Dalam Pas Tak Laku Dah Dalam Umno Kata Tidak Dalam Amanah Pun Nafi Kesian Ko Bang Khai


 
Amanah tak pernah bincang calonkan Khairuddin di Kuala Nerus, kata Mahfuz


Nora Mahpar -October 19, 2022 
Khairuddin Aman Razali memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus sejak 2013 dan masa depan politiknya menjadi teka-teki selepas ‘berhenti’ daripada PAS Mac lalu dan menjadi Ahli Parlimen bebas. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Amanah menafikan ia terbuka untuk menerima bekas pemimpin PAS, Khairuddin Aman Razali sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Kuala Nerus pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ia susulan tular tangkap layar laporan memetik Naib Presidennya, Mahfuz Omar bahawa Amanah mempertimbangkan untuk meletakkan Khairuddin bagi mewakili parti itu bertanding di Kuala Nerus.
Tangkap layar itu turut memaparkan gambar Mahfuz dan Khairuddin duduk bersebelahan.
Menjelaskan perkara itu, Mahfuz berkata, penyertaan Khairuddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus tidak pernah dibincangkan parti itu dan pihaknya tidak pernah “berniat” menjemput Khairuddin menyertai blok pembangkang.
“Tiada bincang apa pun, saya pun tak tahu (laporan itu wujud). Tiada perbincangan apa pun dan kami tak pernah berniat pun (calonkan Khairuddin) kerana senarai calon dah siap dah.
“(Laporan itu) tidak betul…tiada, tiada,” katanya kepada FMT.
Khairuddin pula menyifatkan laporan itu sengaja direka pihak tertentu.
“Tangkap layar tentang Amanah tu saya rasa ‘saraf’ pihak tertentu,” katanya sambil menambah beliau akan menamatkan teka-teki mengenai masa depannya di Kuala Nerus menjelang hari penamaan calon.
“Isu bertanding akan dimuktamadkan nanti apabila penamaan calon,” katanya ketika dihubungi FMT.
Ketika ini, katanya, beliau hanya fokus berkhidmat kepada masyarakat Kuala Nerus agar rakyat di kawasan yang diwakilinya selama dua penggal itu tidak merasai kekosongan dari sudut kebajikan.
Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Feb lalu, sebulan selepas beliau digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Pusat. Beliau kemudian mengumumkan “berhenti” daripada PAS pada Mac.
Pada 26 Sept lalu, Khairuddin dilaporkan berhasrat mempertahankan Parlimen Kuala Nerus pada PRU15 dan akan mengumumkan sama ada menjadi calon bebas atau bertanding atas tiket parti lain selepas Parlimen dibubarkan.
Selepas menjadi Ahli Parlimen Bebas, Khairuddin dilihat kerap muncul bersama pemimpin Umno sehingga timbul desas-desus beliau akan menyertai parti itu pada PRU15 untuk menjadi calon BN di Kuala Nerus.
Bagaimanapun, Ketua Umno Terengganu, Ahmad Said pada Isnin lalu menegaskan BN tidak pernah menamakan Khairuddin sebagai calon di Kuala Nerus dan tiada sebarang rundingan antara kedua-dua pihak berhubung perkara itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/dalam-pas-tak-laku-dahdalam-umno-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepi Pas Setelah Kata Dua Umno

Sepi Pas Setelah Kata Dua Umno

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 291 hits
PAS masih berdiam diri berhubung kata dua UMNO yang disampaikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Selepas memberi tiga syarat kepada PAS jika mahu bersama UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 beberapa hari lalu hari ini Presiden UMNO Datuk Seri A...
Kata Umno Pas Guna Logo Sendiri Sebab Nak Tipu Penyokong

Kata Umno Pas Guna Logo Sendiri Sebab Nak Tipu Penyokong

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 240 hits
October 18 2022 Umno melihat tindakan PAS menggunakan logo sendiri di Kelantan Terengganu dan Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bertujuan menyorokkan kerjasama parti itu degan Bersatu dan Perikatan Nasional Menurut lapora...
Belum Ada Kata Putus Isu Kerjasama Pas Umno

Belum Ada Kata Putus Isu Kerjasama Pas Umno

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 190 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 8 2022 3 37 PMMesyuarat PAS hari ini dilihat tidak membuat sebarang keputusan muktamad berhubung kerjasama Umno dan PAS dalam PRU15 Ia selepas presidennya Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan kekal menerus...
Umno Sedia Lawan Pas Di 27 Parlimen Kritikal Kata Khaled

Umno Sedia Lawan Pas Di 27 Parlimen Kritikal Kata Khaled

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 190 hits
freemalaysiatoday com October 11 2022 7 07 AMNaib Presiden Umno Khaled Nordin berkata PAS gagal memenuhi tiga tuntutan dikemukakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bagi menjalin kerjasama kerjasama politik dengan memutuskan hubungan bersama...
Orang Gila Ajak Pilihanraya Takkan Muslimat Nak Pi Kempen Selak Kain Kata Pas Kepada Umno

Orang Gila Ajak Pilihanraya Takkan Muslimat Nak Pi Kempen Selak Kain Kata Pas Kepada Umno

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 167 hits
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Seri Mohamad Sanusi Mat Nor menyifatkan Umno dan pemimpinnya sebagai orang gila apabila mendesak agar pilihan raya umum diadakan segera 8220 Orang gila ajak buat pilihan raya Inipun sejenis gila yang ki...
Umno Tak Cari Pas Tapi Pas Yang Cari Umno Kata Khaled Balas Kepada Hadi

Umno Tak Cari Pas Tapi Pas Yang Cari Umno Kata Khaled Balas Kepada Hadi

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 160 hits
agendaily com15 10 2022Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengaku partinya enggan bekerjasama bukan kerana Bersatu tidak mementingkan ummah dan bangsa Melayu tetapi kerana kewujudan parti baharu itu untuk menggantikan UMNO ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal