Dakwaan Berkomplot Bersama Mahathir Jatuhkan Pm7 Gopal Sri Ram Memilih Untuk Membisu


PETALING JAYA – Hakim Mahkamah Persekutuan bersara, Gopal Sri Ram enggan mengulas dakwaan Apandi Ali bahawa beliau meminta bekas peguam negara itu menangkap Najib Razak atas kesalahan yang tidak dinyatakan pada Januari 2018.
Apandi di Facebook semalam berkata Sri Ram beritahu beliau bahawa arahan tangkap itu daripada ketua pembangkang ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mendakwa Sri Ram berkata: “Tun M hantar saya untuk jumpa anda”.
“Beliau mahu kamu tangkap Najib di pejabatnya, kamu pergi esok pada 2 petang, kami sudah atur polis di Putrajaya untuk melakukan apa yang perlu atas arahanmu.”
Ketika dihubungi, Sri Ram, sekarang seorang peguam dan pendakwaraya ad hoc dalam perbicaraan Najib berkaitan 1MDB, enggan mengulas dakwaan itu.
Dr Mahathir Hantar Gopal Ram Jumpa Saya, Sudah Atur Rancangan Kenakan Najib – Bekas AG Apandi Mahu Dedah Banyak Lagi Komplot Mahathir & Gopal Sri Ram Ke Atas Najib Apandi disingkirkan selepas Pakatan Harapan, yang dipimpin Mahathir, mengambil alih kuasa pada pilihan raya umum 2018.
Dalam catatan Facebooknya, beliau berkata dakwaannya ada bukti dalam bentuk saksi dan rakaman CCTV.
Beliau berkata Sri Ram datang ke rumahnya bersama seorang peguam muda berketurunan Cina, dikatakan untuk membincangkan penolakan representasi dalam satu kes jenayah.
“Kemudian tiba-tiba, dia kata itu hanya alasan untuk berjumpa saya dan dia mempunyai agenda yang lebih besar.”
Selepas memberitahunya mengenai permintaan yang didakwa daripada Mahathir itu, Apandi berkata Sri Ram memberi jaminan bahawa sudah diatur seorang majistret akan mengeluarkan perintah reman terhadap Najib.
Beliau mendakwa Sri Ram berkata: “‘Brother’, anda akan jadi wira di mata rakyat dan anda akan jadi peguam negara pertama yang menangkap seorang perdana menteri.”
“Jangan bimbang, kami sudah buat rancangan asas, yang saya perlu sekarang adalah anda bersetuju.”
Apandi berkata beliau beritahu Sri Ram bahawa beliau akan memikirkannya walaupun Sri Ram didakwa mahukan respon segera.
“Pada ketika itu, saya dan keluarga juga diserang di media sosial, bukan sahaja dari pembangkang tetapi juga daripada tentera siber kerajaan ketika itu,” katanya.
Pada Julai 2015, satu pasukan petugas mula menyiasat Najib berhubung RM42 juta dana SRC International dan RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadinya.
Apandi, yang menggantikan Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada penghujung Julai 2015, membersihkan nama Najib daripada sebarang salahlaku dalam kedua-dua kes pada Januari 2016.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan membuka semula kes itu pada Jun 2018. Najib kemudian didakwa atas tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa, dan pengubahan wang.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menyampaikan keputusan sama ada untuk membebaskan atau mensabitkan Najib dalam kes SRC International pada 28 Julai.
Najib juga berdepan 4 tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sogokan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang melibatkan jumlah yang sama.
Beliau juga dituduh meminda laporan akhir audit 1MDB. Kedua-dua perbicaraan masih di peringkat pendakwaan.
Suara.TV
The post Dakwaan Berkomplot Bersama Mahathir Jatuhkan PM7, Gopal Sri Ram Memilih Untuk Membisu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/11/dakwaan-berkomplot-bersama-mahathir-jatuhkan-pm7-gopal-sri-ram-memilih-untuk-membisu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dakwaan-berkomplot-bersama-mahathi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Peguam Negara Dedah Mahathir Hantar Gopal Sri Ram Untuk Pujuk Tangkap Najib Razak

Bekas Peguam Negara Dedah Mahathir Hantar Gopal Sri Ram Untuk Pujuk Tangkap Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 482 hits
BEKAS PEGUAM NEGARA BONGKAR KOMPLOT TUN MAHATHIR Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan bagaimana beliau cuba dipujuk Gopal Sri Ram untuk mengeluarkan arahan menangkap Perdana Menteri Ke 6 Dato Sri Najib Razak Dalam tuli...
Gopal Sri Ram Told The Ag That Mahathir Wanted Najib Arrested

Gopal Sri Ram Told The Ag That Mahathir Wanted Najib Arrested

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 398 hits
A prelude to a chapter in my memoirs Mohamed Apandi Bin Ali One evening in January 2018 Dato Sri Gopal Sri Ram came to my house after a couple of calls wanting to speak to me personally and privately Since he was a former brother judge I ob...
Apandi Mahu Dedah Banyak Lagi Komplot Mahathir Gopal Sri Ram Ke Atas Najib

Apandi Mahu Dedah Banyak Lagi Komplot Mahathir Gopal Sri Ram Ke Atas Najib

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 387 hits
Bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bakal mendedahkan banyak lagi berkenaan komplot yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Gopal Sri Ram ke atas Datuk Seri Najib Razak Memetik laporan sebuah portal Apandi berkata antara lain yang b...
Siasat Gopal Sri Ram Pernah Pujuk B Peguam Negara Tangkap Najib Razak Idris Ahmad

Siasat Gopal Sri Ram Pernah Pujuk B Peguam Negara Tangkap Najib Razak Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 329 hits
Siasat pendedahan bekas AG IdrisKUALA LUMPUR Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad meminta satu siasatan dijalankan berhubung dakwaan bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali yang mengatakan Gopal Sri Ram pernah cuba memujuknya untuk menangkap ...
Butterworth Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Membuat Laporan Polis Terhadap Gopal Sri Ram

Butterworth Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Membuat Laporan Polis Terhadap Gopal Sri Ram

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 386 hits
Komplot menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram seperti yang didedahkan Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah pengkhianatan terlamp...
Apandi Promises More To Come After Gopal Sri Ram Revelation

Apandi Promises More To Come After Gopal Sri Ram Revelation

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 364 hits
Former attorney general Mohamed Apandi Ali claims he has a lot more to tell following his yesterday implicating ex federal court judge Gopal Sri Ram and Dr Mahathir Mohamad in a plot concerning Najib Abdul Razak Speaking to the TwentyTwo13 ...
Gopal Sri Ram Besar Kepala Semasa Ph Perintah Isu 7 Perkara

Gopal Sri Ram Besar Kepala Semasa Ph Perintah Isu 7 Perkara

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 397 hits
Bukti sudah ada Gopal Sri Ram mesti disiasat Puad Zarkashi Ada sebab kenapa pendedahan TS Apandi Ali bukan lagi kejutan PH dan Tun M telah pun dihukum oleh rakyat Kekejian mereka dibalas apabila mereka jatuh tergolek dengan mudah Tetapi apa...
Laporan Sri Ram Enggan Ulas Dakwaan Pujuk Apandi Tangkap Najib

Laporan Sri Ram Enggan Ulas Dakwaan Pujuk Apandi Tangkap Najib

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 253 hits
MALAYSIAKIINIBekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram enggan mengulas mengenai dakwaan bekas ketua peguam negara Apandi Ali bahawa beliau pernah memujuk Apandi untuk yang ketika itu masih perdana menteri Apandi mendakwa kejadian itu b...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya