Dah Bersawang



Assalamualaikum wbt...Huiihh, lama betul rasanya saya tak update jurnal nie.. Kalau tak salah saya pun ada berhutang entri Top Commentator sejak bulan April kan... 
Huhuhu sori tau awak.. Nanti saya akan umum nama pemenang carta bulanan Top Commentator... 
Bukan saya lupa tapi kesibukan kerja ditambah dengan tugasan yang saya menanggung kerja-kerja pegawai yang dikosongkan, jadi membuatkan saya tak cukup masa untuk bercerita dengan awak...
Tapi, kita imbas sekali lalu la yea sejarah bulanan, hihihi...
BULAN APRILMinggu-minggu terakhir bulan Ramadan, saya perlu menghadiri mesyuarat dan kursus.. Kalau ikut pada perancangan asal, selepas hari raya, saya perlu mengendalikan program library yang diberi nama 'Program Jom Baca Selama 10 Minit'.. Tapi setelah berbincang dengan pegawai atasan, saya menangguh program nie ke bulan Mei, memandangkan bulan April adalah bulan raya... Tapi bukan bermakna saya tak buat apa-apa.. Selepas raya pun saya perlu menghadiri program anjuran PNM dan juga kursus online...
BULAN MEIMinggu pertama bulan Mei adalah minggu yang penuh dengan panggilan mesyuarat, masa tue tetiba semuanya jadi kelam kabut sebab saya baru perasan, salah satu peraduan di dalam rangkuman Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit perlu dijalankan pada minggu pertama.. Yang jadi kelam kabutnya adalah saya terlupa tarikh bermulanya peraduan, dengan poster belum siap, dengan prop pun belum sediakan.. 
Rasa dah macam Speedy Gonzales rasanya buat kerja.. Alhamdulillah, akhirnya pada 13hb Mei, satu peraduan berjaya saya laksanakan iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku dan Teka Berat Buku.. 
Oh, lupa nak cakap.. Tadi kan saya cerita yang bulan April lepas saya menangguhkan satu program anjuran library.. Program nie saya namakan Program Keluarga Bomba@Membaca.. Dalam program nie saya laksanakan tiga sub-program, iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku, Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit dan terakhir Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Bersama Kakitangan Dan Anak Kakitangan. 
Untuk program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit yang saya buat pada 17hb Mei yang lepas, saya sediakan pelbagai permainan untuk para peserta antaranya Permainan Kahoot, Bingo Games dan Cabutan Bertuah..Suasana masa tue memang meriah dan santai-santai jea.. Seperti kebiasaan program, kita pasti akan memberi sedikit cenderamata kepada peserta yang datang, jadi tahun nie saya buat kelainan sikit tentang cenderamata, ianya handmade 100 peratus daripada saya dan inisiatif saya sendiri.. Selain daripada notepad, saya berikan juga mereka 1 keping magnetic bookmark dan 6 keping e-buku dalam bentuk e-kad.. Saja nak bagi peserta gembira dengan program  yang saya buat tue..
Inilah goodies untuk peserta program
Nak tengok susana program pada masa tue..? Jom tengok video nie...


Dah selesai Program Jom Baca, saya teruskan pula dengan program yang ketiga iaitu Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.. Lawatan nie saya memang buat pada setiap tahun untuk kakitangan JBPM, tujuannya adalah memberi peluang kepada kakitangan takde masa untuk pergi ke pesta buku lantaran kesibukan kerja.. Jadi dengan program yang saya buat nie, dapatlah mereka beli buku kegemaran mereka.. Secara kebetulan tarikh pesta buku tue jatuh pada minggu cuti sekolah.. Alang-alang saya buat program nie, saya offer juga pada anak-anak kakitangan... Memang nampak lah keseronokan anak-anak dapat beli buku kegemaran mereka.. Tapi kan ada satu cerita cemas yang berlaku.. Kisahnya bermula pada hari Jumaat 24hb Mei.. Pada asalnya saya memang dah tempah bas daripada JBPM WP Kuala Lumpur seminggu sebelum program.. Kemudian pada petang Jumaat tue dalam pukul 5.45 petang, tetiba saya mendapat mesej whatsapp daripada pegawai person-in-charge mengatakan bas mengalami kerosakan dan tak boleh digunakan.. Masa tue, saya dah mula gelabah sebab duk fikir di mana saya perlu mencari bas gantian.. Nasib baik pegawai berkenaan memberi cadangan untuk saya buat tempahan bas daripada JBPM Negeri Sembilan... Dalam hati tue duk berdoa, agar bas daripada Negeri Sembilan boleh digunakan.. Petang tue juga saya berjumpa dengan Pengarah Bahagian Pengurusan untuk bertanyakan kepada Pengarah Bomba Negeri Sembilan perihal bas.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berjaya mendapatkan bas berkenaan.. Masa tue hanya Allah jea tau betapa leganya hati nie... Terus lah petang tue juga saya siapkan surat permohonan penggunaan bas kepada JBPM Negeri Sembilan (cuma tukar nama, alamat dan tarikh surat).. Jadi pada 27hb Mei lepas, selesailah sub-program saya yang ketiga iaitu lawatan ke Pesta Buku..
Mula-mula saya fikir saya taknak membeli buku, cuma nak jadi urusetia program jea.. Tapi godaan diskaun kat sana terlalu kuat, hihihi.. Jadinya terbeli la juga novel, bacanya nanti bila ada masa terluang... 


Nak tengok suasana program lawatan...? Jom tengok video nie...

Okey, inilah cerita kesibukan kerja saya sepanjang bulan April dan bulan Mei.. Harap-harap bulan Jun nie lebih mesra dengan saya.. hihihi

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2024/06/dah-bersawang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parallel Pathway Must Follow Existing Laws Says Ex Moh Deputy Director

Malaysia Eyeing Rm13 Billion In Investments Exports At World Expo 2025

Diesel And Eggs Rushed Policies Lead To Economic Strain Says Mca

Mengapa Dan Kenapa Tak Pre Empt

The Benefits Of Taking Multivitamins

Hubungan Dengan China Jamin Kepentingan Jangka Panjang Malaysia

Sinopsis High School Return Of A Gangster

Hizbullah Lepas Puluhan Roket Ke Utara Israel



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies

8 Fakta Biodata Aisyah Hijanah Azhari Penulis Buku Isteri Kepada Alif Teega

5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan

Biodata Ezra Kairo Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK Oh My Kadhale

10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose


Ikan Puyu Dan Pucuk Harumanis

2 Aidiladha 2024

Popia Oh Popia

Biodata Kasih Iris Leona Anak Bongsu Pelakon Azhar Sulaiman

Tajaan Batik Penjawat Awam 2024 Dari Raifili World Yang Quality

Hantar Barang Dari Kl Ke Pulau Pinang Guna Pembalut Ayat Al Quran