot twist yang mengecewekan What s Wrong With Sec...
Sabri Yunus Dedah Macam Mana Angeline Tan Boleh Jatuh Cinta Dengan Islam

Sabri Yunus Dedah Macam Mana Angeline Tan Boleh Jatuh Cinta Dengan Islam

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 155 hits
Pelakon Sabri Yunus berkata isterinya Ardini Angeline Tan merupakan seorang yang keras hati Dalam mempercayai sesuatu agama dan ia adalah kerana pernah melalui pengalaman sukar sebelum ini Angeline tidak berpegang kepada mana mana kepercaya...
Hiburan 50 Ekor Kucing Nak Campak Mana Syafiq Amzah Dedah Alasan Ibu Mahu Landed House Enggan Duduk Kondominium

Hiburan 50 Ekor Kucing Nak Campak Mana Syafiq Amzah Dedah Alasan Ibu Mahu Landed House Enggan Duduk Kondominium

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 155 hits
Boleh dikatakan minggu lalu konflik soal rumah yang berlaku dalam keluarga penyanyi popular Shila Amzah sememangnya menjadi perhatian ramai Terbaru adik lelaki Shila iaitu Shafiq Amzah mendedahkan sebab utama mereka tidak bersetuju untuk be...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord