Cukup Hanya Berat Naik Tetapi Bukan Obesiti Bahaya Undang Ibu Hamil


Obesiti dan kegemukan adalah norma dalam kehidupan kini. Kes obesiti telah meningkat secara dramatik sejak 25 tahun kebelakangan ini. Pengambilan kalori yang tinggi dari air berkarbonat, makanan segera serta makanan ringan kian bertambah.
Kajian mendapati bahawa wanita yang reproduktif terdiri daripada 32% golongan wanita obesiti dan 56% wanita mengalami kegemukan melampau (overweight).
Menurut Dr Mashita Mohamed Kassim, Pakar Sakit Puan (Consultant Obstetric & Gynaecologist (O&G) daripada Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi, berat badan yang berlebihan semasa kehamilan dikenalpasti sebagai faktor risiko pelbagai penyakit yang serius semasa dan selepas kehamilan dalam menjalani kursus kehidupan ibu.

Organogenesis berlaku pada awal trimester pertama sebelum ramai wanita mengetahui kehamilannya. Oleh itu, wanita yang mungkin hamil atau yang cuba hamil perlu mengoptimumkan status pemakanan dan metabolik sebelum hamil.
BMI sepatutnya dikira pada perjumpaan pertama antenatal. Jika BMI anda adalah 30kg/m2 atau lebih, kakitangan kesihatan akan memberikan maklumat mengenai risiko yang bakal anda hadapi ketika proses kehamilan dan cara-cara untuk meminimakan risiko-risiko tersebut, dan penjagaan tambahan yang anda perlukan. Berat badan yang berlebihan dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi membuatkan anda lebih berkemungkinan mengalami beberapa komplikasi.
Berat Normal Ibu Mengandung Yang Ideal
Secara umumnya, boleh ikuti jadual di bawah ini tentang berat normal ibu mengandung sebagai panduan:
Berat sebelum mengandung            Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5)             13 – 18kg
Berat normal (BMI 18.5-24.9)                           11 – 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9)                 7 – 11kg
Obes (BMI atas 30)                                          5 – 9kg

Berat badan ibu hamil mengikut trimester.
1. Trimester pertama
Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu hamil tidak perlu untuk naikkan berat yang tinggi. Memandangkan ramai ibu hamil mengalami mabuk hamil pada ketika ini, jadi kenaikan berat badan tidaklah perlu dipersoalkan. Bagi tempoh ini, wanita hamil tidak lalu makan, jadi tidak perlu memaksa diri sendiri untuk tambahkan berat badan. Anda hanya perlu menambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini.
2. Trimester kedua dan ketiga
Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan anda perlu menambah lebih kurang 1.5kg sehinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Risiko kehamilan
Risiko Kepada Ibu
• Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
• Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
• Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
• Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
• Kelahiran secara induksi.
• Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
• Komplikasi bius.
• Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
• Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
Risiko Kepada Bayi
• Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
• Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
• Kelahiran secara pramatang.
• Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
• Kematian neonatal.
• Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.

Cara Kawal Berat Badan
Berikut adalah cara mengawal berat badan ketika hamil serta langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko yang disebutkan di atas.
Pemakanan sihat
Rujuk kepada pegawai zat permakanan untuk perkara ini.
• Pastikan makanan anda mempunyai karbohidrat seperti kentang, roti, nasi dan pasta.
• Jaga-jaga kuantiti makanan dan snek dan berapa kerap anda makan. Jangan makan untuk ‘2 orang’.
• Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti oat, kekacang, buah-buahan, sayur sayuran, beras perang dan pasta.
• Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan yang mengandungi pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran setiap hari, menggantikan makanan yang kaya dengan lemak dan kalori
• Jangan tinggalkan sarapan pagi.
Menarik: Ibu Yang Suka Membaca Buku Masa Hamil Bagus Untuk Otak Bayi Lahirkan Anak Yang Bijak!
Makan dalam kuantiti kecil
Ibu mengandung dinasihatkan untuk makan lebih 300 ke 400 kalori sahaja berbanding biasa untuk tumbesaran bayi yang sihat. Gunakan kalori lebih ini untuk makan makanan berkhasiat. Doktor sarankan untuk mengamalkan cara pemakanan dengan sukatan sedikit tetapi kerap.
Lebihkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika lapar, ambil snek sihat seperti segenggam kekacang atau sepinggan buah-buahan.
Vitamin D
Semua wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil tambahan 10 mikrogram vitamin D setiap hari. Suplemen ini sangat penting sekiranya anda obes, kerana anda berisiko mendapat kekurangan vitamin D.

Minum air secukupnya
Hamil atau tidak, pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk fungsi badan yang optimum. Dengan pengambilan air yang mencukupi, berat badan dapat dikawal semasa hamil kerana dapat mengurangkan keinginan untuk makan antara waktu makan. Selain itu, pengambilan air yang cukup dapat mengurangkan risiko sembelit serta mengembalikan tenaga yang hilang akibat kelesuan.
Bersenam ketika hamil
Aktiviti seperti berjalan, berbasikal, berkebun, berenang boleh dilakukan. Gunakan tangga walaupun ada lif – salah satu senaman juga. Gaya hidup aktif tidak berbahaya kepada anda dan juga bayi. Walau bagaimanapun, jika anda tidak biasa bersenam, perlu mulakan senaman perlahan-lahan, sebaiknya tidak lebih dari 15 minit senaman berterus-terusan, 3 kali seminggu.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Cukup Hanya Berat Naik, Tetapi Bukan Obesiti, Bahaya Undang Ibu Hamil! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cukup-hanya-berat-naik-tetapi-bukan-obesiti-bahaya-undang-ibu-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Positif Hamil Ini Perkara Paling Penting Ibu Hamil Perlu Lakukan

Bila Positif Hamil Ini Perkara Paling Penting Ibu Hamil Perlu Lakukan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 566 hits
Apabila disahkan hamil perkara wajib yang perlu dilakukan oleh setiap ibu ialah membuka buku pink untuk menjalani pemeriksaan antenatal atau dengan nama lainnya adalah pemeriksaan kesihatan ibu mengandung Ini telah menjadi satu kewajipan ba...
Banyak Kerja Tak Cukup Masa Ibu Terpaksa Korbankan Waktu Mengepam Sebab Sibuk

Banyak Kerja Tak Cukup Masa Ibu Terpaksa Korbankan Waktu Mengepam Sebab Sibuk

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 369 hits
Kehidupan seharian seorang ibu sememangnya sangat sibuk Ibu yang bekerja atau suri rumah pasti mengalami kesukaran untuk membahagikan masa Bukan mudah untuk melakukan semua kerja dalam satu masa tetapi ibu sentiasa berjaya mencari jalan pin...
Ibu Hamil Dibakar Hidup Oleh Kekasihnya Kerana Tolak Permintaan Gugurkan Kandungan

Ibu Hamil Dibakar Hidup Oleh Kekasihnya Kerana Tolak Permintaan Gugurkan Kandungan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 185 hits
Seorang wanita bernama Ellen Priscila Ferreira da Silva 24 di Brazil dibakar hidup hidup oleh teman lelakinya kerana menolak permintaan lelaki itu untuk menggugurkan bayi yang dikandung hasil dari hubungan intim mereka berdua Lapor The Sun ...
Aku Mahu Kebumikan Sendiri Lelaki Sanggup Bawa Jenazah Ibu Naik Motosikal Video

Aku Mahu Kebumikan Sendiri Lelaki Sanggup Bawa Jenazah Ibu Naik Motosikal Video

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 318 hits
Di Jakarta Indonesia viral sebuah video menyaksikan seorang pemuda membawa sebujur jenazah ibunya dengan menaiki motosikal Memetik laporan pemuda yang berasal dari Desa Kedunglengkong itu dipercayai mengalami gangguan mental dan bertindak m...
Ibu Hanya Mampu Melihat Anak Perempuannya Ditikam Beberapa Kali Dengan Pisau Gara Gara Sakit

Ibu Hanya Mampu Melihat Anak Perempuannya Ditikam Beberapa Kali Dengan Pisau Gara Gara Sakit

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 654 hits
Hulu Terengganu Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu Telemong di sini hari ini Dalam kejadian jam 2 30 petang itu mangsa Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap
Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 316 hits
Kebanyakkan bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu akan menyusu sekurang kurangnya lapan hingga 12 kali sehari Bergantung kepada bayi ada yang menyusu dengan lebih kerap pada siang hari Ada juga yang menyusu dengan lebih lama pada wak...
26 Jam Tahan Sakit Contraction Fara Hazel Kini Bergelar Ibu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Dengan Berat 3 57kg

26 Jam Tahan Sakit Contraction Fara Hazel Kini Bergelar Ibu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Dengan Berat 3 57kg

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 545 hits
Setiap ibu mempunyai pengalaman tersendiri dalam melahirkan bayi tambah pula ia merupakan pengalaman bersalin anak pertama Penyanyi Fara Hazel yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya pada 18 Oktober lalu berkongsi melalui fasa sakit kont...
Jantung Ibu Dah Drop Ibu Muda Sarat Hamil Pergi Menghadap Ilahi Bersama Bayi Dalam Kandungan

Jantung Ibu Dah Drop Ibu Muda Sarat Hamil Pergi Menghadap Ilahi Bersama Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 352 hits
Naluri keibuan dalam diri setiap wanita pastinya tidak sabar mahu merasai detik detik bergelar seorang ibu Menanti kehadiran cahaya mata pastinya momen indah yang tidak dapat dilupakan walaupun mereka terpaksa bertarung nyawa melahirkan ana...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching