Dalam Dilema Apabila Digelar Anak Emak






Aku telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Aku tidak tahu samada aku ini “anak emak” atau tidak. Rakan-rakan sekeliling ada menggelarkan aku sebagai anak emak sebab mereka melihat dalam segenap hal aku lebih mementingkan ibu berbanding isteriku dan anak-anak. Bagi aku, ibu adalah segala -galanya, konsep yang aku pegang sejak kecil lagi adalah ibu ku syurga ku.

Apa sahaja perkara yang menggembirakan hati ibu ku, akan aku lakukan dengan segera tanpa memikiran apa kepentingan orang lain walaupun isteri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Sekecil-kecil perkara sebagai contoh pergi ke kedai membeli barangan dapur sehingga ke sebesar-besar perkara akan saya lakukan demi menjaga dan menggembirakan hati seperti menunaikan permintaan ibu untuk melancong keluar negara walaupun saya sendiri tidak pernah merasa bercuti ke luar negara.
Aku harus bagaimana agaknya?
Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain menerangkan bahawa mengikut teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud secara semulajadinya, anak lelaki sememangnya lebih cenderung untuk rapat dengan ibu manakala anak perempuan pula lebih senang untuk bersama bapa.
Anak emak biasanya merujuk kepada seorang anak lelaki yang mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan ibunya. Hubungan kuat ibu dan anak itu terbina sejak dari kecil lagi sehingga meningkat dewasa. Perwatakan dan personaliti mereka banyak dipengaruhi oleh ibu mereka. Ada di antara anak emak kekal perwatakan mereka sehingga meningkat dewasa dan mempunyai keluarga sendiri.
Perwatakan dan Keperibadian Anak Emak
Seorang anak lelaki yang digelar sebagai ‘anak emak’ kebiasaanya dilihat sebagai seorang yang sangat rapat dengan ibunya, bersifat penyayang, pengasih, berbudi bahasa, sopan santun, mengambil berat terhadap ahli keluarga, menghormati orang tua serta pandai menjaga hati ibu bapa.Wanita melihat lelaki ‘anak emak’ ini adalah calon suami yang baik kerana berpendapat bahawa lelaki ‘anak emak’ akan menjaganya sebagai seorang isteri sebagaimana dia menjaga ibunya. Tetapi ada juga wanita berpandangan bahawa lelaki ‘anak emak’ sukar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isterinya dalam memberikan kasih sayang yang adil.

Gaya Keibu–bapaan yang Mempengaruhi Perkembangan Anak Emak
1.    Ibu Aktif – Gaya keibubapaan secara tidak langsung mempengaruhi pembinaan karakter dan personaliti anak emak. Kajian Maccoby, E.E. (1992) mendapati bahawa Ibu yang terlalu dominan dalam membesarkan anak-anak akan mempengaruhi perkembangan psikologi dan emosi kanak-kanak tersebut. Begitu juga dengan sifat Ibu yang terlalu bersifat pelindung (protective) kepada anaknya juga dapat memberi kesan kepada pembentukkan peribadi serta emosi anak tersebut.2.    Bapa Pasif – Ikatan perhubungan antara anak dan ibu terlalu kuat sehingga setiap perkara si anak lelaki akan merujuk kepada ibu berbanding ayah dalam memberikan pendapat dan menjawab persoalan yang timbul. Di dalam hal ini si ayah mungkin tidak memberikan komitmen sepenuhnya dalam mempengaruhi perkembangan anak-anak tersebut.3. Kadang kala karakter Si ayah yang terlalu garang sehingga membuatkan anak lelaki takut untuk berdampingan dengan ayah dan lebih selesa berinteraksi bersama ibunya.

Adakah Anda Anak Emak?
Ya jika anda:Berhubungan dengan ibu lebih rapat berbanding bapaLebih selesa menceritakan segala hal peribadi dengan ibuBergantung sepenuhnya kepada ibu dari segi membuat keputusan dan perancanganMempunyai emosi yang lebih sensitif jika ada isu berkaitan dengan ibu
Dilema ‘Anak Emak’
1. Dilema Tingkahlaku:Anak emak setengahnya lebih pasif dalam tingkahlaku serta perhubungan sosial. ‘Anak emak’ akan merujuk kepada ibunya untuk apa jua tindak tanduk yang mereka akan lakukan. Mereka ini agak sukar untuk berdikari.2. Dilema Pemikiran: sukar dalam membuat keputusan dan perancangan dengan baik, ini kerana jjika sebelum ini segala perancangan dan tindakan yang diambil adalah bergantung sepenuhnya oleh pengaruh ibu.3.    Dilema Emosi Anak Emak:Emosi ‘anak emak’ mudah tersinggung dan sensitif dengan isu-isu yang remeh. Mereka lebih peka kepada emosi ibunya berbanding isterinya sendiri. Emosi dalam menyalurkan kasih sayangnya kepada antara ibu dan isteri.
Masalah yang dihadapi Anak Emak
1. Konflik dalam perhubungan: Menurut pandangan Kaunselor Berdaftar , Tuan Hj Hushim bin Hj. Salleh berkata, karakter yang dimiliki oleh  ‘anak emak’ adalah positif seperti hubungan rapat dengan ibu, mengambil berat dan bertanggungjawab. Akan tetapi konflik mungkin timbul bagi ‘anak emak’ jika karakter itu terbawa-bawa ke alam rumahtangga.2.   Berkongsi kasih:Ianya dapat dilihat apabila suami ‘anak emak’ tidak dapat memberikan kasih sayang yang adil antara ibu dan isterinya, segala hal urusan rumahtangga akan di kongsi bersama ibunya serta takut untuk mengambil keputusan dan tindakan sendirinya.3. Bimbang jatuh hukum derhaka kepada ibu: patuh dan tunduk kepada ibu bapa  merupakan satu tuntutan dalam agama manakala keseimbangan kasih sayang dalam perhubungan suami isteri juga adalah sesuatu yang perlu untuk menjamin keharmonian rumah tangga.
Saranan kepada ‘Anak Emak’
1. Sedar Diri – menyedari dan mengakui bahawa anda ada memiliki perwatakan sebagai ‘anak emak’ dan menerima keadaan tersebut dengan hati yang terbuka.2. Ubah cara hidup – lakukan perubahan keatas persepsi diri dan perwatakan ‘anak emak’ yang dibawa demi kesejahteraan emosi dan tingkahlaku.3. Positif mental dan emosi – sentiasa positif untuk melakukan perubahan agar hidup anda lebih harmoni untuk kedua-dua belah pihak terutamanya dalam perhubungan suami isteri.4.    Memahami kepentingan antara dua pangkat ibu & isteri – ibu dan isteri masing-masing  mempunyai hak terhadap anak dan suaminya, adalah menjadi tanggungjawab anak/suami untuk berlaku adil terhadap keduanya. Perlu faham keutamaan sepertimana tuntutan agama yang menggariskan bahawa ibu perlu diberi keutamaan. Suami perlu membantu isteri faham hiraki ini dari perspektif agama.5.   Perbincangan antara kedua belah pihak – jadikan kebiasaan untuk suami isteri berbincang akan hal rumahtangga bersama-sama dan tidak menyerahkan segala keputusan pada ibu.6.  Belajar berdikari dan matang – cubalah untuk berdiri diatas kaki sendiri dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Jangan risau dengan keputusan yang di ambil, jika salah; belajar dari kesilapan tersebut.
Rujukan:1.  Maccoby, E.E. (1992). The Role Of Parents In The Socialization of Children: An Historical Overview. Developmental Psychology, 28, 1006-10172. Ustazlove (2011). Soal Jawab: Antara Ibu dan Isteri. Retrieved November 4, 2014, from http://ustazlove.com/blog/2011/10/soal-jawab-antara-ibu-dan-isteri/”>http://ustazlove.com/blog/2011/10/soal-jawab-antara-ibu-dan-isteri/3.   Jaya, Dr.Juanda (2011, Oktober 6). Rumah Tangga: Suami Anak Emak, Lupa Hak Isteri. Retrieved November 5, 2014, from http://www.drjuanda.com/?p=572″>www.drjuanda.com/?p=5724.    Naim, Muhammad (2013). Renungan Mukmin: Apa Pandangan Anda Mengenai Lelaki Anak Emak?. Retrieved November 6, 2014, from http://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-anak-emak/”>http://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-anak-emak/5.    Narayanan, Jagatheswary (2010, May 2010).  Pesona: Melayan Suami ‘Anak Emak’. Akhbar KOSMO. Retrieved from http://www.kosmo.com.my/kosmo/
Semakan Akhir:6 Januari 2017Penulis:Fauzie bin MusaAkreditor:Ruhana binti Mahmod
Kredit : PortalMyHealth
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/05/dalam-dilema-apabila-digelar-anak-emak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Menangis Apabila Diletakkan Dalam Stroller Nak Angkat Atau Biarkan Cuba Dulu Cara Ini

Anak Menangis Apabila Diletakkan Dalam Stroller Nak Angkat Atau Biarkan Cuba Dulu Cara Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 210 hits
Biasanya ibu bapa yang ada anak kecil membeli stroller dengan niat untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada si anak apabila di bawa keluar berjalan Tapi lain pula jadinya apabila anak menangis mahu diangkat Nak angkat atau biarkan sah...
Semalam Dengan Harini 9 Jen4zah Dia Mandikan Anak Sulung 12 Tahun Mampu Urus Jen4zah Ajak Bersyukur

Semalam Dengan Harini 9 Jen4zah Dia Mandikan Anak Sulung 12 Tahun Mampu Urus Jen4zah Ajak Bersyukur

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 217 hits
Selebriti Ajak Shiro bersyukur seterusnya mendoakan yang baik baik buat anak sulungnya Jad Thaqif yang kini sudah mampu menguruskan jen4zah Menerusi perkongsian Instagram pelakon dan pelawak itu memaklumkan setakat ini anaknya itu sudah mem...
Kasih Seorang Ayah Tiri Sayang Macam Anak Kandung Air M4ta Syawal Ibu Terima Hadiah Hari Jadi Lukisan Wajah Arw4h

Kasih Seorang Ayah Tiri Sayang Macam Anak Kandung Air M4ta Syawal Ibu Terima Hadiah Hari Jadi Lukisan Wajah Arw4h

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 440 hits
KEDATANGAN Aidilfitri disambut dalam suasana berbeza buat sebuah keluarga selepas kehilangan hero mereka ak1bat C0vldl9 pada Julai tahun lalu Menurut Airisha Hanis Muhammad Afandy Chua 21 dia dibesarkan oleh bapa tiri Allahyarham Hamzah Dol...
Daftar Akaun Kwsp Untuk Anak Dan Terima Insenitf Kewangan Rm250

Daftar Akaun Kwsp Untuk Anak Dan Terima Insenitf Kewangan Rm250

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 207 hits
Daftar Akaun KWSP Anak Dan Terima Insentif Kewangan RM250 Untuk makluman semua mengikut maklumat ramai yang tidak tahu menahu yang mana sebenarnya individu yang berumur 14 tahun dan keatas sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan ...
Lebih 20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

Lebih 20 Tahun Berlalu Anak Shah Rukh Khan Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 158 hits
Filem Khabi Khushi Kabhi Gham antara filem Bollywood yang malar segar meski sudah 20 tahun berlalu Ia kerap dimainkan di kaca televisyen di Malaysia dan setiap kali menonton filem tersebut pasti air mata jatuh bercucuran kerana tersentuh de...
Polis Siasat Video Tular Dakwa Anggota Trafik Iring Kenderaan Milik Anak Ahli Parlimen

Polis Siasat Video Tular Dakwa Anggota Trafik Iring Kenderaan Milik Anak Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 174 hits
Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iring kenderaan milik anak ahli Parlimen Polis Pulau Pinang melakukan siasatan terperinci susulan satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan sambil diiringi dua anggota p...
Video Polisi Anak Eks Kapolri Ke Sopir Ambulans Jangan Telepon Sana Sini

Video Polisi Anak Eks Kapolri Ke Sopir Ambulans Jangan Telepon Sana Sini

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 169 hits
Saat diperiksa polisi ternyata ambulans partai itu mengangkut sejumlah wisatawan
Anak Ahli Parlimen Ni Mesti Peminat Smackdown Nih

Anak Ahli Parlimen Ni Mesti Peminat Smackdown Nih

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 178 hits
Didakwa kurang ajar dengan ibu anak Ahli Parlimen tumbuk ludah lelaki May 7 2022 Mangsa yang bekerja sebagai pengurus membuat laporan polis kerana bimbang tentang keselamatan diri dan keluarga PETALING JAYA Anak kepada seorang Ahli Parlimen...
Tolak Hubungan Intim Kerana Sedang Hamil Seorang Ayah Tergamak Hempas Anak Hingga Meninggal

Tolak Hubungan Intim Kerana Sedang Hamil Seorang Ayah Tergamak Hempas Anak Hingga Meninggal

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 484 hits
Seorang pekerja binaan dilapor bertindak menghempas anaknya di Jalan Rodriguez Montalban Rizal berhampiran kediamannya di Villa San Isidro Barangay San Isidro Filipina pada 27 April 2022 sekitar jam 9 00 pagi Dia menghempas anaknya di atas ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas