Cuba Mie Ayam Indonesia Yang Rasanya Agak Unik
Siapa pernah cuba mie ayam Indonesia ni?K.fiezz baru cuba semalam. Hehe. Bos tanya nak selit tak order mie ayam Indonesia ni, k.fiezz onzzz..haha. Dasar pemakan..Ceritanya macamana boleh cuba mie ayam Indonesia ni, semalam giliran kumpulan k.fiezz masuk ke pejabat. K.fiezz siap bawa bekal sebab takut cafe tutup. Walaupun ada terima e-mail yang cafe buka tapi tak confident. Mana lah tahu tetiba cafe buat lawak tak berapa nak jadi, tutup pula dalam tempoh PKPB ni. Laporrrr weiii tak makan. Di pejabat k.fiezz tu mana ada tempat makan lain. Satu tu je. Kalau ada pun cafe kat blok JKR. Tapi sejak kes yang ada pegawai JKR positive COVID bulan September lepas, k.fiezz belum jejak lagi ke cafe situ. Tatut. Kalau tak, memang situ lah k.fiezz beli makan pagi dengan tengahari. Sebab situ banyak sikit pilihan berbanding cafe kat bangunan k.fiezz kerja. Tapi dah sejak ada kes positif COVID kat situ, tak berani pula nak jejak bangunan JKR tu. Jadi memang k.fiezz bertukar selera lah beli makanan di cafe dalam bangunan k.fiezz kerja ni
Cumanya sejak PKPB ni, risau cafe tutup je. Tapi lega semalam on the way ke pejabat, nampak ada orang meniaga macam biasa di tepi jalan nak ke tempat k.fiezz kerja. Terus beli sarapan pagi kat situ. Setel part makan pagi. Makan tengahari, k.fiezz dah bawa nasi dari rumah. Balance lauk hari sebelum tu ada lagi, jadi jangan lah membazir. Panaskan & bawa bekal ke pejabat. Dalam tengahari bos tanya k.fiezz nak tak Mi ayam. Dia tengah nak order. Kalau k.fiezz nak, selit lah sekali.
K.fiezz tanya bos, Mi ayam tu macamana. Dia explain sikit rupa & asal Mi ayam ni dari Indonesia. Senang cerita mie ayam ni menu masakan Indonesia. So boleh lah cuba sebab k.fiezz pun tak pernah rasa. Sedap ke idak..Cuma sebab k.fiezz kan dah bawa bekal nasi untuk makan tengahari. Mie ayam ni, k.fiezz bawa balik rumah untuk makan malam. Mr hubby, k.fiezz cadang masak sardin je. Nak beli 2, mr hubby bukan peminat makanan Indonesia. Nasi Ayam Penyet pun dia tak minat. Tu yang k.fiezz beli 1 je Mie Ayam ni.
MIE AYAM
Ni lah rupa Mie ayam. Ada sup & sambal. Dalam gambar atas ni, K.fiezz dah masukkan sekali sup dalam pinggan sebab nak panaskan. Dalam bekas comel tu, sambal dia. Sambal tu ada campur kicap untuk bagi balance rasa pedas cili. Masa nak makan kacau sambal & kicap bagi sekata dulu. Kalau rasa kurang kick tak ada pedas, boleh lah letak sambal dalam mie ayam ni.Sambal dia tak pedas sangat pun. Just nice.Kalau korang kaki pedasd, curah lah semua sambal tu dalam pinggan. Tapi kalau bukan kaki kurang pedas, letak sikit-sikit.
Review K.fiezz Mie AyamNot my taste lah senang cerita. haha. Rasa dia macam ada rempah ratus & rasa dia yang tersendiri.. Bahan-bahan sampingan dalam mie ayam ni meriah. Ada ayam, ada bebola, ada wantan, sayur & paling utama kepingan ayam. Kalau tak, takkan panggil mie ayam. Yea tak?hehe..
Overall rasa dia okey lah. Ada rasa dia yang tersendiri. Yang unik. Peminat-peminat Mie ayam mungkin lebih tahu rasa dia macamana. Macam k.fiezz, ni pertama kali cuba. K.fiezz tak lah condemn rasa dia teruk benor cuma tak berapa masuk kat tekak kat k.fiezz je. hehe..
So kalau korang yang suka masakan Indonesia, boleh cuba cari di sekitar Chow Kit. Kalau tak silap bos k.fiezz memang order mie ayam ni dari area situ pun. Ada servis penghantaran disediakan. Lepas ni kalau yang cari mie ayam indonesia di malaysia, cuba lah jengah ke Chow Kit. Rasanya mesti ada kedai makan Indonesia sekitar situ.
Harga - tak pasti. K.fiezz nak bayar. Bos cakap tak payah, dia belanja. Yeay..'moga murah rezeki bos'..hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/10/Cuba-Mie-Ayam-Indonesia-Yang-Rasanya-Agak-Unik.html