Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap



Hari ini adalah hari kedua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi di bulan ini, kita sama sama berusaha melakukan penyucian dari segala penyakit hati supaya bila keluar dari bulan Ramadhan, kita akan dibebaskan dari segala dosa. Apa yang dikatakan penyakit hati. Banyak lah. Penyakit hati ini, semua orang tahu. Antaranya ialah hasad dengki, riak takbur dan ujud. 

Bagaimana nak mengubat penyakit yang ada dalam hati kita. Salah satu darinya ialah dengan menanam sikap sabar yang tinggi. Untuk bersabar memang berat. Sabar dan solat. Kedua duanya adalah sukar untuk dilakukan. Solat dengan kusyuk adalah sesuatu yang susah. 

Sabar juga sesuatu berat. Mudah untuk disebut bila kita tidak mengalaminya sendiri. Tapi bila kita mengalaminya, tengok lah bagaimana tingkah laku kita sebagai contoh bila rumah kita menpunyai masalah seperti gangguan bekalan elektrik atau air. Masa tu baru kita tahu jika mudah atau susah untuk bersabar. Bila kita ditimpa masalah atau musibah, Allah menyuruh kita supaya bersabar dan solat. OK sekarang kita pindah pula pada bab masakan. 

Saya percaya antara lauk yang popular di bulan Ramadhan adalah masak kicap. Tak kiralah ayam masak kicap, daging masak kicap, telur masak kicap atau apa apa sahaja. Satunya kerana kicap biasanya adalah kegemaran anak anak. Keduanya memasaknya cukup simple, cepat dan mudah. 

Hari ini saya menyediakan lauk daging masak kicap bukan untuk berbuka tetapi sebagai lauk bersahur. Makanan sahur tidak boleh berlemak sangat, boleh hilang selera. Makan yang simple simple seperti ini pun dah cukup. Digandingkan dengan timun dan telur dadar pun dah cukup sedap. Telur dadar digoreng garing garing. Wallaa. Makan pula dengan nasi putih panas panas. 
Lebih sedap jika menggunakan beras yang mahal. Saya pun sebenarnya baru sahaja menukar pada beras mahal. Sebagai anak petani, saya hanya makan nasi dari beras yang ditanam sendiri oleh kedua ibubapa. Jadi saya rasa nasi itulah sedap. Tak tahu lah pula ketika itu, ada nasi yang lebih sedap.
Satu hari Nelly yang ketika itu masih di bangku sekolah balik mencadangkan supaya kami menukar pada beras yang mahal selepas makan nasi yang sedap di rumah kawannya. Lepas itu, barulah kami beli beras basmathi. Bukanlah dari dulu dulu makan beras mahal. Maklumlah kami bukan orang yang asal kaya tetapi hanya makan gaji sahaja.
Jom layan resepi daging masak kicap versi campak campak saya hari ini. Kalau daging itu jenis keras, bolehlah rebus dulu atau rebus menggunakan pressure cooker. Jadi waktu memasak lebih singkat. Tak perlu lama lama menunggu daging empuk. Selamat mencuba...


Daging Masak Kicap Mudah dan SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:250 gram daging batang pinang1 sudu besar cili kering kisar1 sudu besar sos cili3-4 sudu besar kicap manisSedikit cuka1 biji bawang besar - hiris4 tangkai cili padi - atau cili hijau dan merahDaun bawang atau daun saderi
Bahan tumis:3 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1/2 inci halia 1 batang serai - ketuk1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang
Cara cara: Daging dipotong seperti kiub. Jangan dihiris nipis atau kecil. Daging kemudiannya dilumur garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Sementara itu, boleh sediakan bahan bahan lain.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris. Masukkan sekali bunga lawang dan kayu manis serta serai. Tumis sehingga wangi. 
Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili garing. Masukkan daging dan kacau rata. 
Masukkan sedikit air dan biarkan daging sehingga empuk. Jika belum empuk, boleh tambah air.

Setelah daging empuk, masukkan sos cili, kicap manis dan cuka. Biarkan kuah mendidih lama lama supaya ianya sebati dengan air daging. Nota: masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris, cili padi atau cili besar hijau dan merah. Sebelum dihidangkan, tabur dengan daun bawang atau daun saderi. 


Sedia untuk dihidang dan dinikmati. 
Nota:Lebih sedap jika daging ada lemak dan urat urat halus antara daging. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/05/daging-masak-kicap-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Masak Lempeng Bawang Putih Yang Sedap Dan Mudah

Langkah Masak Lempeng Bawang Putih Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 522 hits
Lempeng melempeng untuk sahur memang sedap sungguh Eh ada ke istilah melempeng Asyik lempeng kosong Jom kita bagi berperisa sikit tambah daun bawang dan bawang putih Jadi ler Lempeng Bawang Putih Ni min kongsikan cara buat lempeng buat adik...
Udang Masak Buttermilk Gerenti Sedap Bila Cukup Lemak Manis Pedasnya

Udang Masak Buttermilk Gerenti Sedap Bila Cukup Lemak Manis Pedasnya

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1211 hits
Resipi udang dengan kuah pekat yang kaya dengan pelbagai rasa enak Rasa berlemak dari susu serta mentega dan diseimbangkan dengan pedas cili padi Aroma daun kari menambahkan lagi kesedapannya Hidangan menyelerakan untuk berbuka UDANG MASAK ...
Cara Buat Roti John Sedap Mudah Secara Homemade

Cara Buat Roti John Sedap Mudah Secara Homemade

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 738 hits
Mudah rupanya nak buat Roti John homemade ni Ia adalah antara sajian berbuka popular di kalangan rakyat Malaysia Bila bulan puasa ia ibarat menu wajib ada di meja hidangan Jika anda penggemarnya cubalah buat sendiri Pasti puas hati Resipi p...
Sotong Masak Kicap Zaman Kanak Kanak Gamit Nostalgia

Sotong Masak Kicap Zaman Kanak Kanak Gamit Nostalgia

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 835 hits
Apa kenangan anda dengan masakan ini di zaman kanak2 dulu Resepi sotong masak kicap untuk dikongsi
Resepi Sardin Masak Kicap Yang Ringkas Untuk Newbie

Resepi Sardin Masak Kicap Yang Ringkas Untuk Newbie

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 2443 hits
Resepi Sardin Masak Kicap Yang Ringkas Dah dua hari lepas kami makan lauk sardin Buat yang ringkas je dan mudah Lagipun saya tak boleh makan sardin nanti angin satu badan Masak untuk anak anak dan suami je Kita tukang merasa sikit boleh lah...
Resepi Mudah Dan Sedap Sayur Kolok Sotong

Resepi Mudah Dan Sedap Sayur Kolok Sotong

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1641 hits
Resepi Sayur Kolok SotongSelera Pantai Timur Lauk yang tidak asing lagi bagi warga Pantai Timur Terengganu dan Kelantan Selera kampung Belum cuba belum tahu Alang alang sekarang sotong tengah banyak dan musim jambu golok jugak Selalunya dua...
Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1053 hits
Pernah rasa tak kek yang satu ini Kek kukus coklat cheese memang nikmat jika dapat merasainya cair dimulut katanya Seronok jika dapat membuat kek ini dengan jayanya Boleh cuba buatnya ikut resipi ini BAHAN A 1 cawan gula 1 cawan susu cair 1...
Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Tetel Bersama Kentang Lazat Dan Secukup Rasa Rencahnya

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Tetel Bersama Kentang Lazat Dan Secukup Rasa Rencahnya

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1036 hits
Untuk kesekian kakinya aku up lagi lauk kegemaran en suami yang mesti ada dan aku masak lebih kurang 4 5 kali seminggu Susah sangat fikir apa nak masak semestinya masak lemak cili api yang terpacul di mulutnya Cuma tukar rencahnya dari ikan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat